Home Entertainment Yoo Ah In Positif Kokain dan Ketamin

Yoo Ah In Positif Kokain dan Ketamin

0
Yoo Ah In yang pernah terkenal dan menempa saat kegemilangnya pada 2018 ketika membintangi watak protagonis dalam filem “Burning”, mendapat pengiktirafan kritikal di mana dia mendapat pengiktirafan antarabangsa. Bukan sahaja dia dipaparkan dalam senarai “Pelakon Terbaik 2018” The New York Times, tetapi dia juga merupakan pelakon Asia dan Korea pertama dan satu-satunya yang dipilih untuknya.
Bakatnya telah diiktiraf secara meluas oleh pengkritik dan peminat, memenangi banyak anugerah selama bertahun-tahun untuk lakonan, gaya, fesyen dan kecemerlangannya dalam industri hiburan.
EC4B1ADC 5424 4F38 9247 8F5C0830C8CDNamun kini, semua ini mula menjadi titik hitam dan terburuk untuknya apabila kerjayanya kini diambang kemusnahan akibat  penggunaan dadah yang berlebihan.
Terdahulu pada 5 Februari 2023, polis menghantar sampel rambut dan air kencing Yoo ke Perkhidmatan Forensik Kebangsaan untuk ujian selepas disoal siasat dan hasil dari keputusan makmal dia didapati positif menggunakan propofol, ganja serta bahan lain yang tidak diketahui, menurut Agensi Polis Metropolitan Seoul.
Dari siasatan awal dan data yang dikemukakan oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah negara itu, Yoo Ah In diberi propofol sebanyak 73 kali pada 2021 diantara Januari dan Disember 2021 melebihi 4.4 liter secara keseluruhan.
Ejen anestetik intravena digunakan enam kali sebulan, jauh lebih kerap daripada penggunaan ubat yang dinasihatkan untuk prosedur menurut penyiasat dan laporan Korea Selatan. Rekod itu ditambah dalam waran geledah dan rampasan berhubung Yoo yang didakwa menggunakan dadah secara haram, tambah mereka.

APAKAH ITU PROPOFOL?

Propofol adalah ubat bius yang digunakan untuk memulai dan mempertahankan anestesi selama prosedur pembedahan. Lazimnya Propofol tersedia dalam bentuk suntikkan dan pesakit hanya boleh menggunakan ia dengan pantauan oleh doktor di hospital.
Ubat ini digunakan untuk menenangkan, mengurangkan rasa kesedaran dan membius pesakit ketika berlakunya proses pembedahan. Propofol juga digunakan sebagai ubat penenang bagi pesakit ICU yang menggunakan alat bantu nafas. Propofol bertindak dengan cara menurunkan aktiviti otak dan sistem saraf, sehingga mencegah otak untuk memproses rasa sakit.
Ia nyata dan jelas bahawa penggunaan ubat untuk tujuan lain secara haram selain daripada pembedahan dan tujuan perubatan di hospital adalah menyalahi undang-undang di Korea Selatan.
Siasatan lanjut kemudian diteruskan pada 1 Mac dimana Perkhidmatan Forensik Kebangsaan kemudian menghantar sampel rambut Yoo Ah In ke unit siasatan dadah Agensi Polis Metropolitan Seoul, hasilnya ia dilaporkan positif kokain dan ketamin.
Rentetan dari kejadian ini, pelbagai sumber media hiburan mengulas bahawa kemungkinan besar Yoo Ah In tidak akan kembali ke industri perfileman. Filem yang dibintanginya dan dijadualkan penayangannya ‘The Match’ dan siri asal Netflix ‘Goodbye Earth’ serta penggambaran yang akan datang untuk sekuel drama bersiri Netflix ‘Hellbound’ musim 2 telah ditangguhkan.
Selain drama, pembabitan Yo Ah In dalam karier perfileman juga telah menaikkan lagi namanya apabila dia mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk lakonannya dalam filem “Burning”. Filem-filem lain yang dibintanginya termasuklah juga #Alive (2020), Seoul Vibe (2022), Veteren (2015), Voice of Silence (2020) dan banyak lagi.

3185DEE3 B454 480F BDDA 61AF46F27240 41AAC05C 7339 4007 AF48 FA51C82B70CE BEB7D1EC 5ED3 41D6 852C A0AFBFF20461

Yoo Ah In terkenal dengan fleksibilitinya, kerana dia mampu memainkan pelbagai peranan dalam genre dengan mudah daripada drama dan percintaan sehinggalah kepada thriller dan komedi. Selain daripada peranannya dalam filem dan rancangan TV, Yoo Ah In juga telah muncul dalam pelbagai rancangan dan dokumentari.
Baca Lagi: 5 Drama Korea Seperti Alchemy of Souls untuk Ditonton
Baca Juga: Paper Moon Kdrama Baharu Bakal Menggegar