Home Kdrama/Kmovie 17 Pilihan Drama Korea Komedi dengan Lawak Pecah Perut, Menghiburkan

17 Pilihan Drama Korea Komedi dengan Lawak Pecah Perut, Menghiburkan

0

Menonton drama Korea kini menjadi salah satu aktiviti yang boleh menghilangkan rasa bosan apabila berada di rumah. Jika anda kurang suka jalan cerita yang penuh konflik, maka anda boleh menonton drama Korea dengan genre komedi yang pasti menyegarkan hari-hari anda.

Drama Korea ini bukan hanya memiliki jalan cerita yang ringan, drama komedi ini juga dipenuhi dengan banyak adegan yang pastinya membuatkan anda tertawa.

Berikut dibawah ini adalah 17 pilihan drama Korea dengan genre komedi yang sangat lucu dan menghiburkan.

 

1. Welcome to Waikiki

ee36ddb7 894d 4e3c 9a0c 3f08cf6b8475Drama Korea ini menceritakan kisah kehidupan tiga orang pemuda dari latar belakang berbeza yang mengusahakan sebuah rumah inap yang nyaris-nyaris muflis. Tiga watak utama tersebut kerap menampilkan adegan lucu dan mencuit hati.

 

2. Strong Woman Do Bong Soon

2f9fc35c edcf 4a4f 9244 b2e827b9ae70Strong Woman Do Bong Soon merupakan sebuah kisah mengenai seorang wanita yang mempunyai kekuatan luar biasa. Kekuatan wanita yang diberi nama Do Bong-soon (Park Bo-young) itu tiada tandingan, seolah-olah kuasa Superman yang mampu memusnahkan apa-apa sahaja. Pada suatu hari Ahn Min-hyuk (Park Hyun-sik) ternampak Do Bong-soon sedang memukul samseng-samseng jalanan di sebuah pinggir jalan.

Terkejut dan kagum dengan kekuatan wanita tersebut, Ahn Min-hyuk menawarkan gaji yang amat lumayan buat Do Bong-soon. Do Bong-soon diminta untuk menjadi pengawal peribadi Ahn Min-hyuk. Ternyata upah yang lumayan tersebut tidak dapat ditolak oleh Do Bong-soon, maka bermulalah perjalanan hidup Do Bong-soon sebagai seorang pengawal peribadi lelaki konglamerat yang kaya raya.

 

3. The Beauty Inside

4dfec168 da20 4408 9971 d25eb5d7d983Membawa genre fantasi, The Beauty Inside mengisah tentang pelakon popular yang kerap berubah wajah. Dia terjerat kisah romantik dengan keturunan chaebol

 

4. What’s Wrong With Secretary Kim

dc87af99 6f6b 49d5 a3e1 31ebc9446295Drama Korea ini menceritakan tentang Lee Young Joon, seorang wakil presiden syarikat yang tampan, kaya, dan sombong, dan Kim Mi So, seorang setia usaha profesional yang bijak dan cantik. Mi So memutuskan untuk mengundurkan diri daripada pekerjaannya untuk mencari kehidupan sendiri. Namun, Young Joon tidak mahu kehilangan setia usaha yang sempurna. Kemudian, dia berusaha mencari cara untuk membuat setia usahanya bertahan.

Baca juga: 8 Drama Korea ini Menceritakan Tentang Liku-Liku Pekerja Bank, Pelbagai Kisah Kehidupan

5. Reply 1988

8bb946a9 b16e 4273 9ffc f66268a02c36Reply 1988 masih menjadi salah satu drama siri korea Selatan yang dianggap lagenda dan memang sangat popular dan laris sampai sekarang! Para penonton pasti ketawa dengan babak lucu yang ditampilkan dan pasti juga menangis dengan babak meruntun hati yang ditonjolkan. Cukup lengkap!

 

6. Prison Playbook

fb63fcf1 aaeb 44b4 9b17 abe1b96bed86Prison Playbook adalah berkisar mengenai kehidupan para banduan dan kakitangan penjara di sebuah penjara. Je-hyeok (Park Hae-soo) adalah seorang lelaki berjaya sebelum dia disumbat masuk ke penjara kerana sebuah insiden yang tidak disengajakan.

Bagaimana mungkin seorang lelaki yang budiman berakhir menjadi seorang banduan? Bagaimanakah caranya dia menyesuaikan hidup bersama teman-teman banduannya yang lain? Lelaki malang itu mempunyai seorang sahabat yang bekerja sebagai pegawai penjara. Sahabatnya Joon-ho (Jung Kyung-ho) menanti ketibaan Je-hyeok di penjara tersebut.

 

7. She Was Pretty

506e02aa 2c3b 4450 9b33 c4742d8d2d23She Was Pretty menceritakan tentang Ji Sung-joon yang dibawa oleh Park Seo-joon, dan cinta pertamanya bernama Kim Hye-jin yang dibawa oleh Hwang Jung-eum. Ketika masih kecil, Sung-joon sangat gemuk. Bagi Sung-joon, Hyo-jin merupakan penyelamat hidupnya kerana selalu melindunginya ketika apabila dibuli.

Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu kembali dan keadaan sudah berubah, Sung-joon yang dulu gemuk sekarang sudah mempunyai badan tegap dan kelihatan sungguh menawan. Berbeza pula dengan Hye-jin yang membesar menjadi gadis yang berwajah biasa-biasa sahaja. Hye-jin pada waktu itu seolah-olah bertepuk sebelah tangan tentang perasaan cintanya.

 

8. Weightlifting Fairy Kim Bok Jo

3a69b627 4594 443a bddf 5612719ec616Drama Korea ini juga adalah drama lucu mengenai seorang wanita yang juga luar biasa kuat iaitu Kim Bok-joo yang merupakan atlet angkat berat. Selain lucu dan penuh komedi, drama ini juga menampilkan elemen romantik, cuba tonton ya!

 

9. Oh My Ghost

7e7fc25f 8ebb 4934 9abb 283d20002417Diselit juga dengan elemen misteri, Oh My Ghost memang akan menggeletek hati anda yang menonton! Drama siri ini dibintangi oleh Jo Jung Suk dan Park Bo Young.

Baca lagi: 5 Filem Korea Paling Popular dan Laris Sepanjang Zaman dan Sudah Ditonton Lebih dari 10 Juta Kali

10. My ID Is Gangnam Beauty

8005b18d 2cc8 46f9 8395 c144e26fb618My ID is Gangnam Beauty ini menceritakan tentang Kang Mi-rae (Im Soo-hyang) yang sangat pemalu kerana penampilannya yang buruk. Dia selalu diejek oleh kawan-kawannya semasa bangku sekolah. Perkara tersebut membuatnya ingin melakukan pembedahan plastik dan meminta izin ibunya untuk mengubah penampilannya sebelum melangkah ke universiti.

Kang Mi-rae berubah menjadi cantik namun tetap dengan perwatakannya yang pemalu. Memasuki tahun pertama, dia menjadi gadis paling cantik dan hebat di kampusnya. Akibat masa lalu yang sering dibuli, dia memandang orang lain berdasarkan penampilan luaran mereka. Mi-rae mendapat banyak perhatian, namun kadang kala tetap diejek kerana telah melakukan pembedahan plastik.

 

11. You’re Beautiful

e34d7a29 e488 4f41 8269 8a816e6648ccWalau ditayangkan pada tahun 2009 tetapi drama siri You’re Beautiful masih boleh ditonton oleh para peminat drama Korea. Menceritakan tentang Ko Mi Nyeo (Park Shin Hye) yang terpaksa menyamar menjadi lelaki. Dia perlu menggantikan tempat saudara kembarnya sebagai anggota kumpulan muzik lelaki yang dikenali sebagai A.N.JELL. Kehidupan Mi Nyeo sebagai anggota boy band memang dipenuhi dengan konflik yang pelik-pelik tetapi banyak adegan manis dan lucu yang disajikan untuk menghiburkan para penonton.

 

12. True Beauty

4d7d9312 9d0e 44be 8cd0 00a32fb34c58Para peminat Webtoon pasti tidak asing lagi dengan drama siri ini. Drama siri True Beauty merupakan adaptasi Webtoon popular yang bertajuk The Secret of Angel karya Yaongyi. Drama siri ini menggambarkan kisah cinta tiga segi yang membuat para penonton terbawa-bawa dengan emosi dan suasana.

Drama Korea ini menceritakan tentang kisah Im Joo Kyung, iaitu seorang pelajar sekolah menengah yang tidak yakin diri dan tidak yakin dengan penampilannya dan selalu menggunakan solekan tebal untuk menutupi wajahnya yang dianggap hodoh. Di sekolah barunya, dia bertemu dengan Lee Su Ho dan Han Seo Jun, lalu terlibat kisah cinta tiga segi.

 

13. Vincenzo

7bc40bbb 8e99 4a56 bbbf 8eb789abb26eTayang pada awal tahun 2021, Vincenzo merupakan salah satu tayangan popular yang meraih rating tertinggi sebanyak 14.6 peratus. Walau mengusung genre dark comedy, siri ini disuntik dengan adegan yang penuh aksi.

Vincenzo Cassano (Song Joong Ki) adalah seorang consigliere yang datang dari Itali ke Korea untuk mengambil emas di Geumga Plaza. Namun rancangannya terhalang kerana dia terlibat dalam konflik antara warga Geumga dan Babel Group, sebuah syarikat kejam yang hauskan kuasa.

Vincenzo kemudian bekerjasama dengan seorang peguam cantik bernama Hong Cha Young (Jeon Yeo Been) untuk menjatuhkan ketua Babel Group yang mempunyai kekebalan undang-undang dan disokong oleh peguam serta pendakwa raya jahat.

Baca juga:

14. My Roommate is Gumiho

4bb6eb13 b48a 46f4 ac4b a5c0409f37f1My Roommate is Gumiho merupakan drama Korea yang berasal dari cerita legenda dan diadaptasi dari cerita webtoon dengan tajuk yang sama. Drama ini cuba menampilkan legenda tersebut dalam versi moden yang menceritakan kisah romantik Shin Woo-Yeo, musang berekor sembilan yang sudah hidup selama 999 tahun dan ingin menjadi manusia.

Shin Woo-Yeo kemudian bertemu dengan Lee Dam, seorang pelajar yang tidak sengaja menelan manik-manik Woo-Yeo dalam sebuah kemalangan. Kejadian itu kemudian menjadi masalah dan mereka perlu tinggal bersama dalam satu rumah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sejak mereka tinggal bersama, kisah cinta antara dua makhluk ini mula berkembang.

 

15. Hometown Cha-Cha-Cha

229d3f85 8dd5 4092 b6c1 5cea353833d2Sebuah kisah yang ringan, Hometown Cha-Cha-Cha adalah drama siri yang menarik dan segar untuk ditonton. Tidak banyak peristiwa yang dramatik, tetapi hanya ada kisah cinta yang manis-manis dari pasangan utama yang jelita dan tampan. Ditambah pula dengan penduduk yang menawan dan akan menarik para penonton lebih dalam ke kota kecil Gongjin.

 

16. One The Women

df228edb cec8 424d 95ad 176dce8e3a32Jo Yeon Ju ( Honey Lee ) adalah seorang pendakwa raya yang mengalami amnesia selepas mengalami kemalangan jalan raya. Apabila tersedar, dia disangkakan sebagai Kang Mi Na, menantu perempuan yang lemah lembut dari keluarga chaebol Hanju Group. Tanpa disedari dia terlibat dalam perebutan kuasa di Hanju Group. Yeon Ju berjuang untuk mendapatkan kembali ingatannya, mertua Mi Na juga bingung melihat perangai berbeza menantu perempuan mereka selepas kemalangan itu.

 

17. Work Later, Drink Now

Drama koreaKisah tiga orang sahabat baik ini iaitu Ahn So-hee (Lee Sun-bin), Han Ji-yeon (Han Sun-hwa) dan Kang Ji-gu (Jung Eun-ji) diteruskan lagi dalam drama Korea Work Later Drink Now 2. Seorang Youtuber gila-gila, seorang penulis berbakat besar dan seorang jurulatih yoga bersama-sama meneruskan perjalanan hidup dan saling berkorban demi persahabatan mereka.

Demikian sahaja 17 pilihan drama Korea dengan genre komedi yang boleh anda tonton di waktu lapang. Pasti anda akan terhibur dengan lawak jenaka yang disajikan!

Baca lagi: Sediakan Tisu, 6 Drama Korea yang Mengupas Hubungan Adik Beradik dengan Penuh Emosi
Baca juga: Permulaan Drama Missing Crown Prince Sangat Mengujakan, Pelbagai Konflik Muncul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here