Home Entertainment Akhirnya Jisoo BLACKPINK Muncul Dalam Debut Solo

Akhirnya Jisoo BLACKPINK Muncul Dalam Debut Solo

0
Salah seorang ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Jisoo telah mengumumkan bahawa dia akan muncul dalam debut solonya. Kemunculan solo buat pertama kali ini sudah lama dinantikan oleh para peminat Jisoo. Jisoo BLACKPINK berkongsi gambar poster projek solo pertamanya itu melalui satu hantaran di laman Instagram rasmi miliknya.

B5D4253F 2AE4 4203 8D67 A09A9AF2F343

Penyanyi yang kini berusia 28 tahun itu mendedahkan bahawa muzik solonya akan dilancarkan pada 31 Mac 2023. Hantaran tersebut yang dibuat pada 6 Mac 2023 yang merupakan pengumuman debut projek solo Jisoo turut dikongsikan di laman rasmi akaun Instagram label BLACPINK iaitu YG Entertainment.
Baca Lagi: Debut Hollywood Jennie BLACKPINK Indah Khabar Dari Rupa
Pada bulan Januari 2023, syarikat muzik YG Entertainment pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Jisoo sedang giat membuat persiapan untuk projek solonya yang akan dilancarkan pada tahun 2023. Selepas itu, diketahui juga bahawa Jisoo turut menjalankan penggambaran muzik videonya di luar negara.
A588FEE3 4DF0 4CF8 AC67 F13596D7D2C6

Apa yang diketahui mengenai debut solo Jisoo kali ini:

Poster muzik solo Jisoo menunjukkan latar desa yang menghijau. Poster solo Jisoo menunjukkan hamparan kawasan padang rumput yang luas menghijau dengan gambaran bukit bukau di kejauhan dan keindahan suasana sebelum tibanya waktu subuh. Kelihatan sehelai kain berwarna merah berada di atas padang hijau tersebut.
Perkataan “coming soon” (akan datang) dengan nama Jisoo dan tarikh pelancaran muzik solo tersebut turut sama dipaparkan pada poster berkenaan. Jisoo menaip kata-kata hantaran “jumpa nanti” pada laman Instagram miliknya mengungkapkan tentang projek solo pertamanya itu.
Tiada maklumat lanjut melainkan hantaran Instagram yang telah dibuat oleh Jisoo dan syarikat muziknya. Jisoo dan YG Entertainment masih meninggalkan tanda tanya buat para peminat berkenaan projek muzik solo pertamanya ini.
1BED163A 3AD2 454A 833C 7EF6FF32387BJisoo merupakan duta produk jenama antarabangsa ternama dan terkenal iaitu Dior adalah merupakan ahli kumpulan terakhir BLACKPINK yang muncul dengan projek muzik solonya. Sebelum ini tiga orang lagi anggota BLACKPINK telah berjaya mengeluarkan muzik solo mereka masing-masing.

40209C2F 0598 4D4C A8FE 12992C80AEE8

Jennie adalah anggota kumpulan pertama yang telah mengeluarkan muzik video solo, debut solonya bertajuk SOLO telah dilancarkan pada bulan November 2018. Kemudian Rose pula muncul dengan dengan solo pertamanya pada bulan Mac 2021 dengan album yang bertajuk R.
Lisa adalah ahli kumpulan BLACKPINK yang ketiga mengeluarkan solo sendiri, album yang bertajuk Lalisa telah dilancarkan pada bulan September 2021 dan merupakan kejayaan besar buat Lisa kerana penjualan album tersebut telah berjaya memecahkan beberapa rekod sedia ada sebelum ini.
9812CE0A 96F9 43C9 818B 81C9A108EAECSementara itu Jisoo berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan membuat kemunculan pertama sebagai cameo dalam drama siri The Producers pada tahun 2015 sebelum berjaya mendapat watak utama dalam drama siri bertajuk Snowdrop pada tahun 2021.

F7283E23 8238 483C 975D 98517509532C

Baca Juga: 9 Pelakon Korea Yang Masih Mempesona Pada Usia 40-an