Home Entertainment Paper Moon Kdrama Baharu Bakal Menggegar

Paper Moon Kdrama Baharu Bakal Menggegar

0
Selepas berlakon dalam drama siri Recipe for Farewell yang menyentuh hati tahun 2022 yang lalu, pelakon wanita senior Korea iaitu Kim Seo Hyung akan kembali membintangi drama baru. Drama siri yang bertajuk Paper Moon sebanyak 10 episod ini dijadualkan akan ditayangkan pada 10 April 2023 ini.

7D886130 90E7 4ACD 9791 BFDC1A3E06F9

Pada tahun 1994, Kim Seo Hyung memulakan kerjaya yang berjaya dengan muncul dalam beberapa filem dan siri. Dia sudah membintangi 20 filem dan 26 siri, termasuk Kiss Me Much, The City of Violence, Forbidden Floor, A Barefoot Dream, Desire To Kill, Late Spring, Lovers in Paris, Green Rose, Giant, Empress Ki, Assembly, The Great Penggoda , dan No Body Knows.
Di antara filemnya, dia juga terkenal dengan drama balas dendamnya, Temptation of Wife.
Untuk pembukaan tahun ini, pastinya ramai peminat tidak sabar untuk menonton drama terbaru yang dibintangi oleh pelakon lagenda ini.

EB17BC5C 0607 484E B48D 9E4E73D0991C

Papermoon (2023) sebuah drama thriller Korea berdasarkan novel Jepun karya Mitsuyo Kakuta tentang seorang wanita yang menjalani kehidupan selesa tanpa keinginan dan suaminya pula jenis sikap acuh tak acuh.
Sehinggalah suatu hari, dia mengalami kejatuhan yang sangat teruk dalam kehidupannya sehingga ia tidak dapat dipulihkan.
Drama ini adalah adaptasi dari Novel Jepun dan telah dijadikan filem serta drama di Jepun. Ia telah menerima ulasan yang baik dari para pengkritik sewaktu diangkat menjadi filem bertajuk (Pale Moon) dalam versi Jepun.

BC2360E7 10C2 4C98 B5E7 2010FEF19E88

Jalan ceritanya tampak bakal membuatkan para penonton tidak senang duduk dan karakter yang dibawa oleh Kim Seo Hyung juga lebih mencabar kali ini.
Berikut beberapa maklumat dan info yang kami dapatkan dari beberapa sumber seperti Soompi dan lain-lainnya tentang drama ini.
Drama thriller ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Yoo Yi Hwa (Kim Seo Hyung) yang merupakan seorang suri rumah tangga yang menjalani kehidupan yang cukup selesa tanpa kekurangan satu apapun. Namun sewaktu dia bekerja sebagai seorang pekerja kontrak di sebuah bank, Yoo Yi Hwa tidak dapat menahan godaan dan menggelapkan wang pelanggannya.
Tetapi perbuatannya itu akhirnya membawa satu bencana yang tidak pernah difikirkannya, kehidupan sehari-harinya yang selama ini damai terus berubah menjadi bencana dan huru-hara.
Dia mula terjerat dengan kesalahannya sendiri kerana suaminya tidak menunjukkan minat kepadanya.

Apakah yang akan terjadi selepas itu? Penyesalan pasti tidak akan membawa makna apa-apa lagi.

5780BBF4 0A45 46BA 8DF4 499A73D40BE5
Drama siri Paper Moon juga membariskan senarai pelakon-pelakon ternama Korea Selatan yang sememangnya hebat dan berbakat besar. Mereka adalah Seo Young Hee, Yoo Sun, Lee Chun Hee, Gong Jung Hwan, Yoon Bora, dan ramai lagi.
E9B7AD11 0920 459B 91A8 752D03CC5144
Baca Lagi: Filem dan Drama Korea Netflix Bulan Mac Ini
Baca Juga: 7 Pelakon Korea Tampil Berkulit Gelap Demi Watak