Home Entertainment 9 Pelakon Korea Yang Masih Mempesona Pada Usia 40-an

9 Pelakon Korea Yang Masih Mempesona Pada Usia 40-an

0
Para selebriti ternama biasanya terkenal kerana kerana bakat lakonan mereka, selain bakat, rupa paras mereka yang tampan dan menawan menjadi faktor mereka digilai oleh para peminat.
Menariknya, para selebriti ini mampu mengekalkan pesona dan aura tampan mereka walau sudah mencecah usia 40an. Semakin tua. Semakin mengancam!
Begitulah gambaran beberapa orang artis yang masih kekal relevan dan laris di pasaran. Tubuh badan tegap dan wajah mereka masih dicari oleh pasukan produksi drama dan filem malahan mereka masih didambakan oleh jenama-jenama mewah untuk dijadikan model dan juga duta produk.
Pelakon-pelakon yang akan kita senaraikan ini mungkin lebih sesuai dipanggil Ahjussi dan bukannya Oppa. Usia mereka memang sudah tidak lagi muda. Masing-masing sudah melepasi usia 40 tahun, namun pesona mereka tidak pernah kalah dengan pelakon baru yang masih muda.
Nampaknya usia matang membuatkan karisma mereka semakin terpancar dan terserlah. Buktinya kerjaya mereka masih kekal utuh walaupun sudah ramai muka baru muncul dan berkecimpung dalam industri hiburan di negara Korea Selatan.
Baca Lagi: Akhirnya Jisoo BLACKPINK Muncul Dalam Debut Solo
Bermula dari Gong Yoo hingga Hyun Bin, berikut ini merupakan senarai pelakon Korea Selatan yang semakin mempesona dan memikat walaupun usia mereka sudah lebih dari 40 tahun.
1. Gong Yoo (43 Tahun)

91EB5286 D193 4B39 BC2F AD37372082A3

Pelakon pemilik asal nama Gong Ji-cheol ini selalu kelihatan sangat awet muda, sejak tampil sebagai pengurus kafe di 1st Shop of Coffee Prince pada tahun 2007 sehinggalah ketika berlakon dalam Kim Ji-young: Born 1982, dia berjaya memukau ramai peminat. Senyum manisnya langsung tidak berubah.
Dia sentiasa diingati dengan rupa paras menawan dan tubuh badan tegap dengan ketinggian 184 cm. Jejaka yang dilahirkan pada 1979 ini sudah berusia 43 tahun. Dia muncul dalam filem Seo Bok (2021), Train to Busan (2016), The Suspect (2013) dan banyak lagi filem-filem terkenal Korea Selatan.
2. Go Soo (44 Tahun)
CED448A7 9F79 46C9 9B83 976C218FE7D1Pelakon kacak ini memulakan kerjaya dari lakonan drama. Namanya mulai meletup sejak membintangi Piano, lalu disusuli dengan Marrying a Millionaire, filem White Night, dan yang terbaru seterusnya Money Game pada tahun 2020. Nama Go Soo disebut-sebut lagi pada tahun 2023 apabila pelakon kacak ini muncul kembali dalam sekuel Missing the Other Side.
Go Soo mendirikan rumah tangga dengan Kim Hye-yeon, seorang pelajar seni yang merupakan sebelas tahun lebih muda daripadanya. Mereka mula berkenalan pada tahun 2008 dan merasmikan hubungan dengan perkahwinan pada tahun 2012. Pasangan ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
3. Song Seung-heon (46 Tahun)

0B623B5F 1AE1 4F27 98A5 0BA6ABFA1403

Pada usianya yang menjangkau 46 tahun seperti sekarang, garis-garis kedutan belum kelihatan di wajah pelakon Song Seung-heon. Pelakon yang mula mencipta nama sejak tampil bersama Song Hye-kyo dalam siri drama Autumn In My Heart (Endless Love) ini masih kelihatan seperti berusia dalam lingkungan 30-an. Hanya kematangan sikapnya sahaja yang tampak berbeza daripada pelakon-pelakon yang lebih muda.
Pelakon dengan ketinggian 180 cm ini membuat come back dengan drama komedi bernuansa politik bertajuk The Great Show pada tahun 2019. Kemudian dia turut berlakon dalam Shall We Eat Dinner Together (Dinner Mate). Paling terbaru pelakon kacak ini bakal muncul dalam filem terbaru iaitu Hidden Face yang dijangkakan akan ditayangkan pada tahun ini, 2023.
4. Park Hae-joon (46 Tahun)
48C8B8AC 8112 4E6C A2CF F4727A118CFCPelakon dengan ketinggian 185 cm ini menjadi bualan hangat pada tahun 2020 apabila dia membawa watak sebagai Lee Tae-oh dalam drama siri yang viral iaitu World of The Married Couple. Wajah kacaknya juga turut boleh disaksikan dalam drama siri Misaeng: Incomplete Life (2014), Fourth Place (2015), My Ahjussi (2018), dan Arthdal Chronicles (2019). Pada tahun 2023 ini, pelakon ini bakal muncul dalam drama siri terbaru yang bertajuk You Have Done Well.
5. Shim Hyung-tak (45 Tahun)

F6596DEE 67C8 4EC1 B18B ED1F153B0677

Pelakon ini memang belum pernah membawa watak sebagai pelakon utama, namun kehadirannya sering membawa warna tersendiri dalam pelbagai siri drama. Contohnya dalam drama siri Master of Study, Ad Genius Lee Tae-baek, Let’s Eat, dan Touch Your Heart. Berbadan tinggi lampai, wajah tampan, serta suaranya yang mempesona memang memang membuatkan para peminat jatuh hati.
6. So Ji-sub (45 Tahun)
B79E35B3 C595 47EB 9CEF 2D203A519858Pasti tidak ramai yang mengetahui bahawa pelakon kacak So Ji-sub pada awalnya adalah seorang atlet renang kebangsaan Korea Selatan. Dia sudah berkecimpung dalam sukan renang tersebut selama sebelas tahun sebelum terjun ke dunia lakonan. Lakonan hebatnya boleh disaksikan dalam What Happened in Bali (2004), I’m Sorry, I Love You (2004), Cain and Abel (2009), Phantom (2012), Master’s Sun (2013), dan Oh My Venus (2015).
Selain menjadi pelakon, So Ji-sub juga meminati bidang muzik. Dia adalah seorang penyanyi rap yang sudah mengeluarkan album hip-hop dengan nama samaran G.
7. Won Bin (45 Tahun)
08DF6EE0 824F 45D9 8C77 A5BF98E8A6E6Pelakon kacak ini pertama kali mempesona dan menyapa para peminat Kdrama melalui drama siri Autumn In My Heart (Endless Love). Walaupun namanya sangat dikenali di Asia, dia sangat selektif dalam memilih watak. Setakat ini dia baru sahaja membintangi enam buah drama siri dan lima buah filem. Sebahagian besar waktunya didedikasikan untuk kegiatan sosial sebagai duta UNICEF.
Won Bin telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lee Na-young pada tahun 2015. Mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata. Sudah 13 tahun Won Bin menyepikan diri dari dunia lakonan, dia hanya aktif dalam dunia peragaan dan iklan sahaja.
8. Lee Dong-wook (41 Tahun)
E9970E5F 3DA5 482E 95D4 3338D5465FB8Sukar untuk mempercayai bahawa pelakon kacak ini kini sudah mencapai usia 41 tahun. Pelakon ini masih melakukan adegan stunt sendiri dalam setiap drama siri dan filem lakonannya. Wajahnya sering nampak muda dan tiada siapa sangka bahawa pelakon ini kini sudah berada di era 40-an.
Lee Dong-wook terkenal menerusi filem A Year-End Medley (2021) dan beberapa siri drama seperti Bad and Crazy (2021-2022), Tale of the Nine Tailed (2020) dan banyak lagi.
9. Park Hae-soo (41 Tahun)

63132285 A440 4365 8351 3A00FBFF2A14

Park Hae-soo mendapat pengiktirafan dunia melalui lakonannya dalam siri Netflix Squid Game. Sebelum dia tampil dalam Squid Game bintang ini telah muncul dalam pelbagai filem dan drama siri yang popular.
Park Hae-soo yang berwajah tampan dan bertubuh tegap ini telah mencipta nama dalam pelbagai siri dan filem seperti, Master (2016), Time To Hunt (2020), God of War (2012), Chimera (2021) dan juga banyak lagi.
Baca Juga: Rating 8 Kdrama Pada Mac 2023