Home Kdrama/Kmovie Belum Terlambat, 5 Kdrama ini Boleh Dijadikan Panduan untuk Azam Tahun Baru...

Belum Terlambat, 5 Kdrama ini Boleh Dijadikan Panduan untuk Azam Tahun Baru 2024

0

Buat anda yang ingin mencuba sesuatu yang baru atau mempunyai impian untuk mengelilingi dunia, berikut dibawah ini adalah lima Kdrama yang boleh memberi inspirasi buat anda menjayakan azam tahun baru pada tahun 2024 ini.

 

1. At Distance, Spring is Green

KdramaKdrama ini memberi banyak pengajaran berharga untuk anda, salah sebuah elemen yang paling menonjol dalam drama ini ialah perkembangan setiap watak.

Drama ini adalah tentang pelajar yang bernama Yeo Joon, Nam Soo dan Kim So Bin, dan kawan-kawan mereka yang lain yang menjalani kehidupan kampus dan juga kehidupan di luar kelas. Persahabatan mereka berkembang dan cerita menarik boleh ditonton mengenai mereka bertiga yang berasal dari latar belakang berbeza.

Persahabatan mereka memerlukan masa, usaha, dan juga kompromi untuk saling memahami satu sama lain. Ketiga-tiga mereka juga menunjukkan perkembangan watak dengan cara masing-masing yang sangat memberi inspirasi.

 

2. Navillera

4418558f 4fde 4fd3 bcea b5aba1f503d2

Dalam Kdrama Navillera, anda akan dibawa untuk menonton kesungguhan watak Shim Duk Chool, lelaki berusia 70 tahun yang perlu mencapai impiannya untuk menjadi penari balet. Walau sudah berusia, impian itu tidak pernah dilupakan.

Suatu hari secara kebetulan, Duk Chool melihat Lee Chae Rok yang sedang berlatih balet. Chae Rok adalah penari muda berbakat yang berjuang untuk mengatasi masa lalunya dan mengejar cita-citanya dalam balet.

Chae Rok adalah inspirasinya, Duk Chool mengambil keputusan untuk mengejar impiannya dan belajar balet. Namun, perkara tersebut bukannya mudah kerana Duk Chool perlu mengatasi kritikan dari orang sekeliling, termasuk ahli keluarganya sendiri.

Navillera merupakan salah satu drama dengan kisah menarik yang membuktikan bahawa tidak pernah ada perkataan terlambat untuk mencari dan mengejar impian.

 

3. My Lovely Liar

3051aacc dbe4 43d0 88bd 860ce27e1ad6

My Lovely Liar sangat bagus untuk ditonton jika anda ingin keluar dari zon selesa. Cerita bermula dari Kim Do Ha, seorang produser berjaya dan ahli muzik genius yang menjauhkan diri dari dunia luar dan menyembunyikan identitinya kerana trauma masa lalunya.

Do Ha pun terpaksa tinggal berdekatan dengan Mok Sol Hee yang boleh mengesan pembohongan. Do Ha perlahan-lahan menemui keberanian untuk keluar dari zon selesanya dan mula membuka hati untuk dunia sekali lagi.

Drama ini sangat menyeronokkan untuk ditonton kerana perubahan Do Ha yang pada awalnya menjauhkan diri dari orang ramai akhirnya menjadi lelaki yang mula menikmati hidup.

 

4. Summer Strike

743bab11 8180 4b8f a786 e5e880ba18d0

Pelakon wanita Seolhyun membawa watak sebagai Lee Yeo Reum, pekerja pejabat yang bersuara lembut dan diasingkan di tempat kerja serta sering diambil kesempatan.

Selepas tiba-tiba dilanda tragedi dalam keluarganya dan hubungannya putus dengan kekasihnya, Yeo Reum berhenti kerja dan berpindah ke kampung lama di tepi pantai untuk memulakan hidup baru.

Di kampung tersebut, Yeo Reum bertemu dengan seorang pustakawan bernama Ahn Dae Bum dan hubungan mereka berkembang dari persahabatan menjadi cinta yang sederhana. Seiring berjalannya waktu, Yeo Reum akhirnya boleh melepaskan kehidupan yang dibayangkan sebelum ini dan menerima hidupnya yang sekarang.

 

5. Encounter

2a6ffc5c d954 430a accb 852551e81b7a

Jika mengembara mengelilingi dunia belum ada dalam senarai impian anda pada tahun ini, cuba untuk menonton Kdrama Encounter yang mungkin akan menambah keinginan anda untuk melakukan pengembaraan.

Cerita dimulakan dari Kuba, di mana muzik jalanan, tarian, dan bangunan berwarna warni mencipta suasana eksentrik penuh kehidupan. Selepas bekerja selama setahun dan menabung, Kim Jin Hyuk akhirnya melakukan pengembaraan di Kuba hingga dia bertemu dengan Cha Soo Hyun, CEO sebuah hotel yang berkunjung untuk urusan perniagaan.

Seperti sudah ditakdirkan, kedua-duanya terus bertemu. Hubungan kedua-duanya mula terbentuk sewaktu mereka bersama-sama menghargai keindahan Kuba. Selepas mereka kembali ke Kuba, mereka bertemu kembali dan semakin banyak rintangan untuk hubungan mereka.

Demikian sahaja lima Kdrama yang mungkin boleh memberi inspirasi untuk azam tahun baru anda tahun ini. Kdrama mana yang menjadi pilihan?

Baca lagi: 5 Pilihan Kdrama Sageuk Romantik, Buat Peminat Cair
Baca juga: 4 Watak ini Bijak Merancang Strategi dalam Kdrama 2024