Home Entertainment Perjalanan Karier Yoo Jae Suk

Perjalanan Karier Yoo Jae Suk

0
Yoo Jae Suk akan menjadi pengacara majlis untuk acara perkahwinan Lee Seung Gi dan Lee Da In yang akan diadakan secara tertutup di Grand Intercontinental Seoul Parnas Hotel, Gangnam, pada 7 April 2023 ini.

E9C2F30D 0AB6 4FDE B190 9219F491609B

Yoo Jae Suk adalah antara selebriti ternama yang disegani di Korea Selatan, kalau di Malaysia ibaratnya seperti Datuk Aznil bin Haji Nawawi. Sangat terkenal, berbakat dan menjadi rebutan setiap stesen televisyen untuk menjadi pengacara program.
Selain Yoo Jae Suk, 9ato Entertainment yang merupakan agensi kepada Lee Da In juga mengumumkan berita tergempar apabila Lee Juck dijangkakan akan menyanyi pada majlis perkahwinan artis tersohor tersebut. Antenna selaku agensi Yoo Jae Suk dan juga Music Garm yang menaungi Lee Juck sama-sama telah mengesahkan berita tersebut.
Yoo Jae Suk dikenali sebagai salah seorang pengacara ternama dari Korea Selatan dengan jolokan sebagai Nation’s MC. Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai selebriti yang sangat terkenal ini:
EA3B050E C47C 4F50 87E7 A6E83A97426EYoo Jae Suk dilahirkan di Seoul, Korea Selatan pada 14 Ogos 1972. Anak sulung dari tiga beradik ini telah mendirikan rumah tangga dengan Na Kyung Eun pada tahun 2008 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki dan juga seorang anak perempuan. Selebriti ini sempat menerima pendidikan di Seoul Institue of the Arts, tetapi tidak berjaya menghabiskan pengajiannya kerana dia terlalu sibuk.
A11E6B1C 9E5C 470C 9F97 0FAAAC824B6FPerjalanan Karier Yoo Jae Suk
Sebelum dikenali sebagai Nation’s MC, Yoo Jae Suk memulakan karier dalam dunia komedi. Yoo Jae Suk merupakan peserta Festival Komedi KBS untuk mahasiswa pada tahun 1991.
Namun kerjaya Yoo Jae Suk sebagai pelakon komedi tidak berjalan dengan lancar. Selama 9 tahun, Yoo Jae Suk berusaha keras untuk meraih populariti dan dikenali ramai dalam dunia komedi tetapi nampaknya agak sukar.

19E498A1 F621 4BFD 9C29 C62DEBE30080

Akhirnya pada tahun 2002, Yoo Jae Suk dicadangkan oleh Choi Jin Sil untuk menjadi pengacara majlis dalam rancangan Live and Enjoy Together. Rancangan tersebut sangat popular dan telah membuatkan Yoo Jae Suk dikenali ramai dengan pesonanya dan terus diberi kepercayaan untuk mengemudi banyak rancangan TV yang lain.
Popularitinya sebagai pengacara kekal sehingga kini. Jika di Malaysia, wajah Yoo Jae Suk sangat terkenal kerana dia merupakan salah seorang peserta realiti TV kegemaran ramai iaitu Running Man.
88736FB1 E198 499D 9D14 2B6E5BA344C5Yoo Jae Suk menerima dan meraih anugerah Daesang (grand prize) pertama dari KBS melalui rancangan Happy Together Friends. Penghargaan dan anugerah Daesang terus diterima Yoo Jae Suk hingga sekarang. Hebat bukan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?
Baca Lagi: Filem dan Drama Korea Netflix Bulan Mac Ini
Baca Juga: Bakal Mertua Lee Seung Gi Yang Penuh Kontroversi