Home Kdrama/Kmovie Sediakan Tisu, 6 Drama Korea yang Mengupas Hubungan Adik Beradik dengan Penuh...

Sediakan Tisu, 6 Drama Korea yang Mengupas Hubungan Adik Beradik dengan Penuh Emosi

0

Drama Korea bukan hanya menampilkan adegan percintaan romantik yang membuatkan para penonton cair dan tersenyum sendiri. Ada banyak genre Kdrama yang menarik untuk diikuti, salah satu di antaranya adalah Kdrama tentang adik beradik.

Jalan cerita yang pelbagai, disokong pula dengan persembahan para pelakon yang memikat. Berikut dibawah ini adalah 6 pilihan drama Korea tentang adik beradik.

 

1. Police University

DramaDrama ini dimulakan dengan kisah Kang Sung Ho yang menjadi yatim piatu. Dia kemudian dijaga oleh Yoon Taek Il yang sudah menganggapnya sebagai anak lelakinya sendiri. Taek Il mempunyai anak bernama Yoon Seung Bum yang menjadi saudara angkat Sung Ho dan juga sahabatnya. Walau mereka bersahabat, berlaku juga konflik antara keduanya, tetapi mereka boleh berbaik seperti sedia kala.

Hubungan saudara angkat ini sangat akrab dan saling menyokong antara satu sama lain. Salah satu babak paling manis dalam drama ini adalah ketika Sung Ho memberikan duit simpanannya untuk membiayai perbelanjaan Seung Bum sambung belajar.

 

2. Lovers of The Red Sky

Drama koreaDrama Korea ini menceritakan tentang hubungan saudara antara tiga putera raja iaitu Putera Jooh Yang, Putera Yang Myung, dan Putera Mahkota. Putera Jooh Yang ingin merebut kedudukan Putera Mahkota dengan menyusun berbagai-bagai strategi licik. Dia meminta bantuan Putera Yang Myung. Sayangnya, permintaan tersebut ditolak. Si bongsu rupa-rupanya lebih memihak kepada Putera Mahkota untuk menjadi raja.

 

3. Record of Youth

f440fdfc 17e1 462f adeb 54c66da39628Record of Youth menceritakan tentang pertelingkahan adik beradik yang diakibatkan oleh perasaan iri hati mereka. Sa Gyeong Jun sangat iri hati dengan adiknya, Sa Hye Jun kerana adiknya lebih tampan. Sementara itu, Sa Hye Jun juga merasa iri hati kerana saudaranya lebih pintar dan disayangi ayah mereka. Walau tidak sebulu, mereka saling menjaga dan menolong jika salah seorang dari mereka tertimpa musibah. Drama ini dibintangi oleh Park Bo Gum, Park So Dam, Kwon Soo Hyun, Byeon Woo Seok, dan Ha Hee Ra.

 

4. Its Okay Not To Be Okay

fa7f34b7 81d2 4c66 80ea 5de543c80b3bDrama Korea ini menceritakan tentang Moo Gang Tae yang dilakonkan oleh Kim Soo Hyun yang perlu menjaga abangnya yang autisme bernama Sang Tae. Rupa-rupanya mereka masih menyimpan kebencian atas tragedi yang pernah terjadi di masa lalu. Lama kelamaan adik beradik ini mula belajar untuk tidak saling bergantung harap. Drama Korea ini diwarnai dengan banyak adegan yang menyentuh hati. Sediakan tisu ya!

 

5. My Mister

c9ec5c70 71f1 44c8 95f2 85b4ad8c8cf1My Mister mengisahkan tentang tiga bersaudara yang mempunyai masalah masing-masing dan saling menyokong antara satu sama lain. Park Sang Hoon yang merupakan abang paling tua, telah berkali-kali gagal dalam perniagaannya dan perlu hidup bersama ibunya. Sementara itu, anak yang kedua pula memiliki isteri dan pekerjaan yang bagus tetapi sayangnya isterinya curang dengan majikan di tempat kerja.

Manakala yang paling bongsu, Park Ki Hoon, adalah seorang penganggur. Dua juga perlu bersama abang sukong dan ibu mereka. Drama ini sangat menyentuh hati, banyak nilai murni yang boleh dijadikan pedoman dalam hidup.

 

6. King 2 Hearts

b39fe2a6 edda 4cd1 95fb 047317a21f63Drama ini mengisahkan tentang perjalanan Putera Lee Jae Ha yang pada awalnya sangat sombong dan mengada-ngada. Dia juga tidak tahu apakah tanggung jawab sebagai seorang pemimpin yang tegas. Dia nekad untuk berubah kerana kematian saudaranya iaitu Lee Jae Kang dan Puteri Lee Jae Shin yang lumpuh.

Demikian sahaja pilihan drama Korea tentang adik beradik yang boleh anda tonton bersama keluarga. Bukan hanya menghiburkan, drama-drama tersebut juga mengandungi banyak nilai moral yang boleh diterapkan dalam keluarga. Selamat menonton ya!

Baca lagi: 7 Drama Korea yang Boleh Menceriakan Hari Anda, Penuh Lawak Jenaka
Baca juga: 11 Drama Korea Diharamkan Tayang Di Negaranya Sendiri, Mengapa?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here