Home Kdrama/Kmovie 7 Kdrama Underrated Dengan Plot Yang Amat Menarik

7 Kdrama Underrated Dengan Plot Yang Amat Menarik

0
Underrated

Pernahkah anda mendengar istilah Kdrama underrated? Pada dasarnya, ini merupakan sebutan bagi drama Korea yang kurang meletup atau kurang popular. Ini bukan kerana jalan ceritanya yang membosankan atau artis yang membintanginya tidak terkenal. Namun, siri-siri underrated ini biasanya dibayangi oleh drama popular lain yang lebih hype di kalangan para penonton.

Oleh sebab hebatnya persaingan, serta tumpuan penonton hanya mengarah pada drama-drama tertentu telah menjadikan siri-siri Kdrama underrated ini kurang mendapat perhatian. Padahal, dari segi jalan cerita dan pelakon, drama-drama underrated ini juga tidak kurang hebatnya dengan drama-drama popular lain yang berjaya meraih rating tinggi.

Anda ingin mengetahui drama Korea manakah yang boleh dikatakan sebagai Kdrama underrated?

 

1. You Are My Spring

kdrama underrated Merupakan salah sebuah drama tvN yang boleh dikatakan underrated. Mempunyai cerita menarik dan unik, populariti siri ini dibayangi oleh siri lain yang lebih glamour seperti Hospital Playlist musim 2, The Penthouse, dan juga Nevertheless. Drama ini merupakan siri yang dibintangi oleh Seo Hyun Jin, Kim Dong Wook, dan Yoon Park. Mengisahkan tentang kumpulan anak muda yang tinggal di sebuah apartment. Namun sebelum ini, di apartment itu pernah terjadi pembunuhan.

 

2. Monthly Magazine Home

KdramaSama-sama ditayangkan pada bulan Julai 2021, Kdrama underrated ini juga dibayangi oleh drama Hospital Playlist 2 dan drama popular lain. Mengisahkan tentang seorang editor majalah hartamah yang bernama Na Young Won (Jung So Min). Dia berusaha untuk membeli rumah sendiri yang sudah menjadi impiannya sejak lama. Bagi Young Won, rumah adalah tempat berharga di mana dia boleh menjadi dirinya sendiri. Sementara itu, CEO majalah tersebut yang bernama Yoo Ja Sung (Kim Ji Suk) hanya menganggap rumah sebagai sumber kekayaan.

 

3. Search: WWW

Underrated

Di Korea Selatan, sebenarnya drama ini sangat popular. Namun, Kdrama ini agaknya masih kurang popular di kalangan peminat drama Korea secara global. Ditayangkan pada bulan Jun 2019, populariti drama ini di luar Korea Selatan dibayangi oleh drama popular seperti Voice 3 dan Arthdal Chronicles yang dibintangi oleh Song Joong Ki. Menceritakan tentang seorang pengurus syarikat portal web yang dipecat. Namun, dia kembali bekerja sebagai pengurus di portal web pesaing dan berusaha untuk mengalahkan syarikat tempat dia bekerja sebelum ini.

 

4. Hello, Me!

27cfecbb 4f1c 4e34 9034 e419f8314603Drama ini bersaing dengan drama-drama hebat yang mempunyai rating tinggi seperti Vincenzo dan Mr Queen. Kdrama ini merupakan drama Korea komedi fantasi yang mengisahkan tentang kehidupan Ban Ha Ni (Choi Gang Hee). Di usianya yang sudah menginjak 37 tahun, dia dihadapkan dengan masalah yang sukar. Namun, kehidupannya berubah apabila dia bertemu dengan Ban Ha Ni muda yang berusia 17 (Lee Re) tahun yang datang dari masa lalu.

 

5. Undercover

27af26f4 d584 421b 9df5 a01a9451f93bBersaing dengan drama Law School dan Taxi Driver membuatkan populariti drama bertajuk Undercover ini agak tertutup. Padahal, drama ini mempunyai jalan cerita yang sangat menarik. Dibintangi oleh Ji Jin Hee dan Kim Hyun Joo, drama ini merupakan remake dari siri TV Amerika bertajuk sama. Mengisahkan tentang ejen rahsia Han Jung Hyun yang berkahwin dengan Choi Yeon Seo, seorang peguam yang berbakat. Akibat kerjaya isterinya, identitinya nyaris terbongkar kerana berlaku kejadian yang diluar jangkaan dan tidak dapat dielakkan.

 

6. Sell Your Haunted House

3b8f4dcf 739b 4d73 9af9 11ef270b9c0a

Drama ini memang mendapat rating yang sangat baik. Namun, populariti drama ini juga agak tenggelam kerana pesaingnya seperti Law School, Taxi Driver, dan Mouse. Kdrama underrated ini dibintangi oleh Jung Yong Hwa dan Jang Nara. Mengisahkan tentang ejen hartanah yang menjalankan perniagaan menghalau hantu.

 

7. The Good Detective

ba01bbbe 5ef2 4c2a 8240 706db20c40aeSalah satu Kdrama underrated yang jarang dibicarakan. Tayangan drama ini dibayangi oleh populariti drama terdahulunya yang lebih booming seperti It’s Okay to Not Be Okay yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun. Selaras dengan tajuknya, drama ini mengisahkan tentang sekumpulan detektif polis yang dihadapkan dengan kes yang rumit. Kehebatan dan kesetiaan mereka dalam membela kebenaran dalam sesuatu kes ditonjolkan dengan sangat berkesan.

Demikian sahaja beberapa buah pilihan Kdrama underrated yang ditenggelami oleh populariti drama-drama pesaing. Anda sudah menonton drama yang mana?

Baca lagi: 7 Kdrama Tentang Persahabatan, Lucu dan Penuh Pengajaran
Baca juga: 10 Drama Korea yang Boleh Ditonton untuk Menghilangkan Rasa Bosan, Penuh Konflik dan Kejutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here