Home Entertainment Ji Chang Wook bakal menerima Anugerah 12 Mac 2023

Ji Chang Wook bakal menerima Anugerah 12 Mac 2023

0
Akhirnya pelakon berbakat besar dari Korea Selatan iaitu Ji Chang Wook bakal menerima anugerah di peringkat Asia apabila dia dijadualkan akan menerima anugerah dan penghargaan pada acara Anugerah Filem Asia yang akan mengambil tempat di Hong Kong.
9FC4F29B 1ADB 4755 8405 B44F89749673Penghargaan untuk pencapaian kerjaya dan bakat Ji Chang Wook itu akan diterima oleh pelakon tersebut dalam acara Anugerah Filem Asia ke-16 yang bakal berlangsung di Muzium Istana Hong Kong pada 12 Mac nanti.
Sejak melakukan debut pada tahun 2008, Ji Chang Wook telah berlakon dalam pelbagai genre drama siri dan juga filem. Pelakon serba boleh ini pada mulanya menarik perhatian melalui lakonannya dalam drama siri yang bertajuk Smile Again pada tahun 2010.

BC749F53 87B5 40B0 9974 7A3C96B45FF8

Kemudian pelakon ini sekali lagi muncul dalam drama siri bergenre historikal yang bertajuk Warrior Baek Dong-soo, drama siri yang sangat berjaya iaitu Bachelor’s Vegetables Store dan sebuah drama siri yang sangat melodramatik iaitu Five Fingers.
Ji Chang Wook telah mendapat pujian ramai pengkritik dan turut memenangi anugerah MBC untuk lakonannya yang sangat berkesan sebagai Maharaja Tonghon Temur dalam drama siri The Empress Ki pada tahun 2013.
F909394B 3FDB 47A0 A966 B55DD793C494Selepas kejayaan membawa watak sebagai Maharaja Tonghon Temur dalam drama sejarah The Empress Ki, nama Ji Chang Wook makin melonjak naik dan menjadi buruan para produser daram siri mahupun filem. 
Pelakon ini berjaya dengan gemilang melalui beberapa drama siri lain seperti Healer, Backstreet Rookie, The Sound of Magic, Lovestruck in the City, dan juga If You Wish Upon Me. Bukan sahaja berbakat dan sentiasa dikehendaki dalam drama siri Korea Selatan, pelakon hebat ini juga pernah muncul dalam drama siri berbahasa Mandarin yang bertajuk The Whirlwind Girl 2 dan juga Mr. Right.
Baca Lagi: Moon Gyeun Young Buat Comeback Dalam Hellbound 2
2973E810 0634 4578 90A7 8F2D8B4C0DE0Kerja-kerjanya dalam drama siri telah banyak membuahkan hasil dan menyebabkan Ji Chang Wook berjaya merangkul pelbagai anugerah dan turut menerima pencalonan dalam acara anugerah berprestij di Korea Selatan.
Ji Chang Wook pernah tercalon dalam Anugerah Seni Baeksang untuk wataknya sebagai seorang remaja yang diperangkap dengan kes pembunuhan dalam filem Fabricated City. Selain itu Ji Chang Wook juga aktif dalam bidang teater muzikal dan selalu berlakon untuk pementasan teater tersebut.
Ji Chang Wook juga pernah menyumbangkan suara untuk beberapa soundtrack drama siri lakonannya seperti, dan yang paling terbaru dia telah menyumbangkan suara untuk soundtrack drama siri The Sound Of Music pada tahun 2022.
Secara keseluruhannya, Anugerah Filem Asia ke-16 kali ini melibatkan 30 buah filem dari 22 buah negara dan mereka bersaing untuk merebut 16 buah anugerah yang tersenarai. Ramai nama-nama yang tercalon akan hadir ke acara anugerah tersebut untuk mewakili filem-filem mereka.

BDD8420B 8906 4D5C 9E45 CBFAFAF1A8D2

Drive My Car iaitu sebuah filem dari Jepun telah tercalon untuk 8 anugerah dan akan diwakili oleh calon-calon seperi calon Pengarah Terbaik iaitu Hamaguchi Ryusuke, calon Pelakon Lelaki Terbaik iaitu Nishijima Hidetoshi, calon Pelakon Pembantu Lelaki terbaik iaitu Okada Masaki dan ramai lagi.
Selain itu filem Korea Selatan iaitu Decision to Leave turut tercalon dalam kategori filem terbaik dan akan diwakili oleh calon Pelakon Lelaki Terbaik iaitu Park Hae Il dan pasukan produksi yang lain yang tersenarai sebagai calon.
Tidak sabar rasanya untuk melihat Ji Chang Wook naik ke atas pentas dan menerima penghargaan atas pencapaian kerjayanya selama ini di Anugerah Filem Asia ke-16 kali ini.
Baca Juga: The Good Man Kdrama Terbaru Lee Dong Wook