Home Disney+ 4 Kisah Masa Lalu Ahli Pasukan Unit 1 Polis Jongnam dalam Chief...

4 Kisah Masa Lalu Ahli Pasukan Unit 1 Polis Jongnam dalam Chief Detective 1958, Latar Belakang yang Mengejutkan

0

Drama Chief Detective 1958 menampilkan kisah menarik tentang polis contoh yang mampu menangkap pencuri lembu terhandal di Korea. Kisah dalam drama ini merupakan prekuel untuk Chief Inspector (1971) yang pernah menjadi siri legenda kerana ditayangkan selama 18 tahun berturut-turut.

Plot menarik dalam Chief Detective 1958 ini adalah mengenai aksi sekumpulan anggota polis yang mempunyai misi sama untuk menegakkan keadilan. Mereka berasal dari unit 1 Polis Jongnam yang membawa gerakan baru untuk mengembalikan imej baik polis Seoul. Namun di sebalik semua itu, setiap anggotanya mempunyai kisah masa lalu yang patut anda ketahui. Semak selengkapnya di sini!

 

1. Park Yeong Han yang dikenali sebagai detektif contoh mempunyai masa lalu yang suram

Detective 1958Watak pertama adalah Park Yeong Han (Lee Je Hoon) yang dikenali sebagai detektif contoh. Selama bertugas di kampung halamannya iaitu Hwangchun, dia berjaya mencatat rekod sebagai penangkap pencuri lembu terbanyak di Korea. Hingga akhirnya Yeong Han dipindahkan untuk bertugas di Balai Polis Jongnam, Seoul.

Di sebalik sikapnya yang menyenangkan dan mempunyai naluri keadilan yang tinggi, siapa sangka masa lalu Yeong Han begitu suram. Beberapa kali ditampilkan zaman masa kecilnya, di mana dia berkhdimat untuk sebuah organisasi. Perkara yang lebih mengejutkan lagi, ketua organisasi tersebut mengarahkan ahli kumpulannya menembak orang lain.

Baca juga: Kdrama Terbaru Chief Detective 1958 Tampilkan Lee Je Hoon Sebagai Detektif

Setiap kali Yeong Han bermimpi tentang kejadian tersebut, dia bangun dalam keadaan gelisah. Seluruh anggota tubuhnya berpeluh dan jantungnya berdegup kencang. Kejadian tersebut merupakan rahsia suram yang belum diketahui oleh sesiapa pun.

Baca lagi: 7 Drama Korea MBC dengan Rating Tayangan Tertinggi, Chief Detective 1958 Mendahului

2. Nampak hebat, Kim Sang Sun sebenarnya adalah yatim piatu dan pernah terlantar sakit

480514aa 6e1c 4131 96dc e4f78f6e7fbeSeterusnya adalah Kim Sang Sun (Lee Dong Hwi) yang sudah lama berkhidmat di Balai Polis Jongnam. Sebelum menyertai unit satu, Sang Sun berada di unit lain dan kerap mempunyai konflik dengan rakan sekerja. Hingga akhirnya Yeong Han mengajaknya menjadi sebahagian unit satu.

Sama seperti Yeong Han, Sang Sun adalah lelaki yang mempunyai maluri keadilan tinggi. Sayangnya dia selalu bersikap sesuka hati dan tidak peduli dengan keadaan sekitar. Walaupun begitu, perasaannya selalu tulus setiap kali membantu orang lain.

Contohnya semasa pasukannya mendapat tugasan untuk menyiasat rumah anak yatim yang mencurigakan. Sang Sun nampak sangat bersungguh-sungguh mahu mengungkap jenayah rumah anak yatim tersebut kerana dia teringat masa lalunya.

Dia adalah anak yatim piatu yang juga dibesarkan di rumah anak yatim. Sang Sun tidak mengetahui salasilah dan identitinya kerana dia ditinggalkan dalam bakul. Kisahnya memang cukup menyedihkan.

Baca juga: ‘Chief Detective 1958’ Memecahkan Rekod MBC, Dengan Rating Dua Digit

3. Sebelum menjadi polis, Jo Gyeong Hwan selalu dihina kerana pekerjaannya dahulu

f639ae30 1bcf 4a55 b51c d33e52872757Watak seterusnya adalah Jo Gyeong Hwan (Choi Woo Sung) yang sejak kecil hidup dan bekerja di pasar. Sebelum ini Gyeong Hwan bekerja sebagai kuli di pasar Jongnam. Dia melakukan pekerjaan kasar dan berat kerana dia tidak belajar tinggi. Selama bekerja, dia selalu dihina dengan panggilan-panggilan yang menjelekkan.

Walau Gyeong Hwan tampak seolah-olah tidak peduli, tetapi tentu sahaja ejekan itu menyakiti hatinya. Tambahan pula dengan penampilan fizikalnya yang besar, ramai yang menganggap dia bodoh. Padahal Gyeong Hwan mempunyai jiwa tulus dan mementingkan keadilan, dia selalu melawan gengster-gengster pasar.

Hingga akhirnya ia ditawarkan untuk menjadi polis oleh Yeong Han. Gyeong Hwan melihat ketulusan Yeong Han dan menerima tawaran tersebut. Dia menyertai pasukan unit satu Polis Jongnam dan melakukan misi bersama rakan sekerjanya.

Baca lagi: Choi Woo Sung Sanggup Tambah Berat Badan Berpuluh Kg untuk Wataknya dalam Chief Detective 1958

4. Seo Ho Jeong mempunyai konflik dengan bapanya hingga dihalau dari rumah

Chief detective Watak terakhir adalah Seo Ho Jeong (Yoon Hyun Soo) yang sejak dahulu bercita-cita mahu menjadi polis. Ho Jeong baru sahaja lulus dari sebuah universiti hebat dan berjaya dengan cemerlang dalam akademik. Bapanya mahu dia bekerja di syarikat, tetapi keinginan hati Ho Jeong adalah mahu menjadi polis.

Keinginan tersebut ditentang hebat oleh bapanya. Bapanya menganggap bahawa polis bukan pekerjaan yang bagus untuk masa depan. Namun Ho Jeong berkeras hingga dia dihalau oleh bapanya dan kini dia berpisah dari keluarganya. Nasibnya baik, ibunya memberinya tempat tinggal lain supaya dia tidak menjadi gelandangan.

Selepas menyertai polis Jongnam, Ho Jeong masuk ke unit dua. Namun kerana dia dilayan kurang baik sedangkan potensinya bagus, Yeong Han mengajaknya masuk ke unit satu. Akhirnya Ho Jeong berada di unit satu dan kini banyak menjalankan misi bersama anggota-anggota lain.

Kisah masa lalu setiap anggota kumpulan Unit Satu Polis Jongnam dalam Chief Detective 1957 memang menarik dan mempunyai kisah tersendiri. Masa lalu inilah yang membuatkan mereka mampu bertahan dan menjadi polis yang kuat hingga sekarang. Bahkan kewujudan mereka merupakan satu penanda aras baru dalam melawan ketidakadilan dan sistem yang semakin rosak.

Sudahkah anda menonton drama siri Chief Detective 1958 ini? Chief Detektif 1958 telah mula ditayangkan di MBC TV dan Disney Plus pada 19 April. Episod baharu akan keluar setiap hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu jam 9:50 malam KST.

Baca lagi: Dahyun TWICE Debut Ke Dunia Lakonan Melalui Filem Terbaru “Sprint”, Bergandingan dengan Ha Seok Jin
Baca juga: 7 Watak Detektif dalam Kdrama Chief Detective 1958, Pelbagai Sikap dan Perwatakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here