Home Kdrama/Kmovie Binge-Watch Semula 5 Drama Korea Netflix yang Menarik dan Mengujakan

Binge-Watch Semula 5 Drama Korea Netflix yang Menarik dan Mengujakan

0

Rasa bosan sering menerjah apabila kita merasakan kita sudah melakukan semua perkara dan tiada apa lagi yang boleh kita buat untuk mengisi masa lapang. Oleh sebab itu, kita biasanya jadi mengantuk dan menghabiskan masa dengan berehat dan tidur sahaja pada hari-hari cuti bukan?

Terdapat banyak perkara sebenarnya yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk kerana kebosanan. Buat anda yang mungkin sedang bosan, anda boleh cuba menonton drama Korea untuk mengusir rasa mengantuk!

Sangat sesuai untuk ditonton, lima drama Korea original Netflix dibawah ini boleh menghilangkan rasa bosan dan mengantuk anda kerana jalan cerita yang ditampilkan adalah sangat menarik dan mengujakan!

 

1. Kingdom

Drama koreaAnda meminati drama Korea genre sageuk? Siri original Netflix ini perlu dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda. Berbeza dengan drama sageuk lain yang selalu mengangkat cerita tentang politik dan kisah romantik, drama Korea Kingdom penuh dengan babak-babak yang menegangkan yang akan memicu adrenalin anda di setiap episod.

Dibintangi oleh Ju Ji Hoon, Bae Doo Na, dan Ryu Seung Ryong, drama ini mengisahkan tentang penularan wabak zombie yang menyerang Dinasti Joseon. Wabak misteri ini bermula dari sejenis tumbuhan yang mampu membangkitkan kembali orang yang sudah mati.

Ju Ji Hoon sebagai Putera Mahkota Lee Chang adalah satu-satunya harapan untuk melawan wabak maut yang menyerang negaranya itu. Drama karya penulis Kim Eun Hee ini telah tampil dengan 3 musim.

Berbeza dengan musim pertama dan kedua, pelakon wanita terkenal Jun Ji Hyun dipilih sebagai pelakon utama dalam musim ketiga yang bertajuk “Kingdom: Ashin of the North”. Kingdom juga merupakan salah sebuah drama Korea dengan kos produksi paling mahal dalam sejarah pembikinan drama Korea.

 

2. Sweet Home

ecdb414f 7b2d 48ee 9f31 c93ff649e673Sweet Home merupakan drama siri Netflix yang ditayangkan pada 18 Disember 2020. Beberapa orang pelakon popular seperti Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Si Young, Lee Do Hyun, Kim Nam Hee, Park Gyu Young, Go Youn Jung, Kim Gab Soo, dan juga Kim Sang Ho, membintangi drama siri ini.

Drama siri ini hadir dengan 10 episod, dengan durasi sekitar 52 minit untuk satu episod. Drama siri Sweet Home menceritakan tentang Cha Hyun Soo yang berpindah ke sebuah apartment baru setelah kematian keluarganya. Kehidupan yang pada awalnya tenang mula terganggu dengan berbagai-bagai kejadian aneh yang muncul, ramai penghuni apartment mula berubah menjadi raksasa. Hyun Soo dan penghuni yang lain cuba sedaya upaya untuk bertahan hidup.

Baca juga: 5 Ramalan Sweet Home 3 Berdasarkan Webtoon Shotgun Boy

3. All of Us Are Dead

Drama koreaSeterusnya adalah drama siri All of Us Are Dead yang dibintangi oleh Park Ji-hu, Yoon Chan-young, Lomon, dan ramai lagi. Drama siri ini diadaptasi daripada Webtoon popular yang bertajuk Now at Our School yang ditulis oleh Joo Dong-geun pada tahun 2009.

Drama siri ini menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah, di mana sekolah tersebut menjadi titik mula merebaknya wabak virus zombie. Pelajar-pelajar tersebut tersebut perlu berjuang untuk bertahan hidup dan mencari jalan keluar dari sekolah yang penuh dengan zombie.

Baca lagi: 11 Kdrama Netflix Dengan “Open Ending”, Perlu Musim 2?

4. Money Heist: Korea

dc37874f 671b 4ab2 b8fc e17247c35a9fMoney Heist: Korea menceritakan tentang bagaimanakah Professor (Yoo Ji Tae) yang memiliki cita-cita untuk melakukan rompakan wang terbesar dalam sejarah. Dia merancang rompakan tersebut dengan merekrut individu-individu yang sedang berputus asa dan mempunyai keperibadian yang dirasakan sesuai untuk menjalankan rancangannya.

Perompak-perompak tersebut dinamakan dengan nama pelbagai nama kota besar di dunia. Watak yang dimaksudkan adalah Berlin (Park Hae Soo), Tokyo (Jeon Jong Seo), Rio (Lee Hyun Woo), Moscow (Lee Won Jong), Denver (Kim Ji Hoon), Nairobi (Jang Yoon Ju), Helsinki (Kim Ji Hun), dan juga Oslo (Lee Kyu Ho).

Baca lagi: Moon Gyeun Young Buat Comeback Dalam Hellbound 2

5. Hellbound

IMG 4267Hellbound menceritakan tentang fenomena yang terjadi pada manusia apabila terdapat sebuah ramalan yang dikatakan oleh watak utama iaitu Jung Jin Soo (Yoo Ah In) yang mengatakan bahawa dia boleh mengetahui bilakah manusia akan mati. Jung Jin Soo mencipta sebuah agama baru yang dinamakan Saejinrihwe. Dia seorang individu yang misteri dengan aura yang kuat dan berkarisma. Roh jahat dalam drama siri Hellbound benar-benar mengerikan dan mengancam keselamatan manusia di bumi, Ryu Kyung Soo berlakon sebagai pengurus yang juga merupakan pengikut ajaran sesat dalam drama siri ini.

Baca juga: 27 Filem, Drama dan Rancangan Realiti Korea Netflix Sepanjang 2024, Ada ‘Squid Game 2,’ ‘Physical 100 2,’ ‘Hellbound 2’

Demikian sahaja lima buah drama Korea original Netflix yang pasti akan membuatkan anda segar dan tidak akan rasa mengantuk, jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 9 Drama Korea yang Sangat Misteri, Jalan Cerita Tidak Dijangka
Baca juga: 8 Filem Seram Thriller Berlatarkan 1 Tempat Sahaja, Bikin Sesak Nafas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here