Home Entertainment Hailey Bieber Obses dan Meniru Selena Gomez?

Hailey Bieber Obses dan Meniru Selena Gomez?

0
Kebelakangan ini laman sosial TikTok sedang begitu hangat dan trending memaparkan video-video tentang Hailey Bieber dan Selena Gomez.
Dikhabarkan video-video viral tersebut adalah tentang bertelingkahan antara Hailey Bieber dan Selena Gomez, selepas Kylie Jenner memuatnaik satu video seolah-olah sedang mempersendakan bentuk kening Selena Gomez.
Video yang dimuatnaik oleh Selena Gomez pada bulan lepas (Februari) menunjukkan yang Selena telah tidak sengaja terlebih ukir dan menyolek keningnya sambil berkata, “Ia adalah kemalangankita semua pernah berada disituasi ini”. Tidak berapa kemudian, Kylie turut memuatnaik satu foto keningnya sendiri yang meyerupai bentuk kening Selena di Instagram dengan “caption”, “Ini dikatakan kemalangan?????”.

9DD535AB 9E40 425E 8506 685B2D04D6B6

Drama tidak terhenti disitu sahaja, Kylie meneruskan sindiran kasarnya itu dengan memaparkan “skrin shot” panggilan Face Time dengan kawan baiknya Hailey Bieber yang menunjukkan kening mereka masing-masing di laman Instagram Kylie.

0E2310F2 21BF 46D3 9DDF D8EAA01F348C

Kylie Jenner cuba menafikan bahawa video itu tiada kaitan dengan Selena Gomez dan ia hanya secara kebetulan sahaja, tetapi para peminat Selena Gomez mempunyai pandangan berbeza.
Peminat-peminat Selena Gomez berang dan mula melontar pelbagai komen meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap video Kylie Jenner tersebut, dan setelah itu satu persatu video tentang Hailey Bieber meniru Selena Gomes pula mula tular dan berlegaran dengan begitu liarnya di semua platform media sosial.
Melalui salah satu video klip Tiktok yang menggunakan nama @protectselgomez, mereka berkongsi foto-foto Selena Gomez dan Hailey Bieber yang menunjukkan persamaan antara dua selebriti ini.

7ACDCFAF C6B3 4F0D B227 28A2D7A640B7 ED506195 3506 47F9 86CC 5E2C72432FEC 6E710250 A9D4 4526 BC36 953D9FCD7140 F3072114 891E 47FD AA82 FC320CA95C04

Ternyata foto-foto itu semua menggambarkan betapa Hailey Bieber begitu obses sehingga meniru segala bentuk perlakuan, perbuatan, percakapan, fesyen, tatu, malah sehingga ke rancangan masakan yang dikendalikan di Youtube Channel oleh Selena Gomez pada 2020, “Selena + Chef”. Hailey juga turut membuat satu rancangan masakannya sendiri di Youtube Bieber 2022, “What’s In My Kitchen”.
Sumber Video: https://vt.tiktok.com/ZS8QnxRjV/
66616875 1B17 4F11 A054 F53DF0A8FF96 54F784DE 8AE1 4482 BA20 B00391C23404Melalui satu hantaran Tiktok yang sedang hangat juga menunjukkan Hailey Bieber sedang memperlekehkan kawan baik Selena Gomez, Taylor Swift. Ia berlaku ketika Hailey dan penyanyi Rap Method Man bersama menjadi hos rancangan lamanya “Drop The Mic”, Method Man menyebut nama Taylor Swift, dan Hailey membalas dengan menjolokan jari ke dalam mulut dan menjelirka lidah seolah menunjukkan Hailey tidak menyukai Taylor.
Selena kemudian membalas kilip itu dengan memberitahu para peminatnya bahawa kawan-kawannya adalah perkara yang terbaik pernah berlaku dalam hidupnya.
Selain drama, satu persatu perbandingan lain yang didedahkan oleh para peminat Selena Gomez membuatkan drama ini berterusan dan tular selama berminggu kebelakangan ini.
Namun banyak bukti dan sokongan yang tidak terhingga dari para peminat kepada Selena Gomez, ini terbukti apabila penjualan produk kecantikkan Kylie dan Hailey mula merosot, pengikut mereka juga semakin berkurangan dan mula membanjiri dan mengikuti laman sosial milik Selena Gomez yang kini telah mencecah 395 juta pengikut di Instagramnya.
Selena Gomez juga memiliki laman Instagram untuk tips-tips kecantikkannya dan merupakan founder untuk produk “Rare Beauty”, akaun Rare Beauty ini telah diikuti oleh 4.7 juta pengikut!
Sumbar Instagram: https://instagram.com/rarebeauty?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Dua tahun kemudian setelah pelancaran produk Selena, Hailey juga melancarkan produk kosmetiknya “Rhode Skin” pada 2022. Namun kerana perselisihan ini, Hailey telah kehilangan hampir 1 juta pengikut di Instagram dalam 1 minggu. Gelaran “GADIS JAHAT” juga menjadi miliknya kini.
Apa pendapat anda, adakah benar Hailey meniru Selena atau ia hanya berlaku secara kebetulan sahaja?
Baca Lagi: Steven Tyler Aerosmith Berdepan Tuduhan Jenayah Seksual Kanak-Kanak

Baca Juga: Artis Terkenal Tolak Jemputan Persembahan Hari Pertabalan Diraja