Home Entertainment 5 Drama Korea Seperti Alchemy of Souls untuk Ditonton

5 Drama Korea Seperti Alchemy of Souls untuk Ditonton

0

E68EA249 9293 4848 8221 75825B80DE77 0BF5EB0F 987D 4B6E 8A6D 3E70E851C132Adakah anda masih merindui Kdrama Alchemy of Souls dan sedang mencari drama lain dengan aura yang sama? Jika ya, maka boleh pertimbangkan senarai berikut.

 

 

1. Arthdal Chronicles (2019)

384DF790 928F 47AB 83C4 F381BD612877

Dianggap sebagai drama fantasi purba Korea pertama, Arthdal ​​Chronicles berlatarbelakangkan Kerajaan Korea Gojoseon yang pertama. Ia terletak di tanah mitos Arth di mana penduduknya hidup dibawah perebutan kuasa dan pasangan yang sukar menjalin cinta, puak-puak yang berpecah belah, sambil mereka cuba membina masyarakat baharu.
Drama ini ditayangkan pada tahun 2019 dengan sebanyak 18 episod dibintangi watak utama oleh Song Joong-ki sebagai Eunseom dan Kim Ji-won sebagai Tanya yang sememangnya terkenal dengan lakonan mantap mereka.
Ia mengisahkan tentang kelahiran Eunseom yang dipercayai akan membawa bencana kehancuran kepada sebuah negeri fiksyen bernama Arthdal.
Sang ibu bimbang akan keselamatan anaknya, terpaksa berusaha dan berjuang antara hidup dan mati.
Tanda yang sama menimpa kepada bayi lain bernama Tanya dari keturunan Suku Wahan dimana Tanya juga diramalkan akan membawa kehancuran kepada negeri tersebut.
Drama siri ini adalah fantasi epik yang sangat menarik dan unik dalam genrenya kerana ia turut memberikan sudut pandangan yang menarik terhadap tamadun awal Korea dengan suku kaum yang berbeza. Bagi anda yang suka fantasi sejarah, ini adalah siri yang wajib berada dalam senarai tontonan anda.


2. Lovers of the Red Sky (2021)

ED92AF04 BA02 429C B8D6 F4457A2721ED

Diadaptasi daripada novel dengan nama yang sama, Lovers of the Red Sky ialah drama bergenre sejarah, percintaan dan fantasi. Dibintangi oleh Kim Yoo-jung dan Ahn Hyo-seop sebagai pasangan romantik. Ia mengisahkan satu-satunya pelukis wanita Korea dalam dinasti fiksyen Dan, yang direkodkan secara ringkas dalam teks sejarah.
Dibesarkan sebagai seorang wanita muda yang garang dengan bakat melukis yang cukup genius sehingga takdir menemukan dia dengan seorang ahli nujum Ha Ram (Ahn Hyo-seop) yang pakar dalam bidang astronomi, geografi, seni ramalan, meteorologi dan boleh membaca bintang dan buruj.

3. Mirror of The Witch (2016)

E5ABEBB3 90A0 40D6 B542 F3DB262C82DC

Ini lagi salah satu genre fantasi sejarah yang wajib ada dalam senarai tontonan anda! Diinspirasikan dari buku bertajuk Dongui Bogam, Mirror of the Witch, juga dikenali sebagai Scarlet Healer.
Mengisahkan Seo Ri (Kim Sae Ron), seorang putri raja yang kelahirannya membawa bala dan kutukan sehingga dia terpaksa disembunyikan.
Sebelum Seo Ri lahir, ibu kandung Seo Ri iaitu Ratu Shim sebenarnya mandul dan tidak dapat memberikan keturunan kepada raja.
Tetapi Ratu Shim tidak dapat meyakinkan ibu suri yang tidak percaya Ratu Shim Ratu Shim mandul dan terus menerus memaksa Ratu Shim untuk memberikan keturunan.
Merasa terdesak, Ratu Shim menggunakan khidmat bomoh yang mengamalkan ilmu sihir hitam untuk mendapatkan zuriat namun Ratu Shim harus menuruti syarat-syarat bomoh tersebut.
Jalan ceritanya unik, menarik dan memukau dan dibintangi oleh barisan pelakon yang tidak asing lagi di Korea Selatan seperti Yoon Shi Yoon, Kim Sae Ron dan Lee Sung Jae.

4. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016)

E1BFC811 39B2 47FA 85E0 7A5D05A8BFB6

Berdasarkan novel Cina Bu Bu Jing Xin, Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo ialah sebuah drama fantasi sejarah dan percintaan yang pernah mencetuskan fenomena pada masa tayangannya bahkan sehingga kini pun masih ramai peminat tidak dapat “move-on” dari drama siri yang cukup epik dan meninggalkan kesan serta impak yang mendalam.
Dek kerana ketaksuban dan masih berharap bahawa drama ini selayaknya mendapat musim kedua, sehingga ada “fan” yang begitu kreatif mencipta satu klip trailer untuk musim kedua. Begitulah hebat penangan drama ini.
Drama ini dibintangi oleh IU, Lee Joon-gi dan Kang Ha-neul sebagai peneraju utama dalam kisah cinta tiga segi. Ia mengisahkan tentang seorang wanita dari Abad ke-21, terperangkap dalam “time loop” ketika berlakunya gerhana matahari sehingga dibawa kembali ke zaman Dinasti Goryeo.
Alur ceritanya dari episod awal hingga akhir ternyata sangat menarik, memukau dan menyayat hati sehingga mampu menggugurkan airmata sesiapapun yang menonton drama ini.

5. Goblin (2016)

7CB1DEB6 D21B 4830 9D81 4E7FC362B5A8

Selain Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo yang ditayangkan pada 2016, drama siri Goblin ini juga turut mencetuskan fenomena bukan sahaja di Korea tetapi negara-negara Asia lain. Dibintangi oleh barisan pelakon yang sangat terkenal Gong Yoo, Kim Go-eun, Lee Dong-wook, Yoo In-na dan Yook Sung-jae.
Membawa genre drama fantasi romantik, Goblin berjaya menempa tempatnya dalam barisan drama Korea dengan kedudukan kelima tertinggi sepanjang zaman dalam sejarah tv kabel Korea.
Ia mengisahkan tentang seorang goblin abadi, yang perlu mencari cinta sejati untuk membantunya mengeluarkan pedang ghaib yang ditanam dan disumpah ke dalam dadanya.
Kisahnya bermula pada zaman Dinasti Goryeo, dimana seorang Jeneral Perang yang hebat dan tiada tandingannya bernama Kim Shin (Gong Yoo), telah diperangkap dan dituduh sebagai pengkhianat kemudia dia dibunuh oleh raja muda yang cemburu dengan kehebatannya.
Kim Shin kemudian disumpah oleh dewa menjadi goblin yang hidup abadi selamanya dimana roh Kim Shin terperangkap di dunia dan tidak dapat pergi ke alam seterusnya selagi dia tidak menemukan cinta sejati kerana cinta sejati inilah yang mampu menghapuskan sumpahannya.

Selain 5 senarai atas, masih ada lagi 5 senarai drama lain yang mempunyai aura sama seperti Alchemy of Souls. Kita jumpa lagi di artikel seterusnya! Yang pasti 5 drama diatas adalah drama-drama yang cukup layak untuk ditonton semula bagi yang telah menontonnya sebelum ini. Bagi yang belum lagi, tunggu apa lag?!

Baca Lagi: Duty After School Kdrama Terbaru Kisah Pelajar Sekolah Menentang Alien
Baca Juga: 10 Filem Terbaik Seram Klasik Makhluk Mengerikan