Home Artis Korea “The Worst of Evil”, Menampilkan Kegilaan Ji Chang Wook dan Wi Ha...

“The Worst of Evil”, Menampilkan Kegilaan Ji Chang Wook dan Wi Ha Joon

0

“The Worst of Evil” yang paling dinanti-nantikan peminatnya telah mengesahkan tarikh tayangan perdananya!

Pada 14 Ogos, Disney+ mendedahkan tarikh tayangan drama siri Korea Selatan dengan genre thriller aksi yang akan datang “The Worst of Evil”. Drama siri ini yang dibintangi oleh deretan pelakon ternama termasuklah Ji Chang Wook, Wi Ha Joon dan Im Se Mi, akan ditayangkan pada 27 September 2023 ini.

“The Worst of Evil” diarahkan oleh Han Dong Wook dan penulis ialah Jeong Min Seok.

Berlatarkan tahun 1990-an, drama siri “The Worst of Evil” ialah kisah perjalanan pegawai polis Joon Mo (Ji Chang Wook), yang menyusup masuk dan menyamar dalam sindiket perdagangan dadah Korea-Cina-Jepun yang berpusat di Gangnam. Ia bertujuan untuk merungkai kegiatan haram sindiket tersebut.

Secara garis besar, The Worst Of Evil menceritakan tentang kemunculan dadah terlarang jenis baru dan kuat. Dadah tersebut mula tersebar di seluruh wilayah Korea Selatan dan menimbulkan kekacauan.

Mengiringi pengumuman drama siri ini, poster penggoda juga telah dikeluarkan

IMG 0878

Berlatarkan Gangnam, poster itu memberikan suasana retro pada tahun 1990-an, menunjukkan Ki Chul (Wi Ha-joon) dalang di sebalik organisasi jenayah, dan Joon Mo (Ji Chang-wook) yang menyamar untuk mendedahkan kegiatan dadah tersebut.

Kedua-duanya memancarkan suasana keazaman dan karisma semasa mereka berjalan dengan yakin di tengah jalan Gangnam yang sedang sibuk, memberikan kesan gambaran yang sangat mengujakan.

KARAKTER BARISAN PELAKON UTAMA

The worst of evil

Ji Chang Wook, memainkan watak Park Joon Mo, yang ditugaskan untuk membuat misi penyamaran ke dalam sindiket Gangnam, bersedia untuk menyampaikan persembahan luar biasa dan ini mungkin menjadi yang paling menarik dalam kerjayanya. Pelakon itu menegaskan bahawa dia mencurahkan seluruh isi hatinya ke dalam peranan itu, bakal menambah keterujaan yang membara di sekeliling drama itu.

IMG 1274

Wi Ha Joon, yang memainkan watak Jung Ki Chul, ketua mafia sindiket Gangnam yang penuh misteri, menggambarkan sifat pelbagai rupa watak itu. Daripada keazamannya yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai kejayaan dalam apa jua keadaan, kepada kesetiaannya yang tidak tergoyahkan, persembahan Wi Ha Joon memberi nafas kepada watak Jung Ki Chul.

IMG 1270

Pelakon Im Se-mi membawa peranan sebagai Yoo Eui Jung, isteri Park Joon Mo (Ji Chang Wook), dan juga merupakan seorang pegawai narkotik. Joon Mo dan Eui Jung akan berkerjasama untuk menghancurkan organisasi besar sindiket dadah yang ada di Gangnam. Walaupun drama ini bakal menampilkan babak-babak mencemaskan, masih juga diselitkan dengan nuansa romantik dari Joon Mo dan Eui Jung.

IMG 1275

Selain Ji Chang Wook, Wi Ha Joon, Im Se Mi, drama siri “The Worst of Evil” ini juga dibintangi oleh Woo Kang Min, Han Yi Jin, dan Im Sung Jae.

Bakal disiarkan sebanyak 12 episod, nantikan tayangan “The Worst of Evil” pada 27 September ini di Disney+ ya!!

Sumber

Baca lagi: Kdrama 2023, Second Lead Syndrome Yang Tidak Dapat Dilupakan

Baca juga: 16 Sedutan Rakaman Arthdal Chronicles Musim 2, Tayang 9 September