Home Kdrama/Kmovie 7 Nasib Malang yang Menimpa Kim Hye Yoon dalam Lovely Runner, Cacat...

7 Nasib Malang yang Menimpa Kim Hye Yoon dalam Lovely Runner, Cacat Kekal dan Hampir Bunuh Diri

0

Selepas drama terakhirnya yang ditayangkan pada tahun 2022 yang lalu, Kim Hye Yoon akhirnya membuat kemunculan lagi pada tahun ini. Drama barunya ini bertajuk Lovely Runner yang menampilkan genre fantasi yang dibaluti dengan kisah romantik.

Dalam Lovely Runner, Kim Hye Yoon digandingkan dengan pelakon terkenal Byeon Woo Seok dalam drama barunya kali ini. Kim Hye Yoon membawa watak sebagai Im Sol yang digambarkan sebagai seorang gadis yang ceria dan sangat baik hati. Dia menjalani hidup dengan penuh kebahagiaan kerana memiliki keluarga dan sahabat yang baik.

Namun selepas sebuah kejadian menyakitkan yang melibatkan Im Sol, hidupnya diselimuti dengan penuh nasib malang. Semak ulasan selengkapnya di bawah ya!

 

Lovely runner1. Pada masa kini, Im Sol mengalami kemalangan jalan raya yang membuatnya cedera dan cacat kekal serta perlu menggunakan kerusi roda sepanjang hayat

 

 

a5482294 e653 4860 aee8 92a774d389e02. Tentu sahaja keadaannya yang tidak berdaya dan tidak mampu lagi berjalan menjadi pukulan hebat bagi Im Sol, dia bahkan pernah berniat mahu mengakhiri hidupnya sendiri

 

 

9a1475ab 483c 4c89 b896 1a4cce23a75d3. Akhirnya Im Sol tetap boleh bertahan tetapi keadaannya ini membuatnya sukar untuk mendapat sebarang pekerjaan

 

 

IMG 28644. Walau sudah kelihatan ceria tetapi sesekali Im Sol bersedih kerana merasa kesukaran, contohnya apabila kerusi rodanya berhenti di tengah-tengah jalan

 

 

IMG 28635. Sewaktu ingin menonton konsert bintang idola kesayangannya, Im Sol kehilangan tiket sehingga membuatkan dia tidak berjaya masuk ke konsert tersebut sedangkan selama ini dia sangat menantikan detik dan waktu untuk konsert itu

 

 

IMG 23166. Sampai suatu hari, dia mendengar berita kematian bintang idolanya iaitu Ryu Sun Jae (Byeon Woo Seok) yang membuatkan Im Sol makin kecewa dan hilang arah

 

 

1fedeed6 6736 41c9 8376 7c8306c15abf 17. Kematian Sun Jae membuatnya sangat terkejut hingga dia menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat memahami keadaan bintang idola kesayangannya itu

Siapa sangka bahawa watak gadis yang sangat ceria itu menyimpan rasa sakit yang luar biasa. Nasib-nasib malang dalam hidupnya seperti cacat kekal hingga kehilangan orang yang begitu dicintai membuatkan Im Sol putus asa. Tetapi selepas dia kembali ke masa lalu, mampukah Im Sol mengubah segala-galanya?

Episod terbaru Lovely Runner boleh ditonton setiap hari Isnin dan Selasa. Pastikan anda strim hanya di Viu ya!

Baca lagi: 7 Watak Pelajar Sekolah dalam Lovely Runner, Pelbagai Karakter Menarik
Baca juga: 5 Sebab Mengapa “Lovely Runner” Harus Ditonton, Confirm Layan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here