Home Movie 6 Filem Thriller Ini Mengusung Tema Kecurangan, Dibaluti Jenayah dan Misteri

6 Filem Thriller Ini Mengusung Tema Kecurangan, Dibaluti Jenayah dan Misteri

0

Filem thriller tentang kecurangan memang selalu menghiasai industri perfileman dunia. Biasanya, tema ini digabungkan dengan genre drama yang menggores emosi penonton. Gabungan tema kecurangan dengan genre thriller menampilkan kisah yang bukan hanya memancing amarah, tetapi juga membuatkan penonton merasa tegang.

Baca juga: 10 Filem Thriller Korea Adaptasi dari Novel, Mencemaskan

Genre thriller mempersembahkan tema kecurangan untuk tampil lebih ganas. Kecurangan bukan hanya mengikis psikologi orang-orang yang terlibat. Dalam genre ini, nyawa juga menjadi taruhan bagi orang-orang yang terlibat dalam skandal kecurangan.

Berikut dibawah ini adalah 6 buah filem thriller yang berjaya mengangkat tema kecurangan dengan suasana yang sangat gelap dan menakutkan.

 

1. Body Heat (1981)

53a7455a f472 46ff 9d1a ca7059200ddeBody Heat menceritakan tentang kecurangan seorang peguam yang bernama Ned (William Hurt) yang terpikat dengan isteri seorang tokoh ahli perniagaan berjaya yang bernama Matty (Kathleen Turner). Kedua-duanya berniat untuk menguasai harta suami Matty dan kemudian melarikan diri.

Kerjaya Ned membuatnya mengenali ramai penjenayah yang membantu menyusun rancangan pembunuhan suami Matty tersebut. Apabila rancangan mereka tidak berjalan lancar, Ned terjebak dalam situasi yang membahayakan hidupnya.

 

2. Match Point (2005)

056acb54 3033 4c0c a591 8ff247af2db2Chris (Jonathan Rhys Meyers) mengajar tenis untuk keluarga Hewett yang kaya-raya. Kehidupan Chris berubah dalam sekelip mata apabila anak keluarga tersebut iaitu Chloe (Emily Mortimer) jatuh cinta dan ingin mengahwininya.

Tanpa diketahui keluarga Hewett, Chris sudah menjalin hubungan terlarang dengan Nola (Scarlett Johanssen), bekas kekasih abang Chloe. Perlu memilih antara cinta dan cita-cita, Match Point mendesak Chris melakukan perkara terburuk demi kesenangannya sendiri.

 

3. Chloe (2009)

4ff21dd1 5b8e 4971 a754 e0468213d1c5

Chloe mengajar manusia supaya tidak bermain api jika tidak berani menanggung risiko. Catherine (Julianne Moore) mencurigai suaminya, David (Liam Neeson) telah berlaku curang.

Demi mencari kebenaran, Catherine membayar wanita yang bernama Chloe (Amanda Seyfried) untuk menggoda suaminya sendiri. Kehebatan Chloe sebagai wanita penggoda membuatkan Catherine cemburu dan memaksa kedua-duanya untuk melampaui batas moral demi menyelesaikan masalah ini.

 

4. The Housemaid (2010)

b0f40830 8fb4 443c 9999 09b1c39c25c3Filem thrilller The Housemaid menyajikan drama rumah tangga dan kisah balas dendam yang menumpahkan darah setiap orang yang terlibat.

Hoon (Lee Jung-jae) telah menghamilkan Hae-ra (Seo Woo) yang bertugas menjaga anak dari isterinya. Kehamilan Hae-ra membuatkan isteri Hoon berniat membunuh anak dalam kandungan tersebut. Tidak dapat menerima kenyataan, Hae-ra berusaha membalas dendam untuk menghancurkan keluarga Hoon.

Baca juga: 10 Filem Thriller Ini Pasti Buat Anda Sesak Nafas

5. Enemy (2013)

Filem thrillerKonflik utama Enemy berpusat pada kebingungan Adam (Jake Gyllenhaal) sewaktu melihat seorang yang berwajah mirip dengannya. Usaha Adam mencari kebenaran membawanya terlibat di dalam hidup pelakon tersebut hingga dia tanpa sedar telah curang.

Karya Dennis Villeneuve ini menampilkan filem thriller yang menggigit perasaan dengan plot twist di akhir cerita yang bakal memancing teori para penonton.

 

6. Gone Girl (2014)

FilemNick Dunne (Ben Affleck) dikejutkan dengan berita isterinya yang hilang, Amy (Rosamund Pike), di hari ulang tahun perkahwinan mereka. Amy meninggalkan beberapa petunjuk dan Nick menjadi suspek dan penyebab kehilangan wanita tersebut. Tambahan pula dia juga mempunyai sejarah pernah berlaku curang.

Genre filem thriller selalunya memang menarik untuk diikuti kerana pasti berjaya memacu adrenalin para penonton. Ditambah pula dengan tema kecurangan yang membuatkan filem-filem ini semakin mengujakan.

Baca lagi: 31 Kdrama Tentang Kecurangan, Penuh Emosi
Baca juga: Misteri Identiti Suami Jang Na Ra dalam “My Happy Ending” Semakin Mengelirukan Penonton