Home Kdrama/Kmovie 4 Drama Korea Paling Sesuai untuk ‘Healing’, Damai Sungguh

4 Drama Korea Paling Sesuai untuk ‘Healing’, Damai Sungguh

0

Drama Korea merupakan sumber hiburan yang menjadi pilihan ramai orang di seluruh dunia. Dari plot yang menarik hingga watak-watak yang berkesan, banyak drama Korea berjaya membawa penonton melalui berbagai-bagai pengalaman emosi.

Untuk anda yang ingin menonton drama Korea tanpa banyak memerah otak dan berfikir, berikut dibawah ini adalah empat drama Korea sesuai untuk ‘healing’ yang bukan hanya menghiburkan, tetapi juga membawa ketenangan dan menghilangkan tekanan.

 

Twinkling Watermelon

Drama korea

Drama Korea remaja romantik komedi dibintangi oleh Ryeoun, Seol In Ah, Choi Hyun Wook dan Shin Eun Soo ini bertajuk “Twinkling Watermelon.”

Ditayangkan pada tahun 2023, drama Korea ini menceritakan tentang kehidupan seorang remaja yang mempunyai ibu bapa pekak dan bisu yang melakukan menjelajah masa melalui kedai muzik ajaib dan dia terlempar ke tahun 1995.

Dalam perjalanannya kembali ke masa lalu, dia bertemu dengan ibu bapanya yang masih remaja, dan mengetahui nasib ibu bapanya ketika jatuh cinta.

Drama ini adalah drama healing romantik dengan soundtrack yang menyentuh hati. Memang “Twinkling Watermelon” merupakan antara Kdrama terbaik untuk tahun 2023. Drama ini boleh ditonton di Viu.

 

Welcome to Samdalri

350f59a4 ab75 4039 92ae 007139080039

Baru-baru ini, “Welcome to Samdalri” menjad drama kegemaran ramai dan antara drama Korea healing yang dicari-cari oleh para peminat drama, tambahan pula drama ini dibintanginya para pelakon berbakat besar seperti Ji Chang Wook dan Shin Hye Sun.

Drama ini fokus pada kisah dua bekas kekasih yang kembali bersama selepqs bertemu lagi di kampung halaman tercinta iaitu Samdalri, dan mereka menghadapi konflik yang sukar untuk diselesaikan.

Ramai penonton yang melepaskan penat dengan menonton drama ini. Selain membantu healing, “Welcome to Samdalri” juga tirit memanjakan mata para penonton dengan sinematografi keindahan Pulau Jeju. Anda boleh menonton drama ini di Netflix ya!

 

Work Later, Drink Now

49ec83ad e44d 4795 b1be 2c5dd3d36b31

Tayang dua musim, tidak boleh dinafikan drama Korea “Work Later, Drink Now” yang dibintangi oleh Lee Sun Bin, Han Sun Hwa, dan Jung Eunji adalah drama healing kesukaan ramai di Korea.

Diadaptasi dari Webtoon bertajuk sama, drama ini menceritakan tentang kehidupan tiga orang sahabat yang mempunyai prinsip untuk selalu minum segelas minuman alkohol setelah pulang dari kerja.

Selain persahabatan, drama ini juga menampilkan kisah cinta menarik yang boleh dinikmati sesiapa sahaja. Anda boleh menonton drama siri ini di Prime Video.

 

Crash Course in Romance

ded517eb 3f95 4b45 af68 485f5b2d2100

“Crash Course in Romance” yang ditayangkan di Netflix ini menceritakan tentang kisah cinta seorang pemilik kedai lauk pauk dan seorang guru pendidikan di Korea Selatan.

Drama ini dibintangi oleh Jeon Do Yeon dan Jung Kyung Ho, dua pelakon terbaik Korea Selatan. Mereka dengan berkesan menampilkan keserasian sebagai pasangan bercinta yang tidak memandang usia.

Selain itu, kerja sama antara Jeon Do Yeon dan Roh Yoon Seo yang membawa watak sebagai duo ibu saudara dan anak saudara yang memiliki hubungan kompleks juga menjadi daya tarikan bagi para penonton. Jadi jangan lupa untuk menonton ya!

Demikian sahaja 4 buah Kdrama untuk anda ‘healing’ sambil meluangkan masa, drama-drama ini juga sangat sesuai ditonton seisi keluarga.

Baca lagi: 5 Drama Korea ini Diinspirasikan dari Kisah Lagenda Rakyat, Menarik Sungguh
Baca juga: 10 Drama Korea Tentang Orang Kaya yang Berlakon susah, Chaebol dan Raja Konon Tiada Harta