Home Movie 9 Filem “Disaster” yang Menggerunkan, Bencana yang Memusnahkan

9 Filem “Disaster” yang Menggerunkan, Bencana yang Memusnahkan

0

Berita gembira untuk para peminat disaster movie atau filem tentang bencana. Tahun 2024 ini, sebuah filem disaster baru yang bertajuk Twisters bakal ditayangkan. Beberapa orang pelakon terkenal membintangi filem ini seperti Daisy Edgar-Jones, Glen Powell, Anthony Ramos, Brandon Perea, dan juga Daryl McCormack.

Bukan hanya Twisters, Warner Bros. Terdapat beberapa buah filem lain yang mengangkat tema bencana alam, selain itu ada juga yang diangkat dari kisah benar. Berikut ini adalah beberapa pilihan filem bencana yang boleh anda tonton!

 

Filem
1. Kisah para penumpang yang berusaha untuk menyelamatkan diri dari sebuah kapal hanyut, sementara kumpulan penyelamat bersaing untuk mendapatkan duit dan emas dalam Beyond the Poseidon Adventure (1979)

 

54cade1f 7b97 418d be7f 3a5e4a852bd0
2. Twister (1996) fokus pada pemburu ribut puting beliung yang berusaha meningkatkan kebolehan alat pengesan puting beliung mereka ketika terjadinya ribut puting beliung dahsyat di Oklahoma

 

9ad66491 c60a 40c9 a63d a94a352b04da
3. Diangkat dari kisah benar, The Perfect Storm (2000) mengisahkan tentang kapal tangkapan ikan Andrea Gail yang terperangkap dalam Perfect Storm pada Oktober 1991

 

2367ca32 07e7 452c a850 dced5eacb4eb
4. Poseidon (2006) mengisahkan tentang penumpang kapal persiaran yang dihentam gelombang besar hingga terbalik

 

4786d240 d5b6 46e1 b0b0 3f3566ad8ece 1
5. The Impossible (2012) mengangkat kisah Maria Belon dan keluarganya, mangsa yang selamat dari bencana tsunami dahsyat akibat gempa bumi Sumatra-Andaman pada Disember 2004

 

180c088b ff1d 445a aaf2 70ad3781287a
6. Berlatarkan kota fiksyen Silverton, Into The Storm (2014) fokus pada cerita ketika serangan ribut puting beliung dahsyat yang tidak pernah dijangkakan sebelum ini yang meranapkan Silverton

 

c003572d f3f8 4044 bd48 490b4bc72b1f
7. Terjadi gempa bumi besar akibat gempa bumi San Andreas di California. Seorang juru terbang melakukan perjalanan berbahaya untuk menyelamatkan anak perempuannya dalam San Andreas (2015)

 

0ea68dd9 abcd 4c94 a3f1 ff84850ab489

8. Hadir dengan elemen sci-fi, Geostorm (2017) mengisahkan tentang seorang perancang satelit yang cuba menyelamatkan dunia dari bencana dahsyat akibat satelit pengawal iklim yang rosak

 

fb03eac2 396e 4cb8 b911 e7a8749a8855
9. Ketika ribut semakin banyak berlaku, kumpulan pemburu ribut puting beliung berkumpul di Oklahoma untuk menangkap fenomena puting beliung dalam Twisters (2024)

Merupakan standalone sequel untuk filem Twister yang ditayangkan pada tahun 1996, filem bertemakan bencana alam ini diarahkan oleh Lee Isaac Chung. Twister yang mengeluarkan bajet hingga $200 juta dollar ini sudah melakukan proses penggambaran sejak bulan Mei 2023 lagi.

Filem ini khabarnya akan ditayangkan pada 19 Julai tahun 2024 di pawagam. Nantikan ya!
Baca lagi: Kmovie Viu: Hyun Bin & Lee Ji Hoon Buat Comeback, Layan 2 Kmovie Thriller & Romantik Komedi dibintangi Mereka
Baca juga: 5 Pilihan Siri Paling Seram Amazon Original di Prime Video, Mencengkam Perasaan