Home Entertainment The Good Man Kdrama Terbaru Lee Dong Wook

The Good Man Kdrama Terbaru Lee Dong Wook

0

Sinopsis Drama Korea The Good Man, Kdrama Terbaru Lee Dong Wook, Kisah Tawa dan Air Mata

Tidak lama lagi drama siri terbaru Korea Selatan iaitu The Good Man bakal menyapa para peminat setia Kdrama dan para peminat pelakon utamanya iaitu Lee Dong Wook.

DC63F892 71FD 43EE A830 1D9350657618

Kita akan memberi sedikit sinopsis ringkas mengenai terbaru ini The Good Man (2023). The Good Man adalah Kdrama terbaru yang dibintangi oleh Lee Dong Wook. Kdrama The Good Man ini bergenre thriller, pasti ramai para peminat kisah thriller dan misteri tidak sabar-sabar untuk menonton drama siri terbaru ini.
Sebelum ini, pelakon tampan Lee Dong Wook pernah membintangi drama siri Korea popular iaitu Bad and Crazy (2022). Kini ia akan membuat kemunculan lagi dengan membintangi Kdrama The Good Man setelah lakonannya sebelum-sebelum ini telah mencuri perhatian.
Baca Lagi: Kdrama Death’s Game Menggabungkan Barisan Pelakon Luar Biasa
24A0EC07 E5EE 49BF 9C7D 1DE8D9D38543Drama siri Korea terbaru Lee Dong Wook ini dijadualkan akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2023. Selain Lee Dong Wook, Kdrama ini juga dibintangi oleh pelakon wanita cantik dan popular iaitu Ryu Hye Young. Sebuah gandingan yang pasti sangat menjadi antara dua orang pelakon ternama ini.

A7475F9F 3EBD 4E13 9899 25154A2256F6

Maklumat lain mengenai Kdrama terbaru ini ialah siri drama ini diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Song Hae Sung. Naskah asal The Good Man ditulis oleh penulis skrip, Kim Woon Kyung.
Jom kita semak sinopsis dan jalan cerita Kdrama The Good Man yang bakal menggegar tidak lama lagi:
Good Man adalah drama siri aksi dan thriller yang menceritakan tentang kisah Seok Cheol (Lee Dong Wook) yang penuh dengan cerita tawa dan air mata dan jalan cerita dipenuhi dengan peristiwa dan konflik yang sering bergejolak.
Seok Cheol merupakan anak lelaki paling sulung daripada sebuah keluarga gangster yang sudah bertahan sejak tiga generasi memegang kuasa. Seok Cheol perlu untuk keluarga, kerjaya, dan juga cintanya.
Pihak produksi The Good Man meletakkan target untuk menyelesaikan penggambaran pada tahun tahun ini kerana pihak produksi menjadualkan untuk menayangkan Kdrama ini pada tahun 2023 ini juga.

B8A3A7CF 0BE6 4D37 90A1 BF9C95CBA835

Selain dari The Good Man yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, jom kita lihat beberapa Kdrama yang pernah dibintangi oleh Lee Dong Wook:
  • Tale of the Nine Tailed 1938 (2023)
  • Bad and Crazy (2021)
  • Tale of the Nine Tailed (2020)
  • Search: WWW (2019)
  • Strangers From Hell (2019)
  • Touch Your Heart (2019)
  • Life (2018)
  • Guardian: The Lonely and Great God (2016)
  • Bubble Gum (2015)
  • Blade Man (2014)
  • Hotel King (2014)
  • The Fugitive of Joseon (2013)
  • Wild Romance (2012)


Pasti ramai peminat tertunggu-tunggu Kdrama Korea terbaru The Good Man (2023) yang dibintangi Lee Dong Wook ini, demikian sahaja sedikit sahaja maklumat yang berjaya digali daripada beberapa sumber berkenaan Kdrama terbaru ini. Kami akan kemaskini dari masa ke semasa jika terdapat berita terbaru lagi tentang drama ini.

Baca Juga: Song Hye Kyo dan Han So Hee Digandingkan Dalam Siri Thriler The Price of Confession