Home News Kmovie Viu: Hyun Bin & Lee Ji Hoon Buat Comeback, Layan 2...

Kmovie Viu: Hyun Bin & Lee Ji Hoon Buat Comeback, Layan 2 Kmovie Thriller & Romantik Komedi dibintangi Mereka

0

Platform streaming Viu telah menyajikan sederet filem Korea yang tersedia untuk tontonan anda semua.

Merasa bosan tidak tahu filem apa yang hendak ditonton pada bulan Oktober ini? Jangan bimbang!

Berikut merupakan 2 filem pilihan untuk tontonan peminat filem Korea di Viu. Jom kita semak dibawah ya!



The Point Men (2023)

Viu

Pasti ramai peminat rindu untuk melihat Hyun Bin beraksi semula di layan skrin kan? Namun jangan sedih kerana Viu telah menghadiahkan semua pelanggan Viu filem lakonan terbaharu Hyun Bin tahun 2023 ini iaitu The Point Men!

The Point Men yang juga dikenali dengan tajuk Bargaining merupakan filem thriller aksi berlatarkan dua negara, Korea Selatan dan negara Timur Tengah di Afghanistan.

Ia berdasarkan kisah benar peristiwa yang berlaku pada tahun 2007. “The Point Men” ialah filem Korea Selatan 2023 yang diarahkan oleh Yim Soon Rye, dan dibintangi pelakon-pelakon ternama termasuklah Hyun Bin, Kang Ki Young dan Hwang Jung Min. Juga turut melibatkan pelakon asing seperti Bryan Larkin dan Fahim Fazli.

Memfokuskan tentang penculikan 23 orang pendakwah Korea Selatan yang dijadikann tebusan pada tahun 2007, yang dilakukan oleh sekumpulan Taliban di Afghanistan. Rombongan tersebut berada di Afganistan dalam misi yang diadakan oleh Gereja Presbiterian Saemmul. Mereka ditangkap ketika melewati Provinsi Ghazni, Afghanistan.

Malangnya, 2 orang di antaranya meninggal dunia kerana dibunuh oleh pihak Taliban sebelum tercapainya kesepakatan antara Taliban dan Kerajaan Korea Selatan. Selain mengulas tentang penculikan dan tebusan, filem ini juga menyoroti tentang perbezaan agama.

Hyun Bin membawa peranan sebagai Dae Sik, seorang ejen NIS yang bertugas di Timur Tengah. Sementara Hwang Jung Min sebagai Jae Ho, seorang diplomat ternama yang ditugaskan ke sana oleh Kerajaan Korea Selatan. Keduanya bekerjasama menangani situasi dan melakukan misi penyelamatan di tengah-tengah pergolakan serta perjuangan di negara asing.


Filem The Point Men adalah filem yang sangat menarik dan memberi inspirasi. Filem ini wajib ditonton bagi sesiapa sahaja yang menyukai filem thriller aksi dan filem yang diambil dari kisah benar.

Anda boleh tonton filem ini disini



My Worst Neighbor 

IMG 9877

“My Worst Neighbor” merupakan remake dari filem Perancis yang bertajuk ‘How to Fall in Love With the Worst Neighbor: Untact Love’ yang tayang tahun 2015. Filem ini menggandingkan aktor terkenal Lee Ji Hoon dan Han Seung Yon sebagai watak utamanya.

Filem bergenre komedi romantik ini menyajikan kisah pergaduhan yang terjadi diantara dua jiran yang dipisahkan hanya oleh satu dinding tanpa kedap suara, mereka juga tidak saling mengenali satu sama lain.

Seung Jin yang dilakonkan oleh Lee Ji Hoon memiliki impian menjadi seorang penyanyi. Untuk mengejar impiannya itu, dia telah mempersiapkan diri untuk mengikuti uji bakat dan berpindah ke rumah baru. Pada suatu malam di rumah barunya itu, dia terdengar suara-suara riuh dari jiran sebelah rumahnya.

Han Seung Yeon membawa watak utama sebagai Ra Ni yang kini menjadi jiran baru Seung Jin. Ra Ni ini pula ada sejenis sikap yang bermasalah, setiap kali orang baru pindah ke sebelah rumahnya, dia akan membuat suara yang bising dan riuh bagi memastikan jiran sebelahnya tidak tahan dan akhirnya berpindah keluar dari rumah mereka.

Tetapi, ternyata jirannya Seung Jin berbeza dengan jiran-jirannya sebelum ini.

Bagaimanakah agaknya hubungan mereka berdua nanti? Siapa yang tidak tahan dengan siapa? Atau mungkin hubungan mereka terjadi sebaliknya?

Nah, jika anda ingin tahu kisah selanjutnya ‘My Worst Neighbor’, pastikan anda tidak terlepas dari menontonnya disini

Langgan Viu Premium juga untuk menonton filem-filem ini tanpa sebarang gangguan iklan.

 

Baca lagi: 9 Fakta Menarik “Reap What You Sow”, Variety Show Menampilkan Lee Kwang Soo, Lee Kwang-soo, Kim Woo-bin, Doh Kyung-soo, Kim Gi-bang
Baca juga: 2 Kdrama Viu Original Rowoon, Cha Eun Woo Paling Dinantikan Oktober Ini