Home Kdrama/Kmovie 8 Drama Korea Genre Seram Thriller 2023, Digabungkan dengan Misteri, Fantasi dan...

8 Drama Korea Genre Seram Thriller 2023, Digabungkan dengan Misteri, Fantasi dan Jenayah

0

Drama Korea tidak selalunya didominasi oleh genre romantik. Tema seperti seram thriller dan alam ghaib tidak kurang berjaya dan popular. Sebahagian daripadanya lebih mengujakan kerana digabungkan dengan genre misteri, jenayah atau fantasi.

Namun hanya beberapa buah drama Korea sahaja yang boleh dikategorikan sebagai drama seram thriller terbaik. Drama seram thriller terbaik untuk tahun 2023 berikut ini mempunyai rating rata-rata sebanyak 8.0 peratus, satu pencapaian rating yang agak sukar untuk diperolehi berdasarkan data MyDramaList.

Bukan semata-mata membicarakan tentang hantu dan jembalang, ada beberapa buah drama siri yang turut menampilkan konflik dengan makhluk asing, raksasa, dan juga makhluk siluman.

 

Drama korea1. Drama dengan genre seram thriller, Death’s Game Part 1 ditayangkan di Prime Video pada tahun 2023 dengan jumlah 4 episod yang sangat mengujakan. Drama ini meraih rating sebanyak 8.9 peratus. Nantikan bahagian duanya pula tidak lama lag!

 

8df90d3e 0946 4ce9 9277 e45ef17248b52. Tale of the Nine-Tailed 1938 juga turut boleh ditonton di Prime Video. Dengan jumlah 12 episod semuanya, drama ini mendapat rating sebanyak 8.8 peratus. Walaupun tidaklah seram, tetapi siri ini penuh dengan aksi thriller yang mengujakan!

 

f8fa1b70 828e 467f a827 1f043a02c3fc3. Drama siri Korea dengan genre seram thriller yang mendapat perhatian ramai iaitu Revenant (2023) ditayangkan dengan jumlah 12 episod semuanya. Drama siri ini meraih rating 8.7 peratus

 

IMG 80374. Duty After School Part 1 (2023) ditayangkan di Viu dengan jumlah 6 episod. Bahagian keduanya hanya meraih rating sebanyak 7.7 peratus, manakala bahagian pertama drama siri ini mencapai rating sebanyak 8.5 peratus

 

db89f5e6 1c31 436f b082 b9bbdfc0caef5. Gyeongseong Creature Part 1 ditayangkan di Netflix dengan jumlah 7 episod semuanya. Walaupun jalan cerita drama ini dikritik oleh netizen Korea Selatan, drama ini tetap meraih rating sebanyak 8.4 peratus

 

206323f1 e40c 4eca a469 57fd7318519d6. Night Has Come (2023) ditayangkan dengan jumlah 12 episod dan mendapat sambutan yang sangat hangat. Drama ini memperolehi rating sebanyak 8.1 peratus

 

eae4bbb5 be5e 413a b83c 927ca144ae6f7. Sweet Home musim 2 ditayangkan di Netflix dengan jumlah 8 episod. Musim 1 meraih rating sebanyak 8.7 peratus, manakala musim kedua pula mencatat rating sebanyak 8.1 peratus

 

Seram thriller8. Island Part 2 yang ditayangkan di Prime Video pada tahun 2023 ini dengan 6 episod semuanya meraih rating sebanyak 8.0 peratus

Buat masa ini, untuk drama diri dengan genre seram thriller nampaknya Death’s Game (2023) meraih rating paling tinggi sebanyak 8.9 peratus. Sudahkah anda menonton drama-drama siri yang tersenarai di atas? Drama manakah yang paling anda minati?

Baca lagi: “Rebel Moon: Part 1: Child of Fire’ Tampilkan Bae Doona Sebagai Pahlawan Namesis
Baca juga: Kenali Mendiang Lee Sun Kyun, Pelakon Bersuara “Husky”, Yang Membunuh Diri Pada 27 Disember 2023