Pelakon cantik manis dan kecil molek iaitu Moon Geun Young akan melakukan comeback (kemunculan semula) setelah dua tahun menyepi dari dunia hiburan.

Pelakon wanita yang berasal dari Gwangju, Korea Selatan itu akan tampil memberikan penampilan istimewa dalam drama siri terbaru Netflix iaitu Hellbound musim ke 2.

Namun sehingga kini masih belum didedahkan tentang karakter yang akan dibawa oleh Moon Geun Young dalam drama siri Hellbound musim ke 2.
Menurut laporan artikel dari portal Allkpop, Hellbound adalah siri asal Netflix yang menceritakan tentang kisah fenomena supernatural yang terjadi ke atas manusia-manusia yang dijatuhi hukuman keras iaitu neraka. Manusia-manusia yang dijatuhkan hukuman ini bakal melihat penampakan makhluk supernatural mengerikan yang muncul secara tiba-tiba.


Moon Geun Young lahir pada 6 Mei 1987 ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Dia dikenali sebagai “Nation’s Little Sister”, Moon Geun Young memulakan kerjaya sebagai model pada usia 10 tahun, kemudian memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1999 sebagai pelakon kanak-kanak.






