Home Bollywood/India Filem Seram Thriller Terbaru Shaitaan, Buah Tangan Ajay Devgan Tayang 8 Mac...

Filem Seram Thriller Terbaru Shaitaan, Buah Tangan Ajay Devgan Tayang 8 Mac Ini

0

Ajay Devgan menggemparkan Bollywood dengan melancarkan teaser filem terbarunya yang bertajuk Shaitaan pada 25 Januari lalu. Terkenal sebagai pelakon yang memang mahir dalam genre aksi dan thriller, Ajay Devgan menuai pujian kerana berjaya keluar dari zon selesa dengan membintangi filem Shaitaan yang membawa bergenre seram thriller.

Selain pelakon utama, Ajay Devgan juga berperanan sebagai produser untuk filem Shaitaan. Diarahkan oleh Vikas Bahl, berikut dibawah ini adalah enam fakta tentang filem Shaitaan.

 

1. Hasil remake dari filem Gujarat

8763a9a8 781d 46f5 8ffc f721c7f3d0b1Pada Mei 2023, tersebar berita bahawa Ajay Devgan akan membintangi dan juga menerbitkan remake filem Gujarat yang bertajuk Vash (2023). Vash merupakan filem seram garapan Krishnadev Yagnik yang ditayangkan di layar perak pada 10 Februari 2023. Pada masa penayangannya, filem Vash mendapat banyak respons positif dari penonton dan para pengkritik. Itu sebabnya, Ajay Devgan tertarik untuk membuat filem Vash versi Hindi.

 

2. Shaitaan, filem seram pertama yang diterbitkan oleh Ajay Devgan

0ec80438 d3cf 4cc5 853e 460cc2222d52Ajay Devgan merupakan pelakon utama dan juga penerbit untuk filem Shaitaan. Filem ini merupakan hasil kolaborasi Devgn Films, Panorama Studios, dan Jio Studios. Shaitaan adalah filem seram pertama yang diterbitkan oleh Ajay Devgan dan filem seram ketiga yang dibintanginya selepas filem Bhoot (2003) dan Kaal (2005).

 

3. Kemunculan semula Jyotika di persada Bollywood selepas 26 tahun

ba0e5e78 64bd 461e 84ee b232ee8017b0Jyotika adalah pelakon wanita yang aktif dalam dunia perfileman India Selatan. Jyotika debut dalam dunia lakonan melalui filem Bollywood bertajuk Doli Saja Ke Rakhna pada tahun 1998. Sejak itu, Jyotika memilih untuk menyepikan diri dari Bollywood untuk bergiat dalam industri India Selatan. Selepas 26 tahun, Jyotika rasmi muncul kembali ke Bollywood melalui filem Shaitaan. Kemunculan Jyotika ke Bollywood mendapat sambutan hangat dari rakan-rakan artis dan para peminat setia.

 

4. Kolaborasi pertama R Madhavan dengan Ajay Devgan dan Vikas Bahl

8d372c4c 1093 4516 b98d 11677caeeab8Filem Shaitaan menampilkan R Madhavan sebagai pelakon antagonis. Shaitaan menandakan kolaborasi pertama antara R Madhavan dengan Ajay Devgan dan Vikas Bahl. Melalui wawancaranya dengan ETimes, R Madhavan mendedahkan bahawa dia sudah lama menantikan waktu untuk bekerja sama dengan Ajay Devgan. Menurutnya, Ajay merupakan salah seorang pelakon terbaik Bollywood.

 

5. Proses penggambaran diadakan di India dan London

ShaitaanProses penggambaran filem Shaitaan bermula dari Jun hingga September 2023. Penggambaran diadakan di beberapa buah bandar besar seperti Mumbai, Mussoorie, dan juga London yang terkenal dengan keindahan dan pemandangan memukau. Filem ini akan memanjakan penonton dengan keindahan alam dan sinematik yang menakjubkan.

 

6. Mengisahkan tentang percutian keluarga yang berakhir dengan malapetaka

Ajay devganFilem seram thriller ini menceritakan tentang Atharva (Ajay Devgan) dan keluarganya yang bercuti dia sebuah perkampungan terpencil. Di sana, Atharva bertemu lelaki misteri bernama Pratap (R Madhavan) yang tahu banyak perkara tentang keluarganya. Pratap memerangkap keluarga Atharva menggunakan ilmu hitam untuk menyeksa mereka. Selepas sedar mereka berada dalam bahaya, Atharva dan keluarganya berjuang untuk melawan kuasa jahat yang dimiliki oleh Pratap. Percutian yang mereka impikan berubah menjadi malapetaka.

Dipersembahkan oleh Jio Studios, Devgn Films, dan Panorama Studios, ‘Shaitaan’ diterbitkan oleh Ajay Devgn, turut dibintangi pelakon-pelakon ternama Jyoti Deshpande, Kumar Mangat Pathak dan Abhishek Pathak. Dan diarahkan oleh pengarah hebat yang berbakat Vikas Bahl, Shaitaan merupakan salah sebuah filem yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini. Perjuangan Ajay Devgan dan keluarganya dalam melawan sumpahan makhluk jahat boleh anda tonton dalam di pawagam pada 8 Mac 2024.

Baca lagi: 9 Filem Seram Barat Tentang Penjelmaan Semula, Penuh Misteri dan Kejutan
Baca juga: 8 Filem Original Netflix ini dari Negara Asia, Menarik dan Pasti Menghiburkan