Home Disney+ Chief Detective 1958: 5 Persoalan yang Bakal Terungkai pada Episod Akhir, Makin...

Chief Detective 1958: 5 Persoalan yang Bakal Terungkai pada Episod Akhir, Makin Mendebarkan

0

Chief Detective 1958 (2024) bakal menutup tirai tentang kisah para detektif di Balai Polis Jongnam melalui episod 9 dan 10 nanti.

Chief Detective 1958 (2024) akan tamat pada hari Jumaat, 17 Mei 2024 dan Sabtu 18 Mei 2024.

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Kes apakah yang akan diselesaikan dalam dua episod terakhir nanti?

Chief Detective 1958 Chief Detective 1958 (2024) biasanya menyajikan kes yang berbeza-beza di setiap episod. Kemungkinan besar penonton akan disajikan dua kes baru di episod 9 dan 10. Salah satu kes pasti akan membahaskan tentang Kilang Tekstil Dongsan. Di episod 8, Bong Nan Sil (Chung Su Bin) bertemu Lee Yang Ja (Kim Eun Bi), kawannya yang bekerja di Kilang Tekstil Dongsan.

Lee Yang Ja mengatakan bahawa dia melaporkan kes kehilangan pekerja perempuan di Kilang Tekstil Dongsan pada setiap awal bulan, namun tidak ada sebarang tindakan dari pihak berwajib. Manakala di akhir episod 8, seorang pendaki melihat mayat yang masih memakai pakaian seragam Kilang Tekstil Dongsan di bawah jurang.

Selain itu, Chief Detective 1958 (2024) juga akan menyajikan kes yang melibatkan anak-anak pegawai di Kota Jongnam. Adakah kes ini berhubung kait dengan Kilang Tekstil Dongsan?

 

2. Apakah polis perasuah di Balai Polis Jongnam akan dihapuskan semuanya?

b654a059 42e1 4a26 ad9a 770dcb50b703Balai Polis Jongnam dipenuhi oleh anggota polis korup yang membuat Park Yeong Han (Lee Je Hoon) dan kawan-kawan sukar untuk menangkap penjahat. Di akhir episod 8, Choi Dal Sik (Oh Yong) akhirnya ditangkap kerana laporan Baek Do Seok (Kim Min Jae).

Kemungkinan besar bukan atas dasar keadilan, tetapi supaya Baek Do Seok tidak perlu menuruti arahan Choi Dal Sik lagi. Anggota unit lain di Balain Polis Jongnam juga masih dikenali sebagai polisi
korup.

Adakah di dua episod terakhir ini Park Yeong Han boleh membanteras kegiatan rasuah mereka semua? Mungkinkah anggota unit lain juga akan berubah dan tidak menjadi polis korup lagi?

 

3. Bagaimanakah proses Park Yeong Han menjadi kapten pasukan unit satu?

894cbd4e 1225 453a a1c9 f78391cf1a40Dalam kisah asal Chief Inspector (1971), Park Yeong Han adalah kapten pasukan detektif yang sangat legenda. Bahkan gambarnya bersama anggota unit 1 diletakkan di Balai Polis Jongnam di masa depan.

Bagaimanakah proses Park Yeong Han menjadi kapten pasukan unit 1? Selain itu, adakah Park Yeong Han berjaya naik pangkat selepas Yu Dae Cheon (Choi Duk Moon) dipilih sebagai Ketua Balai Polis Jongnam yang baru?

Sementara itu, penonton juga melihat Nam Sung Hoon (Do Woo) di dalam gambar di masa depan. Adakah nanti Pegawai Nam akan bergabung dengan unit 1? Atau Pegawai Bong juga yang bergabung dengan mereka?

 

4. Adakah Lee Hye Ju akan meninggal dunia selepas melahirkan anak? Adakah penonton akan kembali dipersembahkan dengan kisah masa depan Park Yeong Han?

418d4797 c653 46cd 99b5 3e4f4f89bd63Di akhir episod 8, Lee Hye Ju (Seo Eun Soo) akhirnya hamil anak pertama selepas dua tahun menanti. Khabar gembira ini disambut hangat oleh Park Yeong Han.

Tetapi, penonton yang sudah terbiasa menonton drama seperti Chief Detective 1958 (2024) bimbang kalau-kalau Lee Hye Ju akan menjadi korban di episod-episod terakhir nanti. Tambahan pula, di masa depan penonton hanya pernah melihat sosok Park Yeong Han tua (Choi Bul Am) dan Park Jun Seo (Lee Je Hoon), cucunya.

Semasa di masa depan, di manakah Lee Hye Ju dan anak-anak mereka? Adakah di episod terakhir nanti watak mereka akan muncul di masa depan?

 

5. Bagaimanakah kehidupan Kim Sang Sun, Jo Gyeong Hwan, dan Seo Ho Jong?

f936d699 a8d2 4da9 85a5 3ace77d5be2cSelama 8 episod, penonton hanya ditunjukkan secara terperinci tentang kehidupan Park Yeong Han. Bermula dari tempatnya bertugas sebelum di Balai Polis Jongnam hingga kisah rumah tangganya bersama Lee Hye Ju.

Penonton tentu ingin tahu, bagaimanakah dengan kehidupan Kim Sang Sun (Lee Dong Hwi), Jo Gyeong Hwan (Choi Woo Sung), dan Seo Ho Jong (Yoon Hyun Soo) bukan? Kehidupan mereka hanya sesekali dibahaskan di awal-awal episod sahaja.

Adakah Kim Sang Sun tidak akan menemui buah hati hingga Chief Detective 1958 (2024) tamat? Selain itu, bagaimanakah cara Seo Ho Jeong move on dari Lee Hye Ju, dan bagaimanakah hubungannya dengan ayahnya yang menentang dia menjadi polis? Di awal-awal episod, Jo Gyeong Hwan juga digambarkan kerap membantu Geum Ok (Kim Seo An). Adakah mereka berdua akan bersama?

Semua misteri dan persoalan di atas akan terjawab di dua episod terakhir Chief Detective 1958 (2024). Adakah ada persoalan lain lagi yang membuatkan anda tidak senang duduk?

Sudahkah anda menonton drama siri Chief Detective 1958 ini? Chief Detektif 1958 boleh tonton dan strim di MBC TV serta Disney Plus.

Baca lagi: Suka Chief Detective 1958? Tonton 6 Drama Korea Ini
Baca juga: 4 Kisah Masa Lalu Ahli Pasukan Unit 1 Polis Jongnam dalam Chief Detective 1958, Latar Belakang yang Mengejutkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here