Home Entertainment Debut Hollywood Jennie BLACKPINK Indah Khabar Dari Rupa

Debut Hollywood Jennie BLACKPINK Indah Khabar Dari Rupa

0
Jennie BLACKPINK akhirnya berjaya muncul untuk debut di Hollywood. Penyanyi rap kumpulan BLACKPINK itu dipilih untuk membintangi sebuah siri HBO yang bertajuk The Idol. Siri ini juga akan dibintangi oleh artis-artis terkenal dan ternama Hollywood seperti penyanyi The Weeknd, Troye Sivan, anak kepada Johnny Depp iaitu Lily Rose Depp dan ramai lagi.

65D8D99A 7577 4E62 A76D FA4A174F1609 7054C8EF 71D5 40A8 9E51 1555DBFF1FAD

Siri tersebut menceritakan tentang bintang pop di Hollywood yang terperangkap dan terjerat dengan pelbagai skandal sepanjang perjalanan karier untuk mendaki ke puncak populariti. HBO telah melepaskan sebuah klip pendek (teaser) siri ini pada 17 July 2022. Kelihatannya siri HBO terbaru ini bakal mengenengahkan tentang penyalahgunaan dadah, seks bebas dan juga ketamakan.
Siri HBO yang akan datang ini bakal menampilkan BLACKPINK Jennie yang tidak membawa watak idola wanita sepenuhnya, sayang sekali watak dan peranannya seolah-olah telah terkeluar dari landasan sepenuhnya.

578D6EF0 8809 4A5D 90BE 792203BCE8BE

Sebelum ini para peminat sangat teruja dan seronok mendengar tentang penampilan BLACKPINK Jennie dalam siri HBO The Idol yang merupakan produksi bintang pop terkenal iaitu The Weeknd.

F2C0A573 96E5 4F68 88B0 081F60F6C5AE

Namun, ada desas-desus mengatakan bahawa karakter Jennie sekarang hanyalah seperti hampir tiada waktu tayang (on screen) dan wataknya seolah-olah tidak penting. Selain itu, Jennie dikhabarkan hanya mempunyai 3 hingga 4 baris dialog sahaja untuk satu episod.
Menurut sumber Rolling Stone, terdapat orang dalam produksi yang membocorkan tentang peranaan Jennie, “mereka tidak memberinya skrip yang banyak. Tugasnya adalah duduk di sana dan perlu kelihatan cantik, pada dasarnya.”
Perkara yang lebih mengejutkan adalah siri HBO ini seperti sebuah “mimpi buruk” apabila jalan cerita ini telah bertukar menjadi “liar dan menjijikkan dan tersasar dari landasan cerita kerana olahan pengarahan.

D284E47E AF9A 4B02 8C9B DAA3A5A72AC7

Menurut petikan artikel dari portal Rolling Stone, dinyatakan bahawa pengarah Levinson telah memotong kebanyakan adegan asal siri tersebut dan membuat siri “The Idol” menyerupai sebuah siri “porno penyeksaan seksual” yang menceritakan tentang kisah seorang jejaka yang boleh memperlakukan wanita sesuka hatinya.

2B8DC4D9 6B1C 44B1 9922 2534039FE542

The Idol yang kini diarahkan oleh Sam Levinson dan The Weeknd berkisar mengenai seorang superstar pop Jocelyn (Lily-Rose Depp) yang perlu menempuh pelbagai halangan untuk menjadi seorang bintang dan pada masa yang sama menyiasat sebuah kes misteri.

76D586F1 E32A 4242 B4B1 4EDC50FD1950Terdapat seorang pemilik misteri sebuah kelab malam popular di LA yang secara diam-diam menjalankan aktiviti ajaran sesat. Siri HBO itu dimaklumkan telah terpesong jauh dari idea asalnya selepas pengarah asal iaitu Amy Seimetz menarik diri dari projek tersebut setelah menyelesaikan hampir 80 peratus proses penggambaran.

Adakah Jennie BLACKPINK bakal menyerlah dalam siri terbaru HBO ini? Berdasarkan beberapa sumber, gadis cantik manis itu hanya dieksploitasi untuk menjadi simbol seks sahaja dalam siri The Idol tersebut.
Baca Lagi: Song Hye Kyo dan Han So Hee Digandingkan Dalam Siri Thriler The Price of Confession
Baca Juga: Putera Harry dan Meghan Markle Isytihar Muflis?