Home Entertainment Kim Sung Chul Menggantikan Yoo Ah In Dalam Hellbound 2

Kim Sung Chul Menggantikan Yoo Ah In Dalam Hellbound 2

0
Pelakon Yoo Ah-in, yang kini disiasat kerana penggunaan bahan terlarang berlebihan termasuk propofol, ganja, kokain dan ketamin, telah digugurkan dalam Hellbound Musim 2 dan digantikan oleh pelakon yang semakin menyinar bakatnya Kim Sung Cheol.

E14FC971 A661 40CD AFCC 401ABA81A3A6

Skandal dadah Yoo Ah-in yang sedang melanda kini cukup mengejutkan para peminatnya kerana ini menunjukkan bahawa karier Yoo Ah-in sedang diambang kehancuran.
Berita ini sangat mengecewakan apatah lagi mengetahui Yoo Ah In adalah seorang pelakon dan penghibur yang sangat berbakat dan sentiasa memenangi hati peminat dan penonton yang mengikuti perkembangan setiap drama serta filem lakonannya.
Baca Lagi: Yoo Ah In Positif Kokain dan Ketamin
D4D322A2 A40B 4754 AEC6 D20E8368496CKim Sung Chul yang terkenal dengan pelbagai lakonan drama serta filem antaranya Prison Playbook (2017), The Battle of Jangsari (2019), Do You Like Brahms? (2020), Our Beloved Summer (2021), Arthdal Chronicles dan banyak lagi, disahkan menggantikan tempat Yoo Ah In dengan membawa peranan sebagai Jung Jin Su dalam “Hellbound 2” berikutan skandal dadah Yoo Ah In yang penuh kontroversi.

AF567F04 3B37 4F1F BD03 BA9647494178

Selain Kim Sung Chul, Kim Hyun Joo, Kim Shin Rok, Lee Dong Hee, Yang Ik Joon dan ramai lagi pelakon lain bakal membintangi sekuel drama siri yang paling dinanti-nantikan oleh peminat drama ini.

DEF7082D 23AE 4ACB 831F 92105FABC801

“HELLBOUND” musim pertama sebanyak 6 episod adalah drama bersiri dari Korea Selatan yang berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama. Ia mengenai makhluk ghaib yang muncul dari dunia lain datang ke bumi menghapuskan manusia yang dikutuk ke neraka, drama ini juga diarahkan oleh pengarah m yang sama dari filem “TRAIN TO BUSAN”.

26927F5D 6CE3 4EE8 A58D AB5280F208BC

Drama ini mengisahkan tentang sebuah dunia neraka ciptaan manusia di mana manusia bakal menghadapi fenomena supernatural yang akan berubah menjadi sebuah kutukan dan juga untuk mengatasi pelbagai masalah di dunia manusia.
Terdahulu di musim pertama, Yoo Ah in membawa watak sebagai ketua agama baru yang digelar “Saejinrihoe”. Dia menyebarkan khutbah malaikat maut dari neraka yang dikirim ke dunia manusia adalah wahyu dari tuhan. Ramai terpedaya dan taksub menjadi pengikutnya.

43DCB03A 37A5 4D36 9616 62F104B847A3

Watak Park Jung Min dan Kim Hyun Joo pula sebagai pengarah stesen Tv dan Detektif yang berusaha untuk mengungkap misteri kedatangan malaikat maut serta kebenaran dan penyelewengan disebalik agama tersebut.

64E25145 DAE0 44FB 91B2 5A47E39CB27E

“Hellbound” juga merupakan salah satu siri dari Netflix yang mendapat pengiktirafan dan diundang ke Toronto International Film Festival (TIFF) ke-46 pada 9-18 September 2021 dan menjadi drama Korea pertama yang diundang ke festival bertaraf dunia itu.
Baca Juga: Kim Eui Sung Pelakon Berjuta Wajah