Home Artis Korea Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon Tidak Tayang di Netflix?

Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon Tidak Tayang di Netflix?

0

Musim pertama drama siri Korea Arthdal Chronicles (2019) tayang di Netflix. Namun kali ini musim keduanya, Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon disahkan tidak akan tayang di platform yang sama.

IMG 9105
Namun para peminat setia tidak perlu risau dan gusar, drama siri ini tetap boleh dinikmati oleh para penonton tempatan dan antarabangsa di platform streaming yang lain.

1. Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon tayang di Disney+ Hotstar

IMG 9103Pada bulan Februari telah tersebar berita bahawa drama siri Arthdal Chronicles musim kedua akan mengganti beberapa orang pelakon lamanya. Selain itu drama siri ini juga dikatakan akan kembali tayang di Netflix. Namun rancangan tersebut berubah.

Ternyata bukan Netflix yang akan menayangkan drama produksi tvN ini, kali ini Disney+ Hotstar diberi hak tayang. Pada Isnin 31 Julai 2023 lalu, Disney Plus telah mengeluarkan jadual tayangan disertai beberapa gambar watak yang akan berlakon dalam drama siri ini. Para bintang yang akan menyerikan siri ini adalah Lee Joon Gi, Yang Dong Gun, Shin She Kyung dan Kim OK Vin yang dipilih sebagai pelakon utama Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon.

2. Sinopsis ringkas Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon

82ca8dcc ea7c 4400 82a2 7cc3ca112b15Musim kedua drama siri ini akan berlatarkan dunia sekitar 8 tahun setelah Tagon (Jang Dong Gun) menaiki takhta. Drama siri ini menceritakan tentang para pahlawan yang membuat legenda mereka sendiri di tanah mitos Arthdal.
Pelakon Jang Dong Gun akan kembali membawa watak sebagai sebagai Tagon.

Tagon adalah pemimpin pertama yang berperang di Arthdal demi menjadikan Arthdal negara kota yang makmur. Dia akhirnya boleh menjadi raja pertama Arthdal dan mendapat kuasa mutlak.

Arthdal ChroniclesSelain itu Lee Joon Gi akan membawa dua watak berbeza iaitu sebagai Sa Ya (Lee Joon Gi) dan Eun Seom (Lee Joon Gi). Dia adalah pemimpin Suku Ago yang berusaha membawa kebebasan bagi Arthdal.

bec6b8cf a9d0 48f0 a1a1 5d429a96bda4Pelakon wanita Kim Ok Vin akan berlakon sebagai Tae Alha (Kim OK Vin), seorang ahli politik yang melakukan segala-galanya untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

0163ea0d 0538 4b9a 943d e81e0b15d7ca

Selain itu Shin Se Kyung membawa watak sebagai Tanya (Shin She Kyung). Tanya adalah pendeta tinggi Arthdal, yang menggunakan kemampuannya menyampaikan kehendak Tuhan demi kepentingan rakyat.

3. Bila Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon akan ditayangkan?

IMG 9104Peminat-peminat Arthdal Chronicles pasti gembira bukan. Setelah musim pertama drama Arthdal Chronicles tayang pada tahun 2019, kini musim keduanya muncul. Ini bermaksud para peminat sudah menanti empat tahun untuk kemunculan sekuel drama ini.

Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon adalah projek tvN selepas drama The Uncanny Counter 2 (2023). Drama ini akan mula tayang pada 9 September 2023 nanti. Anda boleh menonton drama siri penuh epik musim 2 ini di slot tayangan drama Uncanny Counter 2, iaitu pada hari Sabtu dan malam minggu.

Sudah tidak sabar ingin menyaksikan sambungan legenda rakyat Arthdal? Jangan lupa saksikan di Disney Hotstar bulan September nanti ya.


Baca lagi: “Arthdal ​​Chronicles: The Sword of Aramoon”, Disebalik Tabir Pembacaan Skrip

Baca juga: Kdrama 2023 – 7 Watak Roh Jahat dan Iblis