Home Movie Suka Panjat Gunung? 10 Filem Seram ini untuk Anda

Suka Panjat Gunung? 10 Filem Seram ini untuk Anda

0
Bagi anda yang menggemari aktiviti outdoor, memanjat dan mendaki gunung merupakan salah satu cara untuk menenangkan fikiran dari lari seketika dari kesibukan harian.
Agaknya apa akan terjadi jika aktiviti mendaki gunung berakhir sebagai pengalaman yang menyeramkan? Tambahan pula lokasi pendakian kerap dikaitkan dengan perkara-perkara mistik.

Ramai pembikin filem Hollywood yang menghasilkn filem seram berlatarkan tema sedemikian. Suasana seram yang berbeza dengan filem-filem seram lain.

Berikut dibawah ini adalah beberapa pilihan filem-filem seram yang berlatarkan gunung khas untuk anda!

 

515934c8 bc34 4ae2 a6a4 ddf06dd7b14b
1. Significant Other (2022) berlatarkan Pacific Northwest yang indah. Pasangan muda berakhir dengan tragis sewaktu mengembara berdua di hutan belantara

 

894e233e 8337 4dc0 a494 9528659575d7
2. Baru sahaja berkahwin, pasangan muda terpaksa menghadapi serangan kumpulan pemuda di Eden Lake (2008). Aksi kejar-mengejar membuatkan jantung berdegup kencang

 

9e0287dd 27fb 4af1 9d36 6f90d1183d55
3. The Ritual (2017) adalah filem seram tentang mendaki gunung dan ajaran sesat yang aneh. Kisah tentang 4 orang pemuda yang masuk ke hutan menyeramkan

 

e738be1d 459b 4534 a0d5 918f34857405
4. Devil’s Pass (2013) adalah filem seram tentang mendaki gunung yang sangat menarik untuk ditonton. Fokus cerita tentang kehilangan para pelajar di Pegunungan Ural

 

95cf2e23 c1b3 44bd 829e c14ed824777c
5. Pembunuh kejam berkeliaran dalam A Perfect Getaway (2009). Pendakian di Hawaii yang romantik berubah menjadi perperangan darah yang mengejutkan

 

7a27dca3 2f61 4393 bcd6 ef587dc2fc36
6. Willow Creek (2013) merupakan filem seram tentang mendaki gunung yang membawa format footage. Cerita fokus tentang usaha mengesan Bigfoot. Mendebarkan!

 

Seram
7. Pendakian duo Gerry dalam Gerry (2003) dalam Death Valley tidak berjalan lancar. Mereka bukan hanya tersesat di gurun yang tandus tetapi ada perkara menyeramkan lain yang sedang memburu mereka

 

Filem seram

8. Wrong Turn (2021) sangat menyeramkan dan penuh misteri. Seorang ayah mencari anaknya dan kawan-kawan anaknya yang hilang di Appalachian Trail

 

Gunung
9. Backcountry (2014) adalah filem seram tentang mendaki gunung yang diangkat dari kisah benar. Pasangan muda bertahan dari serangan beruang yang menakutkan

 

Panjat gunung
10. Dalam The Canyon (2009), sepasang kekasih memutuskan untuk kahwin lari dan berbulan madu di Grand Canyon. Malangnya, mereka mengalami pengalaman buruk yang dahsyat

Filem seram tidak semestinya berlatarkan kabin di tengah hutan, rumah hantu, atau hospital terbengkalai sahaja. Ramai pembikin filem mampu mengubah pengalaman mendaki gunung menjadi sebuah filem seram yang menegangkan dan mendebarkan.

Baca lagi: Filem Seram Thriller Terbaru Shaitaan, Buah Tangan Ajay Devgan Tayang 8 Mac Ini
Baca juga: 9 Filem Seram Barat Tentang Penjelmaan Semula, Penuh Misteri dan Kejutan