Home Kdrama/Kmovie 5 Pilihan Kdrama Sageuk Romantik, Buat Peminat Cair

5 Pilihan Kdrama Sageuk Romantik, Buat Peminat Cair

0
Kdrama sageuk

Walau kebiasaanya drama Korea sageuk dekat dengan kisah istana dan sejarah, ada juga beberapa Kdrama romantik yang bertemakan sageuk.

Para peminat Kdrama tentu sudah tidak asing dengan drama Korea sageuk yang sering muncul di skrin tontonan, termasuk drama romantik. Walau bertemakan sageuk, terdapat juga kisah romantik yang menjadi tunjang utama dalam cerita yang membuatkan penonton cair hati.

Berikut ini adalah senarai pilihan Kdrama sageuk romantik dengan cerita yang berjaya membuai perasaan penonton.

The Matchmaker

92b1aaaa 84a7 47c9 9e31 28df24286310

Kembali menyapa para peminat, Rowoon membintangi drama ini bersama dengan Cho Yi Hun. Drama ini adalah drama saeguk yang mengambil latar dinasti Joseon.

Mengisahkan tentang kehidupan Shim Jung-woo, seorang lelaki genius yang hidupnya berubah selepas kematian isterinya iaitu puteri raja. Oleh kerana tidak boleh memegang jawatan dalam kerajaan, dia terlibat dengan Jung Soon-deok, seorang balu yang menjalani kehidupan rahsia sebagai Yeo-joo. Dia adalah seorang ejen pencari jodoh popular di ibu kota Hanyang.

 

Mr. Queen

7804ac41 3985 480c ac30 6dcb369e6a02

Drama Korea dengan genre komedi romantik ini menceritakan tentang seorang lelaki tukang masak bernama Jang Bong Hwan yang tiba-tiba terperangkap dalam tubuh seorang permaisuri pada era Joseon yang bakal mengahwini Raja Cheoljong.

Namun, perubahan sikap permaisuri yang kini mempunyai roh Jang Bong Hwan mengundang kacau bilau dalam istana. Kdrama sageuk yang popular dengan cerita lucu dan menghiburkan ini dibintangi oleh Shin Hye Sun, Kim Jung Hyun, dan Na In Woo.

 

The Secret Romantic Guesthouse

Kdrama sageuk

Drama Korea sageuk dengan genre komedi romantik ini dibintangi oleh Shin Ye Eun, Ryeo Un, Jung Gun Joo, dan Kang Hoon. Drama ini mengikuti kisah seorang wanita yang tinggal di zaman dinasti Joseon dan mengusahakan sebuah rumah penginapan.

Oleh kerana dibelit hutang bapanya yang sudah meninggal dunia, dia terus berurusan dengan lintah darat. Untuk melunaskan hutangnya, dia diberi tawaran untuk menyiasat dan mencari seorang lelaki yang bernama Lee Seol dengan bantuan tiga lelaki yang mengunjungi rumah penginapan miliknya.

 

Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

Kdrama

Menceritakan tentang kisah cinta tiga segi seorang wanita dan dua orang putera raja pada zaman Dinasti Goryeo. Pada waktu gerhana matahari penuh, seorang wanita dari zaman abad 21 tiba-tiba terperangkap dalam tubuh gadis remaja berusia 16 tahun di Dinasti Goryeo.

Dia kemudian jatuh hati dengan putera ke-8 dan juga putera ke-4. Kisah persahabatan, politik, dan cinta tiga segi turut menghiasi drama sageuk popular ini.

 

River Where The Moon Rises

66f71632 9179 48b1 ab55 778e14623edf

Drama sageuk yang ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan Kdrama yang menghidangkan cerita bertemakan perang. Menariknya, dalam Kdrama ini juga terselit beberapa kisah romantik yang terjadi di antara puteri raja dan pengawal istana.

Cerita antara Puteri Pyeonggang dan On Dal ini diadaptasi dari cerita legenda klasik pada zaman Goguryeo. Drama siri ini tentu sahaja memiliki banyak babak aksi dan kisah pengembaraan menarik yang sesuai ditonton oleh para peminat drama sageuk bertemakan perang.

Selain mempunyai cerita yang dekat dengan sejarah, kisah cinta yang menyentuh perasaan juga membuatkan drama-drama ini bertambah menarik. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 9 Watak Wanita Paling Berani dalam Kdrama Sageuk, Mahir Seni Mempertahankan Diri
Bacq juga: 13 Kdrama Sageuk Kelakar dan Penuh Komedi, Sangat Menghiburkan