Home Kdrama/Kmovie 7 Kdrama Tentang Persahabatan, Lucu dan Penuh Pengajaran

7 Kdrama Tentang Persahabatan, Lucu dan Penuh Pengajaran

0
Kdrama

Kisah romantik memang sangat identikal dengan drama Korea. Namun, tidak semua drama dari Korea hanya fokus pada kisah percintaan sahaja. Ada juga drama Korea tentang persahabatan yang menarik untuk ditonton.

Kali ini, kita akan mengupas tentang drama Korea yang membawa tema persahabatan. Berikut dibawah ini adalah 7 buah Kdrama tentang persahabatan.

 

1. Because This Is My First Life (2017)

Drama koreaPernah anda bayangkan bagaimanakah berkahwin dengan orang yang baru dikenali?Kdrama ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Yoon Ji-ho yang berkahwin dengan Nam Se-hee, seorang pemilik rumah yang disewa olehnya. Mereka memilih untuk berkahwin demi kepentingan masing-masing. Ji Ho mahu mendapat tempat tinggal, sementara Se Hee mahu mempunyai teman satu rumah dan berkongsi kos bayaran rumah. Walau begitu, benih-benih cinta mula muncul di antara mereka seiring berjalannya waktu. Drama Korea ini menampilkan hubungan persahabatan yang kuat antara Ji-ho dan kedua-dua kawan sekolahnya iaitu Soo-ji dan Ho-rang. Mereka sama-sama menjalani kehidupan yang sukar sebagai tiga sekawan tetapi saling menyokong dengan kasih sayang persahabatan.

 

2. Age of Youth (2016)

KdramaMerupakan Kdrama yang menceritakan tentang lima orang wanita yang bersahabat. Mereka tinggal bersama di bawah satu bumbung. Walau bersahabat, tetapi mereka punya perwatakan dan latar belakang berbeza.

Baca lagi: 10 Kdrama 2024 Ini Buatkan Penonton Tidak Sabar Menanti Ending

3. Reply 1988 (2015)

aeea5878 85a6 4c48 9b29 fa2d0658da1cDikatakan Reply 1988 adalah drama Korea tentang persahabatan terbaik sepanjang zaman. Watak-watak penting iaitu Sung Deok-sun, Sung Sun-woo, Ryu Dong-ryong, Kim Jung-hwan, dan Choi Taek yang sudah saling mengenali sejak kecil lagi. Mengisahkan tentang persahabatan sekumpulan anak muda yang menghadapi masalah biasa orang dewasa. Ada konflik tentang cinta tiga segi, dan isu perpisahan selepas menghabiskan masa bertahun-tahun bersama.

 

4. Welcome to Waikiki (2018)

a36a7107 ba46 4092 8563 42e45efefb14Menceritakan tentang tiga orang sahabat dengan cita-cita yang berbeza dan sering melakukan perkara-perkara yang luar biasa dan mengundang gelak tawa. Mereka adalah Kang Dong-gu (Kim Jung-hyun), Lee Joon-ki (Lee Yi-kyung), dan Bong Doo-sik (Son Seung-won). Sebagai anak muda yang sukakan cabaran, mereka menjalankan perniagaan rumah penginapan yang dikenali sebagai Waikiki.

Sayangnya, perniagaan mereka menghadapi masalah sehingga hampir muflis. Sedang mereka menghadapi dilema, tiga sahabat ini dikejutkan dengan kehadiran seorang ibu tunggal bersama bayinya yang datang secara tiba-tiba.

 

5. Entourage (2016)

08c853ef 309a 4874 93f8 9d04febcf84bMerupakan Kdrama tvN yang dibintangi oleh Seo Kang Joon, Park Jung Min, Lee Kwang Soo, Lee Dong Hwi, dan Cho Jin Woong. Kdrama ini mengisahkan tentang empat sahabat yang sudah rapat sejak kecil. Salah seorang dari mereka, Young Bin (Seo Kang Joon) merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik di Korea Selatan. Sementara itu , ketiga-tiga sahabat yang lain juga mempunya kerjaya serupa iaitu dalam bidang hiburan tetapi skop pekerjaan mereka adalah berbeza-beza. Drama ini menggambarkan kisah mereka yang tinggal serumah dengan kehidupan dan masalah masing-masing.

 

6. Strongest Deliveryman (2017)

1c757a45 a35b 4ed5 a55f 907f50926100Drama ini mengisahkan tentang para penghantar makanan kedai mee yang diketuai oleh seorang nenek. Kisah persahabatan dan cinta juga boleh kita lihat dari hubungan kedua-dua watak utama.
Mereka adalah Choi Gang Soo (Ko Gyung Pyo) dan Lee Dan-A (Chae Soo Bin). Mereka merupakan sahabat rapat dan berusaha untuk meningkatkan populariti dan jumlah jualan mee di kedai tempat mereka bekerja.

 

7. Hospital Playlist (2020 – 2021)

49b0f356 45dc 49d0 bda0 d7f696cdc625Kdrama yang tayang di Netflix ini menceritakan tentang lima orang doktor pakar yang sudah bersahabat sejak zaman kuliah lagi. Mereka adalah Lee Ik Joon (Jo Jung Suk), Ahn Jeong Won (Yoo Yeon Seok), Kim Jun Wan (Jung Kyung Ho), Yang Seok Hyung (Kim Dae Myung), dan Chae Song Hwa (Jeon Mi Do). Mereka bekerja di hospital yang sama iaitu Hospital Yuljae. Selain kisah persahabatan menarik, drama Korea genre Slice of Life ini juga menampilkan kisah kehidupan para doktor, jururawat, dan juga para pesakit.

Demikian sahaja beberapa pilihan drama Korea tentang persahabatan. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 17 Pilihan Drama Korea Komedi dengan Lawak Pecah Perut, Menghiburkan
Baca juga: Sediakan Tisu, 6 Drama Korea yang Mengupas Hubungan Adik Beradik dengan Penuh Emosi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here