Home Entertainment Menarik Tentang Kim Min Kyu

Menarik Tentang Kim Min Kyu

0
Para peminat drama Korea Selatan pastinya sudah tidak asing lagi dengan drama terbaru iaitu Heavenly Idol yang ditayangkan pada Februari lalu.

3B2EEA9A 4E5E 4CFB 8CFA E5FDE4718942

Kdrama tersebut begitu diminati para penonton kerana dibintangi oleh pelakon ternama seperti Kim Min Kyu. Drama siri ini merupakan drama terbaru Kim Min Kyu dalam dunia lakonan selepas membintangi Kdrama Business Proposal pada tahun 2022.
C5444A10 1A48 4B53 9186 41A2D82C9524
Kim Min-kyu lahir pada 25 Disember 1994 merupakan seorang pelakon Korea Selatan yang dikenali ramai dan semakin berjaya mencipta nama. Dia terkenal dengan penampilannya dalam program variety Crime Scene Musim 3 dan mendapat pengiktirafan untuk lakonannya dalam siri televisyen Queen: Love and War (2019-20), Backstreet Rookie (2020), Snowdrop (2021-22) dan Business Proposal ( 2022).
Namanya semakin popular dan kini dia sudah mempunyai golongan peminat sendiri. Bukan hanya tampan, Kim Min Kyu juga menyimpan beberapa info menarik mengenai dirinya. Jom kita semak fakta menarik yang perlu diketahui oleh setiap peminat.

1. Pernah merancang untuk menjadi bintang idol

B3788B07 BB56 49C9 B73D 14B4DE8AD9C3

Sebelum terkenal sebagai pelakon, Kim Min Kyu pernah menyertai casting untuk menjadi penyanyi ataupun idol Korea. Min-kyu menceritakan tentang kenangan gembira ini dalam sebuah wawancara dengan Showbiz Korea, dan berkongsi bahwa dia telah menolak tawaran untuk menjadi bintang idol tersebut. Dia mengakui bahawa dia bukanlah seorang penari yang hebat dan tidak pernah bermimpi untuk mengeluarkan album dengan namanya.

2. Pernah menyanyi untuk soundtrack drama

73F8E015 AE57 4541 AE96 27DE4406795E

Bukan sahaja pernah merancang untuk menjadi bintang idol, Kim Min Kyu juga diketahui pernah terjun ke dunia nyanyian. Pelakon yang kini berusia 28 tahun itu pernah menyanyi dua soundtrack drama yang dibintanginya sendiri iaitu Drawing Paper untuk Special Laws of Romance dan Answer untuk Drunk in Good Taste. Lagu soundtrack yang dinyanyikan olehnya membuktikan bahawa Min Kyu juga memiliki bakat dalam dunia seni suara.

3. Pecinta Kucing
330DB2B4 BD78 44F0 815F 385C6828117A scaled

Sudahlah tampan, pelakon ini juga sangat menyayangi binatang pula. Kim Min Kyu sebenarnya merupakan salah seorang pecinta kucing. Kim Min Kyu memiliki dua ekor kucing berbulu pendek bernama Sian dan Shami. Dia sering memuat naik dan berkongsi gambar-gambar kedua-dua kucing kesayangannya itu di laman media sosial miliknya. Dia kelihatan bahagia dan seronok berkongsi kehidupan sehari-harinya bersama kucing peliharaannya.

4. Mempunyai cita-cita untuk menjadi perenang

8785CCB0 C70C 4A3A A2F8 CBA8E951C147

Siapa pernah menyangka jika Kim Min Kyu rupa-rupanya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang perenang. Cuba lihat postur badan Kim Min Kyu yang sangat atletik dan mencerminkan dirinya yang gemar berolahraga, termasuk acara renang. Jejaka berzodiak capricorn ini mengaku dia gemar melakukan gaya bebas dan berenang selama hampir 10 tahun. Dia juga menunjukkan kepakaran renangnya dalam sebuah rancangan variety show Cool Kiz On The Block.

5. Pernah bergandingan bersama Nam Joo Hyuk
C6B1BEC2 4F3C 47D7 BCAF A2DCF1753DF6 144AC0F8 A49C 48E5 9A91 DC2B6C3CB66B

Satu lagi fakta menarik tentang Kim Min Kyu adalah pelakon ini pernah bergandingan dengan pelakon ternama Korea Sealatan iaitu Nam Joo Hyuk. Mereka berdua bergandingan dalam projek drama Korea Selatan popular iaitu, Who Are You: School pada tahun 2015.

Baca Lagi: Yoo Ah In Positif Kokain dan Ketamin

Baca Juga: Taecyeon Bernaung di bawah Agensi Sama Dengan Tom Holland