Home Entertainment Kim Eui Sung Pelakon Berjuta Wajah

Kim Eui Sung Pelakon Berjuta Wajah

0

11 Fakta Menarik Kim Eui Sung, Pelakon Senior Berjuta Wajah

Kim Eui Sung telah lama berjaya memukau para penonton dengan watak baik dan jahatnya. Pembawaan watak yang selalu berbeza-beza, pelakon ini sangat berjaya dalam dunia lakonan. Pastinya dia terkenal kerana dia serba boleh, sangat mahir dalam membawa watak antagonis dan sekali sekala muncul dengan watak protagonis juga berjaya mencairkan hati para penonton, gelaran pelakon berjuta wajah memang sangat ideal dengan Kim Eui Sung.

2A94A8D0 2076 4628 A579 E41C9088B235

Taxi Driver 2 (2023) telah ditayangkan pada 17 Februari 2023 yang lalu. Drama siri yang bergenre aksi balas dendam ini mendapat rating dua digit pada penayangan pertamanya. Satu catatan luar biasa buat sebuah drama siri di Korea Selatan.
D327F352 CFB3 42D6 819C 7D6114319BBAKim Eui Sung membawa watak yang tidak boleh dilupakan dalam Taxi Driver 2 (2023). Pelakon senior berbakat yang merupakan lulusan Universiti Nasional Korea ini membawa watak sebagai CEO kumpulan Rainbow Taxi.

86B0D811 D539 40B6 BECC 54B0894D33BD

Jom kita kenal lebih dekat dengan Kim Eui Sung, di sini kita sediakan sebelas fakta menarik tentang pelakon hebat ini:

1. Kim Eui Sung adalah seorang pelakon yang telah memulakan debut lakonannya pada tahun 1988. Dia sudah bergelumang dalam dunia seni lakonan selama 35 tahun.
2. Filem The Age Of Success (1988) merupakan projek lakonan pertama yang dibintangi oleh pelakon yang dilahirkan pada tahun 1965 ini.

6EB825A2 B0B9 48EF AC15 FB0C77DC9F89

3. Pelakon berjuta wajah, Kim Eui Sung selalu membawa watak protagonis dan antagonis dalam drama dan filem Korea Selatan.
4. Nama Kim Eui Sung kembali menjadi bualan ramai apabila dia membawa watak sebagai penjahat dalam drama W (2016) yang turut dibintangi Lee Jong Suk dan Han Hyo Joo.
2055025B BB9E 4584 AA02 86C01E8E7E64
5. Kim Eui Sung juga kembali membuat penonton merasa sakit hati dan benci dengan wataknya sebagai rakyat Joseon yang pro terhadap Jepun dalam drama Mr. Sunshine (2018).
EC6026A4 E26C 49AE B2FB 022E98B74490
6. Lakonan Kim Eui Sung kembali menjadi sorotan media setelah berjaya membawa watak pegawai istana jahat yang bercita-cita mahu menjadikan cucunya sebagai putera mahkota dalam drama siri popular Netflix Under the Queen’s Umbrella (2022).
E9E92DC1 F185 4286 BA5B E9EB6DB2805F
7. Setelah berjaya menempa nama dengan membawa watak antagonis, Kim Eui Sung juga telah lama memukau penonton dengan watak baiknya dalam drama Taxi Driver (2021).
8. Dalam drama Taxi Driver, dia membawa watak sebagai CEO Rainbow Taxi, tempat orang-orang yang dizalimi meminta bantuan untuk membalas dendam.

ECE046C5 1FB5 4982 94FD 2D422331F45F

9. Musim pertama Taxi Driver sangat berjaya, Kim Eui Sung kembali lagi dalam Taxi Driver 2 (2023) bersama Lee Je Hoon, Pyo Ye Jin, Jang Hyuk Jin, dan Bae Yoo Ram.
10. Kim Eui Sung juga turut tampil dalam filem Korea, seperti Train to Busan (2016), The King (2017), Extreme Job (2019), dan juga Alienoid (2022).

76F4457B 2A97 4BA7 B4E9 A0210246BF2F 74B021A5 D003 4114 B319 5CD07D0C538E

11. Pelakon yang berusia 57 tahun ini merupakan pelakon Korea naungan KeyEast. Dia bernaung dibawah agensi yang sama dengan Kim Dong Wook, Yoo Hae Jin, hingga Hwang In Youp.
Kim Eui Sung merupakan pelakon senior yang telah berlakon selama 35 tahun dalam dunia seni lakon Korea Selatan.
949CB2FC 1F8D 4FB6 9F25 91B177B434B5Pelakon kelahiran tahun 1965 ini memang terkenal kerana telah membintangi pelbagai drama dan filem Korea. Kim Eui Sung yang kembali membuat penampilan dengan lakonan hebat dalam drama Taxi Driver 2 (2023) terus mendapat pujian ramai. Sudahkah anda menonton lakonan-lakonan hebat Kim Eui Sung? Watak manakah yang paling berkesan bagi anda?
48A27C67 51C8 4FD3 8A21 F7F0042CC6BD
Baca Lagi: 5 Drama Korea Seperti Alchemy of Souls untuk Ditonton
Baca Juga: Menarik Tentang Kim Min Kyu