Home Entertainment Taecyeon Bernaung di bawah Agensi Sama Dengan Tom Holland

Taecyeon Bernaung di bawah Agensi Sama Dengan Tom Holland

0
Taecyeon 2PM kini bernaung di bawah agensi yang sama dengan Tom Holland!!
7E97D5F7 3BAE 4E5D AC85 4CDAEBF2D07ETaecyeon 2PM telah menandatangani kontrak dengan sebuah agensi di Amerika Syarikat. Pihak pengurusan Taecyeon di Korea iaitu 51K, mengumumkan bahawa artisnya telah bergabung dengan WME (William Morris Endeavour).

593F0D9A 26A9 41C7 8BE3 3EA328984695

WME sendiri merupakan sebuah agensi naungan bagi selebriti terkenal seperti pengarah filem Quentin Tarantino, pengarah Ridley Scott, Matthew McConaughey, Tom Holland, Michael B. Jordan, Park Chan Wook, pengarah Bong Joon Ho, dan pelakon wanita Bae Doona.
Pihak 51K memberi kenyataan rasminya bahawa pihak mereka berasa bangga kerana boleh bergabung dengan WME, kini anggota kumpulan 2PM ini boleh mendapat pengalaman yang lebih luas dalam bidang lakonan.

8359DC9C 4B15 415F 817F AD3D5E76A8C7

Kami gembira dan bangga kerana Taecyeon akhirnya telah meluaskan jangkauannya sebagai pelakon melalui pelbagai projek termasuk Vincenzo, Hansan: Rising Dragon, dan banyak lagi. Kini dia berjaya menandatangani kontrak ejen formal dengan WME, salah satu gergasi di Amerika Syarikat. Kita perlu terus menyokong kegiatan Taecyeon pada masa depan,” kata agensi tersebut, Isnin (27/2/2023).
Bintang drama siri Dream High ini merasa senang dapat bergabung dengan agensi WME. Dia juga bersedia untuk menerima cabaran baru dalam bidang yang dia sukai.
Saya banyak berbincang dengan ejen lokal. Walaupun tidak mudah untuk menghadapi cabaran baru dalam lingkungan yang asing, saya rasa ini adalah kesempatan yang baik untuk saya belajar lebih banyak,” katanya.
KERJA KERAS
Taecyeon berharap para peminat dapat menantikan projek yang akan datang di bawah naungan WME. Dia akan menampilkan pesona berbeza kali ini.
Saya akan bekerja keras untuk menunjukkan sisi lain diri saya serta pesona baru Ok Taecyeon dalam bidang yang lebih luas.” Katanya lagi.
PROJEK BARU
Sementara itu, pada waktu ini Taecyeon 2PM sedang terlibat dalam produksi kdrama KBS2 bertajuk My Heart Is Beating bersama pelakon wanita terkenal Won Ji An.

EA95B259 5B31 43CC BF98 C92740A60001

My Heart Is Beating adalah drama romantik fantasi mengenai makhluk yang separuh manusia dan separuh pontianak bernama Seon Woo Hyul yang tidak dapat menjadi manusia. Dia mula hidup bersama Joo In Hae, seorang wanita yang menemaninya sehingga ke akhir.
Baca Lagi: Yoo Ah In Positif Kokain dan Ketamin
Baca Juga: 5 Drama Korea Seperti Alchemy of Souls untuk Ditonton