Home Artis Korea 16 Sedutan Rakaman Arthdal Chronicles Musim 2, Tayang 9 September

16 Sedutan Rakaman Arthdal Chronicles Musim 2, Tayang 9 September

0

Arthdal Chronicles yang memang sudah lama dinantikan akhirnya bakal menemui para peminat dengan musim terbaru!

Menurut maklumat yang diterima, musim kedua siri Arthdal Chronicles ini akan membawakan cerita lapan tahun selepas beberapa peristiwa pada musim pertama. Drama siri ini sebelum ini ditutup dengan pendirian negara Arthdal yang akan memperluaskan kekuasaan mereka ke wilayah suku Ago.

Bukan hanya sambungan ceritanya yang dinantikan, kemunculan Lee Joon-gi dan Shin Se Kyung sebagai pengganti Song Joong Ki dan Kim Ji Won juga bakal membuat para penonton teruja. Sementara itu, Jang Dong Gun dan Kim Ok Vin akan kembali dengan watak yang sama.

Petikan untuk beberapa babak pada musim kedua ini sudah dilepaskan, jom kita lihat bersama petikan-petikan yang ada:

 

Arthdal
1. Eun Seom yang dilakonkan oleh Lee Joon Gi telah berubah dari seorang hamba biasa menjadi pemimpin pasukan suku Ago yang berasal dari wilayah timur

 

26a51990 4d0e 412e bb7f 4a402c53ae0a
2. Walaupun dia bukan anggota suku Ago, Eun Seom memang diyakini sebagai kelahiran semula pemimpin legenda suku Ago yang bernama Inaishingi

 

Arthdal chronicles
3. Di bawah kepemimpinan Eun Seom, suku Ago yang telah berpecah belah selama 10 tahun kerana angkara Tagon, perlahan-lahan mula bersatu kembali

 

030cd5f3 76f5 4563 9bd9 0c10e78792fc
4. Dengan bersatunya suku Ago, Eun Seom mempunyai lebih kurang 30 ribu askar yang siap sedia membantunya untuk melawan Tagon dan seluruh Arthdal

 

c7ce405f 54af 43ad 9125 170347554896
5. Watak Tagon akan dilakonkan kembali oleh Jang Dong Gun. Tagon kini sudah mengukuhkan kedudukannya sebagai raja mutlak di negara Arthdal

 

60e6e745 11c9 49b0 90e8 a18c04be2b8c
6. Rakyat Arthdal menganggapnya sebagai kelahiran semula Aramun Haesulla iaitu orang yang bertanggungjawab mendirikan Arthdal pada 200 tahun yang lalu

 

4b5c547a 7561 4f60 8795 6fa8a54152e1
7. Belum puas dengan negara yang kini ada dalam genggamannya, Tagon mengishtiharkan perang dengan suku Ago untuk meluaskan kekuasaan Arthdal

 

c0026539 091b 4de4 8948 c2ba6aff62f1
8. Menurut ramalan, Tagon adalah seseorang yang akan menghentikan pemilik tiga benda langit untuk menghancurkan peradaban Arthdal

 

d08175a7 0c32 42c5 8ffa d3635b5caee7

9. Tan Ya yang dilakonkan oleh Shin Se Kyung pada musim kedua ini telah mengubah nasibnya dari seorang hamba biasa hingga menjadi pendeta agung

 

63393624 8c7d 47b2 9945 e92ff94b2b3a
10. Dia diyakini sebagai kelahiran semula Asa Sin, ibu tertua suku kaum Gunung Putih yang mempunyai kebolehan spiritual untuk berhubung dengan para dewa

 

86cbe23a 0d09 4f48 adb4 684b661b6b8b
11. Walaupun kini suku kaumnya iaitu suku Wahan, telah bebas dari sistem perhambaan di Arthdal, Tan Ya belum mengetahui keberadaan Eun Seom

 

07457f45 1ae2 4306 b4e7 6387e3ef1246
12. Tan Ya hanya mengetahui bahawa Eun Seom dan suku Wahan yang dikirim sebagai hamba di lombong bawah tanah terlibat dengan bencana

 

f34f091a 36c3 4ac7 abdb 383815dd22e1
13. Anda akan menyaksikan kembali Kim Ok Vin sebagai pelakon yang membawa watak Taealha dari suku Hae. Kini dia telah menjadi ratu di negara Arthdal

 

aa5e27a0 dbb1 40cc bfba ee9e690a1e1e
14. Taealha membuat Tagon tidak dapat berbuat apa-apa setelah memberi tahu bahawa dia sedang hamil. Sebab itulah mereka berkahwin dan berkongsi kuasa

 

7be238b5 56f0 4a5a 840a 614a9143c0e7
15. Tambahan pula hanya Taealha yang mengetahui rahsia gangsa di Arthdal setelah ayahnya meninggal dunia dengan cara meminum racun

 

3ba7e721 857a 4bcf b008 aa73f72759e7
16. Sebelum ayahnya meninggal dunia, dia telah berjanji untuk balas dendam pada Arthdal

Perlu diingat bahawa Tagon juga mempunyai pengintip dalam kalangan suku Ago yang ditonjolkan pada akhir musim pertama. Adakah pengintip tersebut akan menjadi penghalang suku Ago untuk melawan pasukan Arthdal?

Kita tunggu sambungan kisahnya pada episod perdana Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun pada 9 September ini di Disney+ Hotstar!

 

Baca lagi: Shin Hye Sun Jadi Sasaran Pembunuh Bersiri Dalam Filem “Target”, Tayang 30 Ogos Ini
Baca juga: Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon Tidak Tayang di Netflix?