Home Artis Korea Dahyun TWICE Debut Ke Dunia Lakonan Melalui Filem Terbaru “Sprint”, Bergandingan dengan...

Dahyun TWICE Debut Ke Dunia Lakonan Melalui Filem Terbaru “Sprint”, Bergandingan dengan Ha Seok Jin

0

 

Suka melihat Dahyun di skrin besar? Ahli kumpulan gadis K-pop Twice berusia 25 tahun ini akan membuat penampilan sulung dalam lakonannya dalam filem sukan Sprint yang akan datang. Filem itu turut dibintangi oleh Lee Shin-young dari Crash Landing On You.

Dahyun TWICE telah disahkan akan debut dalam sebuah filem indie Korea yang bertajuk Sprint. Menurut laporan Sports Donga, filem ini diinspirasikan dari kisah pelari pecut Korea Selatan yang bernama Kim Kook Young.

Kim Da-hyun atau lebih dikenali sebagai Dahyun ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan yang terkenal. Si cantik manis ini merupakan ahli kumpulan Kpop wanita TWICE yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti tahun 2015, Sixteen. Dahyun dikenali kerana memiliki kulit yang putih serta memiliki karakter comel serta seorang yang mudah terhibur.

Pada bulan Februari 2016, Dahyun menyertai rancangan hiburan MBC, Real Men: Female Special. Antara beberapa fakta menarik mengenai Dahyun ialah artis ini merupakan penggemar tegar terhadap makanan dan minum yang diperbuat dari coklat, memiliki keupayaan melenturkan badan yang baik, dan mempunyai tona kulit yang sangat cerah berbanding ahli kumpulan TWICE yang lain.

Selain Dahyun, Ha Seok Jin sebagai watak utama juga disahkan akan membintangi filem ini. Mari sama-sama kita lihat sinopsis dan senarai pelakon di bawah ini!

 

1. Sinopsis filem Sprint

DahyunSprint mengisahkan tentang pelari pecut bernama Kang Koo Young yang berjaya memecahkan rekod 100 meter. Selama 30 tahun, tidak ada pelari pecut yang boleh memecahkan rekod tersebut. Sayangnya, selepas 10 tahun memecahkan rekod, Kang Koo Young tidak lagi gembira apabila melakukan larian.

Watak Kang Koo Young diinspirasikan dari pelari pecut Kim Kook Young. Pelari pecut Korea Selatan itu berjaya memenangkan pingat dalam acara 400 meter untuk pertama kalinya dalam 37 tahun.

 

2. Senarai Pelakon Sprint

7acf3b2f 4143 4ea7 8e32 7b81eab33521Filem indie dari Korea Selatan ini diarahkan oleh Lee Seung Hoon. Hingga hari ini, baru tiga orang pelakon utama yang disahkan, berikut senarainya!

● Ha Seok Jik sebagai Kang Koo Young
● Dahyun TWICE
● Lee Shin Young

 

3. Tarikh tayangan dan platform tayangan Sprint

76740132 bd58 42b4 9d93 fe8622073de5Tarikh tayangan dan platform tayangan untuk filem ini belum diumumkan. Selain itu, untuk tayangan di Malaysia, belum ada pengesahan sama ada filem indie ini akan ditayangkan di pawagam atau OTT tempatan Malaysia. Mengenai watak yang akan dibawa oleh Dahyun TWICE dan Lee Shin Young, masih belum diumumkan secara terperinci.

Dengan ini, Dahyun akan menjadi ahli pertama Twice berlakon dalam filem. Ditubuhkan pada 2015 menerusi rancangan survival Sixteen, Twice telah menjadi salah satu kumpulan K-pop paling berjaya sepanjang zaman. Jelajah dunia Ready To Be Twice yang tamat baru-baru ini  menyaksikan sembilan pasukan wanita beraksi di stadium yang habis dijual di seluruh dunia, termasuk Stadium Sofi Los Angeles dan Stadium Ajinomoto Tokyo.

Kumpulan itu akan melancarkan album Jepun kelimanya Dive pada 17 Jul. Twice juga akan mengadakan enam pertunjukan konsert khas di seluruh Jepun pada Julai ini.

Kita nantikan berita seterusnya ya!

Baca lagi: Lovely Runner, Kdrama Paling Banyak Ditonton Ketika Ini Walaupun Rating Merosot Sedikit di Episod 7-8

Baca juga: Binge-Watch Semula 5 Drama Korea Netflix yang Menarik dan Mengujakan