Home Prime Video Jangan Ketinggalan 6 Filem Fantasi Amazon Original di Prime Video, Ekslusif Untuk...

Jangan Ketinggalan 6 Filem Fantasi Amazon Original di Prime Video, Ekslusif Untuk Anda

0

Selain filem-filem biasa, layanan streaming Prime Video juga menayangkan filem-filem original mereka. Filem-filem tersebut diterbitkan oleh Amazon Studios dan ditayangkan secara eksklusif di platform ini.

Ada banyak genre yang dapat anda tonton, salah satunya adalah filem fantasi. Berikut ini adalah enam pilihan filem fantasi Amazon Original di Prime Video. Dari kisah dongeng Cinderella hingga konsep lingkaran waktu khas untuk anda.

 

1. Cinderella (2021)

Filem fantasiFilem fantasi muzikal garapan pengarah Kay Cannon ini adalah berdasarkan kisah dongeng Cinderella. Camila Cabello membawa watak sebagai Cinderella, seorang gadis muda yang bercita-cita tinggi dengan impian besar untuk menjadi seorang pereka fesyen. Dia tinggal bersama ibu tiri dan dua saudara tirinya yang kejam. Mereka menjadikannya sebagai orang gaji.

Namun, Cinderella tidak pernah menyerah kalah. Dengan bantuan pari-pari yang baik hati, dia nekad untuk mencapai impiannya. Filem ini adalah interpretasi yang lebih moden dari kisah dongeng Cinderella.

 

2. Silver and the Book of Dreams (2023)

IMG 0301

Filem fantasi remaja Jerman ini diarahkan oleh Helena Hufnagel. Cerita tentang Liv, seorang gadis muda yang baru berpindah ke London dan bertemu dengan sekumpulan remaja misteri yang dapat memasuki dunia mimpi orang lain. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai dream-wanderers dan menggunakan kebolehan itu untuk membantu orang lain menghadapi ketakutan mereka dalam mimpi.

Baca juga: 7 Filem Fantasi Netflix, Sekolah Ajaib hingga Negara Dongeng

3. Samaritan (2022)

c14b64ba f89a 41eb ab24 9cd29c664da6Filem fantasi superhero ini diarahkan oleh Julius Avery. Filem ini dibintangi oleh Sylvester Stallone sebagai Joe Smith, seorang lelaki misteri yang tinggal di sebuah bandar fiksyen Samaritan, Ohio. Sementara itu, Sam Cleary, seorang remaja lelaki yang berusia 13 tahun, meyakini bahawa Smith jirannya itu adalah pahlawan super yang dilaporkan meninggal dunia puluhan tahun lalu. Apabila kejahatan semakin menjadi-jadi di segenap bandar, Sam berusaha memujuk Smith untuk keluar dari tempat persembunyian.

 

4. Meet Cute (2022)

IMG 0302

Meet Cute merupakan filem romantik fantasi garapan pengarah Alex Lehmann. Menceritakan tentang sepasang kekasih, Sheila dan Gary yang bertemu untuk pertama kali dan terus merasa mereka adalah pasangan sesuai. Mereka menikmati percintaan yang luar biasa dan penuh gelak tawa. Namun, Sheila mempunyai rahsia: dia memiliki mesin waktu dan telah mengatur pertemuan mereka berulang kali.

 

5. The Map of Tiny Perfect Things (2021)

IMG 0300

Masih lagi genre romantik fantasi, The Map of Tiny Perfect Things. Filem fantasi ini diarahkan oleh Ian Samuels dengan konsep time loop dan kisah romantik yang ringan.

Mengisahkan tentang Mark, seorang remaja yang terjebak dalam lingkaran waktu dan menjalani hari yang sama secara berulang-ulang. Suatu hari, dia bertemu dengan Margaret yang juga terperangkap di sana. Mereka lalu bekerjasama untuk mencari semua momen kecil yang membuatkan hari-hari itu menjadi sempurna.

 

6. In My Mother’s Skin (2023)

Fantasi

Filem fantasi dan seram dari Filipina ini diarahkan oleh Kenneth Dagatan. Cerita tentang seorang gadis muda yang berusaha bermati-matian untuk menyembuhkan ibunya yang sedang sakit tenat. Dia rela melakukan apa-apa sahaja untuk ibunya.

Pada suatu hari, dia bertemu dengan pari-pari misteri yang menawarkan bantuan berupa seekor serangga ajaib. Namun, gadis muda itu tidak menyedari bahawa pari-pari tersebut sebenarnya menyimpan niat jahat. Filem ini menampilkan atmosfera dan suasana yang sangat mencengkam jiwa.

Semua filem-filem fantasi original di atas ditayangkan secara eksklusif di Prime Video. Dari adaptasi moden dongeng klasik, kisah pahlawan super misteri, terperangkap dalam lingkaran waktu, hingga penjelajahan alam mimpi, filem manakah yang menarik perhatian anda?

Baca lagi: 6 Filem Thriller Ini Mengusung Tema Kecurangan, Dibaluti Jenayah dan Misteri
Baca juga: 8 Drama Korea Genre Seram Thriller 2023, Digabungkan dengan Misteri, Fantasi dan Jenayah