Rating Kdrama terbaru Taxi Driver 2 mencatat rekod tertinggi pada episod 5,dan meraih 13.9 peratus. Kdrama ini melonjak naik pada episod 3 dengan rating 13.2 peratus. Rating Taxi Driver 2 kembali turun turun pada episod 4 dengan mencatat 11.3 peratus.
Sementara itu rating Kokdu: Season of Deity episod 11 lesu pada angka 1.6 peratus dimana lebih rendah berbanding episod 10 iaitu 1.7 peratus. Rating Kdrama terbaru ini sempat mandaki naik pada episod 9 dengan rating 2 peratus. Rating Kokdu: Season of Deity episod 8 jatuh pada angka 1.4 peratus, setelah sempat naik semasa episod 7 dengan perolehan 2.7 peratus.
Rating Kdrama The Heavenly Idol merosot pada episod 6 iaitu 1.4 peratus, setelah melonjak naik pada episod 5 dengan meraih rating 2.1 peratus. Rating The Heavenly Idol episod 4 merosot pada angka 1.6 peratus.
Kdrama terbaru Delivery Man memasuki episod 2, sayangnya perolehan ratingnya merosot pada angka 0.7 peratus.
Walaupun rating Kdrama ini pernah meningkat naik, walaubagaimanapun rating Our Blooming Youth episod 8 merosot pada angka 3.6 peratus. Rating Our Blooming Youth meningkat pada episod 7 dengan mencatat 4.2 peratus, dan direkodkan menurun pada episod 6 sebanyak 3.4 peratus. Pada penayangan episod 5, rating Our Blooming Youth tetap sama dengan episod 4 iaitu 3.6 persatu.
Brain Works mengakhiri penayangannya dengan rating yang melonjak naik pada angka 4.3 peratus. Rating Brain Works merosot pada episod 15 dengan meraih 3.4 peratus dan episod 14 juga turun pada angka 4 peratus. Perolehan rating Brain Works episod 13 melonjak naik dengan mencatat purat 4.3 peratus.
Pada episod 14, rating Crash Course in Romance meningkat mendadak pada angka 14.3 peratus. Rating Crash Course in Romance episode13 merosot pada angka 11.4 peratus dan pada episod 12 kembali naik menjadi angka 13 peratus.
Three Bold Siblings kembali mencatat rating tinggi pada episod 46 iaitu 27.6 peratus, sebelum itu rating drama tersebut merosot jatuh. Rating Three Bold Siblings episod 45 merosot pada angka 25.2 peratus, walaupun sebelumnya meningkat mendadak pada angka 27.2 peratus pada episod 44.