Home Filem/Drama Barat 5 Pilihan Siri Paling Seram Amazon Original di Prime Video, Mencengkam Perasaan

5 Pilihan Siri Paling Seram Amazon Original di Prime Video, Mencengkam Perasaan

0

Tayangan Amazon Original di Prime Video tersedia dalam pelbagai pilihan genre, termasuklah beberapa siri seram yang menarik dan sarat dengan adegan-adegan yang menegangkan.

Siri Amazon Original di bawah ini memaparkan cerita yang gelap dan menyeramkan hingga plot tidak terjangka, semuanya bakal membawa anda ke dalam dunia yang menyeramkan dan menakutkan.

Berikut dibawah adalah lima pilihan siri seram Amazon Original yang paling seram di platform penstriman Prime Video yang harus ditonton oleh peminat genre seram:

 

1. Lore (2017—2018)

IMG 3064

Lore merupakan siri Amazon Original yang adaptasi dari podcast popular dengan tajuk sama, yang dibuat oleh Aaron Mahnke. Siri antologi ini tersedia dalam 2 musim dengan jumlah 12 episod.

Lore menggabungkan elemen seram dan dokumentari untuk menyajikan kisah-kisah yang menakutkan serta misteri. Setiap episod fokus pada cerita sebenar yang berhubung kait dengan mitos, legenda, atau kepercayaan yang berakar umbi dalam budaya popular.

Topik-topik yang diangkat dalam Lore meliputi vampire, ahli sihir, hantu, dan makhluk mitologis yang lain. Siri ini menggunakan pendekatan yang unik dalam penyajian ceritanya. Selain menggunakan penceritaan penuh drama, Lore juga mencampurkan elemen animasi, penggambaran arkib sejarah, dan wawancara dengan pakar serta penulis. Tujuannya untuk memberikan perspektif yang lebih mendalam tentang latar belakang dan konteks dari cerita-cerita yang diangkat.

 

2. Them (2021)

28416196 6811 4047 a80b 9fb1635e38d8Siri seram Amazon Original ini berlatarkan tahun 1950-an. Cerita yang mengikuti keluarga Afrika-Amerika yang berpindah dari Carolina Utara ke Los Angeles untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Namun, mereka menghadapi cemuhan perkauman dan juga gangguan misteri yang menghantui di kejiranan baru mereka yang didominasi oleh orang-orang kulit putih.

Siri ini cuba menggabungkan elemen seram psikologikal, tekanan perkauman, dan supernatural untuk mencipta pengalaman mencemaskan bagi para penonton. Them menggambarkan ketegangan yang semakin mencengkam dalam keluarga protagonis ketika mereka berhadapan dengan kejahatan dan kekejaman yang tidak terduga. Siri ini berjumlah sepuluh episod.

 

3. The Terror (2018—2019)

IMG 3063

Siri seram Amazon Original ini disajikan dalam 2 musim dengan setiap musim mempunyai 10 episod. Musim pertama berlatarkan tahun 1845 dan mengikuti kisah ekspedisi terkenal iaitu ekspedisi Franklin yang diketuai oleh Kapten Sir John Franklin. Ekspedisi ini bertujuan untuk mencari Jalur Barat Laut. Namun, kapal-kapal mereka terperangkap dengan bongkah ais dan kru kapal menghadapi ancaman yang mengerikan.

Musim kedua berlatarkan zaman Perang Dunia II dan fokus pada komuniti Jepun-Amerika di Amerika Syarikat. Cerita ini mengikuti seorang pemuda Jepun-Amerika bernama Chester Nakayama dan keluarganya yang ditahan dalam kem. Selain menghadapi kesukaran hidup, mereka juga perlu menghadapi roh-roh jahat Jepun yang mengancam mereka. Siri ini menonjolkan suasana seram yang gelap dan menakutkan dengan unsur supernatural yang kuat.

 

4. I Know What You Did Last Summer (2021)

Amazon originalSiri ini adalah adaptasi dari filem seram klasik bertajuk sama yang ditayangkan pada tahun 1997. Siri ini mengambil inspirasi dari novel karya Lois Duncan yang juga bertajuk I Know What You Did Last Summer. Terdiri dari lapam episod, cerita ini mengikuti sekumpulan remaja yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada suatu musim panas.

Setahun selepas kejadian itu, mereka mula menerima pesanan ancaman misteri yang mendedahkan bahawa seseorang mengetahui rahsia mereka. Para remaja ini perlu berjuang untuk mencari tahu identiti pengirim pesanan dan menghadapi kesan dari tindakan mereka pada masa lalu. Siri ini menggabungkan elemen seram, misteri, dan drama untuk mencipta suasana yang menegangkan serta mencengkam jiwa.

 

5. Tokyo Vampire Hotel (2018)

Prime videoSiri seram fantasi Amazon Original dari Jepun ini diarahkan oleh Sion Sono. Tokyo Vampire Hotel adalah tentang Manami, seorang wanita yang secara tidak sengaja terjebak di tengah-tengah perang antara dua kumpulan vampire. Salah satu kumpulan vampire, Drakula, yang diketuai oleh K, berusaha untuk membunuh Manami. Sementara itu kumpulan vampire lain, Corvin, yang diketuai oleh Yamada, berusaha untuk melindunginya.

Cerita ini berlangsung di Tokyo. Hotel yang dikenali sebagai Hotel Requiem menjadi punca konflik. Hotel ini adalah tempat perlindungan bagi kumpulan vampire yang berusaha untuk bertahan hidup dalam keadaan yang semakin teruk. Sementara itu, Manami mendapati bahawa dia adalah sebahagian dari ramalan kuno yang melibatkan perang antara vampire dan manusia.

Tokyo Vampire Hotel menampilkan elemen seram, fantasi, dan aksi yang sangat menegangkan. Siri ini terkenal kerana visual yang ditonjolkan sangat berani, adegan berdarah, dan gaya sinematik yang kuat.

Lima pilihan siri seram di atas dapat anda tonton secara eksklusif di Prime Video. Dari kisah legenda urban, gangguan telefon misteri, hingga perang kumpulan vampire, semuanya menampilkan atmosfera yang menakutkan dan mengerikan.

Baca lagi: 9 Siri Popular ini Bakal Tamat dengan Musim Terakhir
Baca juga: Jangan Ketinggalan 6 Filem Fantasi Amazon Original di Prime Video, Ekslusif Untuk Anda