Home News 11 Kdrama Netflix Dengan “Open Ending”, Perlu Musim 2?

11 Kdrama Netflix Dengan “Open Ending”, Perlu Musim 2?

0

Pada 30 Jun 2023 Netflix telah menyiarkan Kdrama tentang kehidupan influencer (pempengaruh) yang berjudul Celebrity.

Kdrama siri tersebut membawa genre thriller misteri yang dimulakan sebuah live streaming (siaran langsung) yang dilakukan oleh seorang influencer terkenal yang diberitakan sudah meninggal dunia.

Kdrama siri ini berakhir dengan Seo A Ri (Park Gyu-young) yang memutuskan untuk keluar dari dunia selebriti Instagram. Namun, muncul pula seorang pekerja pembersihan (Lee Jun Ho) yang melihat iPad Seo A Ri. Penonton masih lagi tertanya-tanya tentang maksud di sebalik babak itu dan ramai juga peminat yang menginginkan drama siri tersebut supaya dilanjutkan ke musim kedua.

Sayangnya, pasukan produksi belum mengumumkan adakah Celebrity akan diteruskan ke musim selanjutnya. Sama juga halnya dengan pasukan produksi dari Kdrama siri Netflix berikut ini.

11 Kdrama siri Korea ini berakhir dengan open ending (pengakhiran tergantung), tetapi masih belum ada sebarang maklumat tentang kelanjutan musim seterusnya. Jom sama-sama kita lihat senarai Kdrama Netflix dengan open ending yang memerlukan musim kedua seperti di bawah ini:

1. Celebrity (2023) berakhir dengan kemunculan Lee Jun Ho. Penonton teruja dengan kisah seterusnya para influencer, terutama Seo A Ri (Park Gyu Young)

Kdrama
2. Walaupun muncul dengan dua bahagian, The Glory (2022—2023) membuatkan penonton tertanya-tanya dengan kisah balas dendam yang dilakukan oleh Joo Yeo Jeong (Lee Do Hyun)

594b2340 f457 474d 8ac3 b0fe4a8f354c
3. A Model Family (2022) mengakhiri kisah dengan telefon misteri yang diterima oleh Park Dong Ha (Jung Woo). Penonton masih berteka-teki mengenai adegan tersebut

a20af259 1a51 4251 819f 3940c5422fcf
4. Berakhir dengan open ending, para pelakon drama siri Move to Heaven (2021) juga menginginkan musim kedua seperti para penonton setia!

ab9d2a71 894d 4c74 8a1d 2b2e804894f2
5. Misteri hilangnya Ri Eul (Ji Chang Wook) kerana magik membuatkan penonton menantikan musim kedua untuk drama siri The Sound of Magic (2022)

471fa304 03a5 4c5c b827 50e1232b2bcd
6. Penonton Narco-Saints (2022) juga tertanya-tanya dengan maksud kenyataan Jeon Yo Hwan (Hwang Jung Min) mengenai bola bertanda tangan atlet

20581b07 e876 4c33 bf7c 47213816b302
7. Buat makin tertanya-tanya, Extracurricular (2020) berakhir dengan dua watak utama yang menghilang setelah disyaki sebagai pembunuh

f3981846 22de 473e b576 3a65f9d5544b
8. Remarriage & Desires (2022) berakhir dengan kemunculan Park Ji Hoon yang menawarkan bantuan kepada Choi Yoo Sun (Cha Ji Yeon)

9a79040a 46c9 4431 8c59 38b2867b1ac1
9. Kejayaan misi untuk memulihkan bencana kurangnya air di bumi dan nasib akhir mereka yang selamat dalam The Silent Sea (2021) juga masih menjadi tanda tanya

0417cf74 19e4 436a bc26 d341e0d0eafd

10. Epilog drama Glitch yang menampilkan adegan Lee Si Kook (Lee Dong Hwi) melihat makhluk asing juga dianggap boleh menjadi satu anjakan untuk melanjutkan drama siri ini ke musim kedua

388507ed 7e0a 44b3 b8a8 81e5c75d68d3
11. Somebody (2022) mempersoalkan nasib Kim Sum (Kang Hae Lim) setelah melakukan pembunuhan terhadap Sung Yun O (Kim Young Kwang)

4ee0c341 0092 4d27 933a b49b54d02623
Akhir kisah yang tergantung membuatkan ramai penonton berharap supaya diwujudkan musim kedua untuk semua 11 Kdrama yang tersenarai di atas. Namun, hingga saat ini, belum ada pengumuman tentang musim kedua dari pihak pasukan produksi. Kita tunggu saja, ya!

Baca lagi: Kenali 10 Peserta Nineteen to Twenty, Reality Show Terbaru Netflix
Baca juga: Kod Netflix: Cara Akses Filem dan Siri Tersembunyi
Baca lagi: “Celebrity” Akan Ada Musim 2? Masih Ada Teka-Teki?