Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Sageuk Korea, Buat Air Mata Penonton Mengalir

5 Drama Sageuk Korea, Buat Air Mata Penonton Mengalir

0

Drama sageuk Korea dengan latar belakang zaman Joseon memang memberikan pengalaman menonton yang berbeza dan menarik untuk diikuti. Semuanya kerana jalan cerita, kostum para pelakon dan juga prop yang digunakan adalah sangat menarik, unik dan berbeza.

Selain menarik dan unik, biasanya drama sageuk dar Korea juga mengandung nilai-nilai sejarah negara Korea yang tepat.

Berikut ini adalah beberapa buah drama sageuk Korea yang membawa jalan cerita yang sedih dan pasti meruntun perasaan para penonton.

 

1. Gu Family Book (KangChi, The Beginning)

55035ef1 6efb 4436 ac2b dc950880203aDrama sageuk Korea ini menceritakan tentang tentang Choi Kang chi (Lee Seung gi) yang merupakan makhluk gumiho. Demi menjadi manusia sebenar, dia mencari sebuah buku yang dipercayai menyimpan rahsia untuk memenuhi keinginannya itu. Dalam perjalanannya yang berliku-liku, dia dibantu oleh Dam Yeo Wool (Bae Suzy).

Walaupun drama Korea arahan Shin Woo Chul dan Kim Jung Hyun ini sudah lama ditayangkan, tetapi hingga kini masih lagi menarik untuk ditonton kerana drama ini memiliki kisah yang membuai emosi dan perasaan penonton.

 

2. Iljimae

Drama sageukDrama yang ditayangkan pada tahun 2008 ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Iljimae (Lee Joon Ki) yang merompak pegawai kerajaan yang makan rasuah dan kemudian memberikan hasil rompakannya kepada rakyat miskin.

Selain Lee Joon Ki, drama sageuk ini juga dibintangi oleh Han Hyo Joo, Lee Young Ah dan Park Shi Hoo. Iljimae sebenarnya ternyata memiliki masa lalu yang menyedihkan yang bakal membuatkan anda merasakan kesedihan yang mendalam.

 

3. The Princess Man

9c48696d e834 4161 b164 a9fafe8d4473Drama sageuk bertajuk The Princess Man ini popular dan sangat fenomenal pada tahun 2011. Ramai yang berpendapat kisah dalam drama ini adalah kisah Romeo-Juliet versi Korea di era Joseon. Drama Korea ini dibintangi oleh Moon Chae Won sebagai Lee Se Ryung, Park Shi Hoo sebagai Kim Seung Yoo dan Song Jong Ho sebagai Shin Myeon.

Lee Se ryung digambarkan sebagai gadis yang ceria, memiliki rasa ingin tahu yang tinggi serta sangat tegas. Manakala Kim Seung Yoo adalah lelaki ideal idaman para gadis. Kedua-duanya kemudian saling jatuh cinta. Walaupun dimulakan dengan cerita yang manis, kisah cinta mereka berakhir sangat tragis. Cinta mereka dihalang oleh restu orang tua.

 

4. The Moon That Embraces The Sun

Kdrama sageukMasih dengan drama sageuk yang memiliki kisah sedih, kali ini drama Korea bertajuk The Moon Embracing The Sun yang menceritakan tentang kisah cinta antara Raja Lee Hwon dengan seorang gadis, Heo Yeon Wo. Heo Yeon Woo (Han Ga In) lahir dari keluarga bangsawan, tetapi dia diperangkap dan menerima hukuman dan akhirnya hidup sebagai dukun dengan nama Wol. Kisah dalam drama Korea ini disebut-sebut seperti kisah Raja Heonjong, Raja ke-24 dari Dinasti Joseon.

 

5. Mirror of the Witch

817698d9 ceb4 401c 8ac2 ccdbdc7666d3Drama Korea ini tayang pada bulan Julai tahun 2016 dan diadaptasi dari buku terkenal yang bertajuk Dongui Bogam, tulisan Heo Jun yang merupakan pakar perubatan pada zaman Dinasti Joseon.

Mirror of the Witch mengisahkan tentang perjuangan seorang puteri raja bernama Seo Ri (Kim Sae Ron) yang terkena sumpahan dan perlu diasingkan ke hutan. Pada suatu hari dia bertemu dengan Heo Jun (Yoon Si Yoon) yang merupakan tabib muda di istana yang dikenali mampu menyembuhkan segala jenis penyakit.

Demikian sahaja 5 buah drama sageuk Korea yang pasti membuatkan air mata anda mengalir dengan jalan cerita yang sedih dan meruntun hati. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: 9 Watak Wanita Paling Berani dalam Kdrama Sageuk, Mahir Seni Mempertahankan Diri
Baca juga: 3 Drama Sageuk Menarik Dibintangi Lee Ha Nee, Ratu Cantik Serba Boleh