Home Entertainment K-Netizen Pelik Kenapa Wajah Seorang Peminat Sasaeng Ini Tidak Dikaburkan

K-Netizen Pelik Kenapa Wajah Seorang Peminat Sasaeng Ini Tidak Dikaburkan

0

Pada episod baru-baru ini di YouTube NCT 127 ‘Johnny’s Communication Center’, ahli memutuskan untuk menikmati waktu rehat mereka dengan bermain salji di Chicago.

Walaupun kebanyakan peminat gembira melihat ahli NCT 127 bergembira pada hari cuti mereka, beberapa peminat terkejut melihat peminat sasaeng yang tertangkap di kamera, dengan wajahnya tidak dikaburkan.

1677644711 1

Peminat sasaeng asing ini sudah terkenal kerana tidak henti-henti mengintai dan stalk NCT 127, menceroboh privasi kumpulan itu dengan sangat teruk.

Tetapi bagi K-netizen yang lain, penampilan seorang peminat sasaeng pada kamera, dan wajahnya tidak dikaburkan adalah sangat mengejutkan.

Hal ini kerana, selalunya industri K-pop akan mengaburi wajah orang awam dan kakitangan yang lain untuk privasi dan untuk mengelakkan dari sebarang masalah.

Baca lagi: YouTuber Mukbang Terkenal, Tzuyang, Akhirnya Mendedahkan Berat Badan Dan Keadaan Kesihatannya

Baca lagi: Bakal Mertua Lee Seung Gi Yang Penuh Kontroversi

1677644698 20230228 nct

K-netizens membalas dengan komen seperti,

“Saya fikir dia seorang kakitangan pada mulanya… Saya sangat terganggu sekarang.”

“Jika seseorang mengikuti saya seperti itu, saya akan sangat takut untuk pergi ke luar.”

“Bagaimana keadaan mental ahli, jika mereka mengetahui yang ada seseorang mengintai mereka sedekat itu…”

“Sasaeng semua mempunyai masalah mental yang serius.”

“Adakah mereka sengaja tidak mengaburkan mukanya??”

“Saya takut dia mungkin benar-benar seronok berada di kamera seperti itu… Sasaeng ini, mereka tidak berfikir seperti orang biasa.”

“Bodyguard SM dulu bukan ganas ke?? Tolonglah jangan bagi perempuan tu dekat dengan diorang macam tu???”

“Dia sangat menakutkan.”

Tengok video di bawah:

Sumber: [1]