Home Kdrama/Kmovie Adakah Sumpahan Terhapus dalam The Midnight Studio Episod 15? Cerita Makin Rancak

Adakah Sumpahan Terhapus dalam The Midnight Studio Episod 15? Cerita Makin Rancak

0

Drama Korea terbaru iaitu The Midnight Studio telah rasmi ditayangkan pada hari Isnin lalu iaitu 11 Mac 2024. Drama Korea ini menyoroti kisah Seo Ki Joo (Joo Won) yang merupakan seorang juru gambar di sebuah studio gambar menyeramkan yang dianggap puaka. Rupa-rupanya studio gambar ini adalah warisan turun temurun keluarganya yang berusia lebih dari 100 tahun.

IMG 4339

Dalam Midnight Studio, Studio gambar ini diberi nama studio Gambar Yahan yang bererti studio tengah malam. Studio gambar ini ternyata hanya boleh dikunjungi oleh hantu atau roh orang-orang yang telah meninggal dunia.

Rekap Episod 15

Selepas berjaya mengelak dari banyak bahaya yang disebabkan oleh roh jahat, Seo Ki Joo (Joo Won) akhirnya tetap hidup di umur 35 tahun. Betapa bahagianya Seo Ki Joo semasa meraikan hari lahirnya bersama orang-orang rapat dan tersayang, tetapi beberapa keanehan mula terasa dalam dirinya.

Bermula dari tanda di tubuh Seo Ki Joo yang mula menghilang, hingga kamera yang tiba-tiba tidak boleh berfungsi. Bukan hanya Seo Ki Joo, Han Bom (Kwon Nara) juga mengalami keanehan seperti kesan luka di tangannya yang menyengat dan terasa sakit.

Lantas, apakah yang terjadi pada Han Bom? Berikut ini adalah highlight untuk episod 15 drama siri Korea The Midnight Studio.

 

 

The midnight studio1. Selepas Baek Nam Go lenyap, studio gambar Yahan tiba-tiba menghilang malahan Seo Ki Joo terseret keluar dari studio

Baca juga: Midnight Studio: Bagaimanakah Joo Won Mendapat Sumpahan dan Boleh Melihat Hantu?

 

70040c58 aacd 4d3e be4f 94a5f9dc60002. Seo Ki Joo memilih untuk membuka studio gambar biasa, lebih menyenangkan apabila dia berjaya mendapat pelanggan pertama. Namun, Seo Ki Joo masih dapat melihat hantu

 

 

 

64320e13 13ef 4e67 8926 53be42294ab43. Ketika berjalan selepas membeli ubat untuk Han Bom, seorang malaikat maut menghampiri Seo Ki Joo dan menyampaikan berita yang mengejutkan

Baca juga: The Midnight Studio: 11 Kdrama Popular yang Dibintangi Para Pelakon Utama

 

 

90e898da 83c7 4551 9c8c 012951c1fd854. Oleh sebab Seo Ki Joo telah berdoa sehingga dapat menyelamatkan Han Bom yang hampir terjatuh, maka Han Bom menggantikan tempatnya

 

 

 

78670d2d 213a 4734 9ef1 ba69cb436b5a5. Studio gambar Yahan kembali muncul, bezanya pintu studio adalah di bilik tidur Han Bom. Sehingga dia terpaksa tinggal di rumah Seo Ki Joo

 

 

 

f7c71dfa bc60 4848 b9c1 e05e3ee36b676. Seo Ki Joo mengikuti langkah bapa saudaranya yang dahulu mencari gerbang ke dunia akhirat semasa bulan hitam muncul, untuk mengembalikan kamera milik malaikat maut

Baca juga: The Midnight Studio, 7 Perkara Menarik tentang Studio Gambar untuk Hantu

 

 

222f7064 db2b 4347 9b1c 7584017ae4d77. Menelusuri gelapnya hutan, Seo Ki Joo meminta bantuan pada hantu sami untuk menunjukkan tempat gerbang menuju ke alam akhirat

Walau terasa sangat berat untuk melepaskan kekasihnya, Han Bom tetap mengizinkan Seo Ki Joo untuk datang ke alam akhirat. Seo Ki Joo akan bersendirian menghadapi situasi yang lebih berbahaya. Pada pendapat anda adakah Seo Ki Joo berjaya mengembalikan kamera dan menghapuskan sumpahan Han Bom? Temui jawapan bagi persoalan ini di episod akhir The Midnight Studio akan datang ya!

Buat anda yang ingin tahu bagaimanakah jalan cerita drama ini, The Midnight Studio telah pun ditayangkan pada 11 Mac 2024, jam 10.00 malam KST dan bakal tamat pada 6 May 2024. Siri 16 episod itu disiarkan di Genie TV.

Baca lagi: Episod 12-13 The Midnight Studio: Pembunuh Sebenar Didedahkan, Kejahatan yang Kejam
Baca juga: 4 Kisah Masa Lalu Ahli Pasukan Unit 1 Polis Jongnam dalam Chief Detective 1958, Latar Belakang yang Mengejutkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here