Home Movie 8 Filem Original Netflix ini dari Negara Asia, Menarik dan Pasti Menghiburkan

8 Filem Original Netflix ini dari Negara Asia, Menarik dan Pasti Menghiburkan

0

Netflix adalah layanan streaming paling popular di dunia dengan lebih dari 200 juta pelanggan dan ribuan konten berkualiti dari berbagai-bagai genre dan negara. Salah sebuah kehebatan Netflix adalah mempunyai filem original yang dihasilkan oleh Netflix sendiri atau bersama dengan studio tempatan.

Filem-filem Netflix bukan hanya berasal dari Amerika atau negara-negara Eropah, tetapi juga dari Asia. Asia adalah benua yang kaya dengan budaya, sejarah, dan cerita yang menarik untuk diangkat ke layar perak. Selain itu, filem-filem dari Asia juga mempunyai tema yang pelbagai, pelakon yang terkenal, pengarah yang berbakat, dan prestasi hebat tersendiri.

Tahun ini, Netflix melancarkan beberapa buah filem original dari Asia yang perlu anda tonton. Contohnya My Name is Loh Kiwan (2024) yang menyoroti perjuangan pelarian dan juga 24 Hours with Gaspar (2024) yang menyajikan kisah mengenai detektif, berikut adalah lapan pilihan filem Original yang perlu anda tonton.

 

3e02856c a06b 4981 9bf8 8257a629a3cd
1. From the Ashes (2024) menampilkan kisah tragis sekumpulan pelajar sekolah yang terperangkap dalam kebakaran misteri. Filem dari Arab Saudi ini sudah boleh ditonton sejak 18 Januari lalu

 

8d931663 b282 4be3 8885 d31141509a25
2. Suka filem aksi? Filem dari Korea Selatan, Badland Hunters (2024), yang telah ditayangkan pada 26 Januari ini perlu anda tonton. Dibintangi oleh Ma Dong Seok!

 

fa6551ae a686 4dca bda5 a85937fdf5a9
3. Sudah ditayangkan sejak 9 Februari, Bhakshak (2024) bakal memacu adrenalin anda melalui kisah seorang jurnalis yang mendedahkan kes serangan seksual di sebuah rumah anak yatim di India

 

 

44fc06e7 3de0 41b4 87c1 8c1112ee7e7c
4. Diarahkan oleh Michihito Fujii, The Parades (2024) bakal membuat penonton tidak senang duduk, para peminat filem Jepun boleh menonton filem ini pada 29 Februari nanti. Pasti terpukau dengan kisah roh-roh yang tersesat

 

Netflix
5. Netflix akan melancarkan filem My Name is Loh Kiwan (2024) pada 1 Mac nanti. Filem ini menampilkan Song Joong Ki sebagai seorang pembelot Korea Utara yang berjuang menjadi pelarian di Belgium

 

3e9f37c8 f172 484e 8fe7 f65d858c3d2e
6. Dari negara seberang Indonesia, ada filem 24 Hours with Gaspar (2024) yang mengisahkan pengembaraan Reza Rahadian dalam mencari kawan masa kecilnya yang hilang di saat-saat terakhir hidupnya. Tayang 14 Mac nanti!

 

Original netflix

7. Selain Bhakshak, India juga menampilkan filem Murder Mubarak (2024) yang akan ditayangkan pada 15 Mac akan datang. Filem ini mengangkat kisah pembunuhan misteri di kelab elit yang melibatkan orang-orang yang sangat kaya

 

Netflix original
8. Peminat manga City Hunter? Nantikan! filem live-action bakal tiba untuk anda, City Hunter (2024), bakal menghidangkan aksi dan komedi yang lebih menggemparkan pada 25 April akan datang. Wajib anda masukkan ke watchlist!

Selain filem-filem di atas, Netflix juga mempunyai banyak filem dari Asia yang perlu anda tonton pada tahun ini. Lima di antaranya adalah Basma (Arab Saudi), Chakda ‘Xpress (India), Drawing Closer (Jepun), The Great Flood (Korea Selatan), dan The Shadow Strays (Indonesia). Sayangnya, Netflix masih belum mengumumkan tarikh penayangan untuk kelima-lima filem tersebut. Tunggu berita selanjutnya selepas ini ya!

Baca lagi: 5 Filem Original Netflix dari Korea ini Tayang pada Tahun 2024
Baca juga: 27 Filem, Drama dan Rancangan Realiti Korea Netflix Sepanjang 2024, Ada ‘Squid Game 2,’ ‘Physical 100 2,’ ‘Hellbound 2’