Home Entertainment Kenali 10 Peserta Nineteen to Twenty, Reality Show Terbaru Netflix

Kenali 10 Peserta Nineteen to Twenty, Reality Show Terbaru Netflix

0

Nineteen to Twenty (2023) merupakan reality show baru yang ditayangkan di Netflix bermula 11 Julai 2023.

Reality show Nineteen to Twenty ini menampilkan 10 orang peserta yang berusia 19 tahun yang akan menghabiskan masa tujuh hari bersama sebelum masuk ke usia 20 tahun.

Dalam Nineteen to Twenty ini, mereka menikmati momen terakhir sebagai remaja berusia 19 tahun di sebuah sekolah ciptaan yang dikenali sebagai School 19. Semua peserta akan pergi ke House 20 untuk meraikan usia 20 tahun mereka.

Jom kenali semua remaja yang mencuri perhatian dalam Nineteen to Twenty ini:

1. Moon Se Yeon

Nineteen to twenty● Nama: Moon Se Yeon
● Umur: 19 tahun
● Kerjaya: Atlet ping pong
● Pencapaian: Kejuaraan Kebangsaan Remaja 2022

Moon Se Yeon adalah anggota Pasukan Kebangsaan Korea Selatan. Dia bergabung dengan pasukan ping pong Jecheon pada tahun 2023. Dia ingin memenangi liga profesional. Moon Se Yeon mengaku bahawa dia adalah seorang yang pemalu apabila bertemu dengan orang baru. Apabila berusia 20 tahun, Moon Se Yeon ingin mengubah dirinya agar lebih bertanggung jawab sebagai orang dewasa.

2. Lim Jung Yun

4cf46d54 c0c0 4ef3 82a6 4a29b62a43a1● Nama: Lim Jung Yun
● Umur: 19 tahun
● Cita-cita: Pelakon

Pada awalnya Lim Jing Yun ingin menjadi pemain besbol. Dia bermain besbol sejak kecil dan akhirnya bosan dan berhenti. Lim Jung Yun sudah mula berlakon dan mengikuti kelas lakonan. Dia mengaku tidak mempunyai kawan perempuan. Lim Jung Yun hanya mempunyai kawan lelaki sahaja semasa di bangku sekolah. Lim Jung Yun sangat pemalu waktu pertama kali melihat Jeong Seo Yeong dan pelajar perempuan masuk kelas.

3. Jeong Seo Yeong

a0e4501b 12e8 4e70 b593 114768c7de38● Nama: Jeong Seo Yeong
● Umur: 19 tahun
● Cita-cita: Pelakon

Jeong Seo Yeong mengaku sedih, tapi juga merasa senang apabila dia menginjak usia 20 tahun. Perkara paling Jeong Seo Yeong inginkan adalah untuk mendapat kebenaran mengundi dalam pilihan raya. Dia juga mendedahkan bahawa dia teringin untuk melakukan aksi parkir dengan sebelah tangan sambil menoleh ke arah belakang. Jeong Seo Yeong tidak sabar menanti pengembaraannya di School 19.

4. Choi Seo Hyeon

6276fe81 38a7 47ef bfd0 3e36e5dd6a29● Nama: Choi Seo Hyeon
● Umur: 19 tahun
● Cita-cita: Arkitek

Choi Seo Hyeon tidak percaya bahawa tidak lama lagi dia akan menginjak usia 20 tahun. Impian terbesarnya adalah untuk mempunyai teman lelaki apabila dia sambung belajar di kolej nanti. Choi Seo Hyeon digelar sebagai Ratu Cantik di Sekolah Menengah Sangmyung. Choi Seo Hyeon cukup terkenal waktu pertama kali masuk sekolah.
Choi Seo Hyeon ingin menjadi akitek kerana pernah masuk ke studio ayahnya dan melihat model rumah yang cantik. Dia juga suka mengabadikan foto, khususnya foto bangunan.

5. Oh Sang Won

f3bbed9e 411c 42bf b370 bd23769952c2● Nama: Oh Sang Won
● Usia: 19 tahun
● Cita-cita: Jurutera robotik
● Pendidikan: Universiti Sains dan Teknologi Pohang

Oh Sang Won sering dikatakan mirip dengan anjing Golden Retriever. Semuanya adalah kerana Oh Sang Won orangnya ceria dan suka bertemu dengan orang baru. Oh Sang Won merasa kehidupannya sebelum dewasa sangat berharga, karena akan ada banyak perubahan sewaktu dia beranjak dewasa nanti.

Dia sudah menyelesaikan tahun pertama kuliah. Tahun 2023, dia menjadi pelajar peringkat ke dua POSTECH, Universiti Sains dan Teknologi Pohang. Oh Sang Won memulakan kuliah sejak usia 19 tahun, kerana berada di sekolah menengah sains yang memberinya peluang lulus lebih awal kerana dia berjaya masuk dalam 40 peratus pelajar dengan keputusan tertinggi.

6. Noh Hee Ji

56c63f65 cfdb 4ec9 90d1 e8ebf47b93ec● Nama: Noh Hee Ji
● Umur: 19 tahun
● Cita-cita: Jurulatih pilates
● Hobi: Berbasikal, angkat berat, jogging

Noh Hee Ji mengaku dia orang yang mudah bergaul dengan semua orang. Ibu Noh Hee Jin adalah guru pilates, maka dia kerap melakukan pelbagai jenis pilates.


7. Lee Ji Min

08e89700 75b4 4739 9da0 a01e05fc7536● Nama: Lee Ji Min
● Umur: 19 tahun
● Kerjaya: Atlet Taekwondo
● Cita-cita: Instruktur Olahraga

Lee Ji Min mengaku cukup popular di antara kawan-kawan perempuannya. Dia menerima lebih banyak Pepero daripada kawan-kawan lain pada Hari Pepero. Ketika berusia 20 tahun, dia perlu menghadiri kuliah dan tinggal sendiri. Lee Ji Min mengaku cemas kerana perlu tinggal jauh dari ibu bapanya. Tapi dia juga tidak sabar untuk menikmati hidup sendiri.

8. Choi Ye Rin

523b7eec e38f 44d1 afc5 fa99b317d8a2● Nama: Choi Ye Rin
● Umur: 19 tahun
● Cita-cita: Pramugari

Choi Ye Rin adalah jenis orang yang mudah bergaul dengan orang lain. Menurut kawan-kawannya, Choi Ye Rin adalah orang yang sangat boleh diharap. Impian Choi Ye Rin apabila dewasa adalah untuk jatuh cinta, kerana selama ini dia belum pernah menjalin hubungan cinta dengan serius. Choi Ye Rim ingin menceburkan diri ke dunia penerbangan dan menjadi pramugari. Dia ingin bertutur dalam bahasa asing dan bertemu ramai orang. Choi Ye Rim juga suka melakukan pilates.

9. Jeong Ji Woo

89a2a9df 42e6 4082 84e1 46300b4c47d1● Nama: Jeong Ji Woo
● Umur: 19 tahun
● Cita-cita: Pramugari

Jeong Ji Woo tinggal di Hwaseong, Wilayah Gyeonggi. Alasan ingin menjadi pramugari kerana boleh mengenal banyak budaya dan bertemu orang. Dia mengaku cukup popular. Ramai yang memujinya cantik, dan sangat peramah. Jeong Ji Woo juga adalah seorang remaja yang tinggi keyakinan diri.

10. Kim Pyeong Seok

3e99f7dc a438 4609 9456 f72ee9f1dabf● Nama: Kim Pyeong Seok
● Umur: 19 tahun
● Cita-cita: Jurulatih Hapkido

Kim Pyeong Seok berasal dari Daegu. Ayahnya memiliki pusat latihan hapkido, maka dia ingin menjadi jurulatih hapkido. Sejak kecil, dia banyak menyertai pertandingan dan meraih medal. Dia juga pernah memenangi pertandingan seni bela diri peringkat antarabangsa. Kim Pyeong Seok sudah mulai mengajar hapkido di pusat latihan milik ayahnya. Pada waktu petang, dia menghantar dan menjemput murid-murid yang ingin berlatih.

Nineteen to Twenty (2023) episod 4, 5, dan 6 boleh ditonton pada 18 Julai 2023. Episod 7, 8, dan 9 pada 25 Julai 2023. Sementara itu, episod 10, 11, 12, dan 13 pada 1 Ogos 2023.

Jangan lupa saksikan Nineteen to Twenty jika anda meminati rancangan reality show!

Baca lagi: 8 Kdrama Thriller 2023 Dengan Pelbagai Plot Twist
Baca juga: 7 Kdrama seperti Lies Hidden in My Garden