Home Entertainment 7 Kdrama seperti Lies Hidden in My Garden

7 Kdrama seperti Lies Hidden in My Garden

0

Lies Hidden in My Garden merupakan sebuah Kdrama siri Korea misteri yang mengisahkan tentang Moon Joo Ran (Kim Tae Hee) yang menghidu bau busuk di halaman rumah mewahnya, bau tersebut sangat mengganggu dirinya.

Selain itu, watak Chu Sang Eun (Lim Ji Yeon) yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya sendiri juga turut menjadi tumpuan utama. Kedua-dua wanita yang hadir dari status sosial yang berbeza ini pada akhirnya saling terlibat dengan permasalahan antara satu sama lain.

Kdrama siri ini membawa genre misteri, suspens, dan juga thriller, kdrama siri yang diadaptasi dari novel ini menampilkan jalan cerita yang dipenuhi dengan plot twist dari awal hingga akhir.

Buat anda para penonton setia Lies Hidden in My Garden, senarai Kdrama siri berikut ini boleh menjadi tontonan anda yang seterusnya jika anda masih belum mampu move on dengan Kdrama Lies Hidden in My Garden! Jom sama-sama kita lihat:

1. Adaptasi novel sama seperti Lies Hidden in My Garden, Battle for Happiness (2023) juga menampilkan kes pembunuhan tapi kali ini di kalangan wanita-wanita kaya yang tinggal di kejiranan elit

Kdrama
2. Kisah Lee Soo Min (Yoon Ga I) yang terlibat dalam sindiket pelacuran bawah umur mengingatkan pada kes-kes jenayah dalam Juvenile Justice (2022)

f98493ef fd81 4ddf 8b0f 698737d063ee
3. Wataknya hampir sama dengan Moon Joo Ran, watak Rose Mansion (2022) yang dilakonkan oleh Lim Ji Yeon berusaha menyelesaikan misteri berkaitan nasib saudara perempuannya

db907e06 b9eb 477c b43e af0c3e726c88
4. Cerita Beyond Evil (2021) mempunyai banyak plot twist tentang identiti watak antagonis utama. Vibe seperti Lies Hidden in My Garden yang penuh dengan teka-teki hingga akhir

d8453583 8457 404e 8a54 2d0bb9f61b3c
5. Mangsa yang sebetulnya jahat dalam Lies Hidden in My Garden juga ada dalam drama siri Bitch X Rich (2023) yang berlatarkan kehidupan pelajar sekolah menengah

a93ef6e1 b863 4fba b97a 086b09b80991
6. Persamaan dengan drama siri Extracurricular (2020) terletak pada kes pelacuran bawah umur yang dilakukan Lee Soo Min

f6fa89fd 4566 4693 8b6d 9872fd083a77
7. Duo wanita hebat yang sanggup melakukan pembalasan setelah disakiti menjadi persamaan The Glory (2022—2023) dengan Lies Hidden in My Garden

1b3967eb 5fbd 493f 9d41 f807f94ca970Lies Hidden in My Garden yang ditayangkan di Prime Video ini telah tamat pada Selasa 11 Julai 2023 yang lalu. Anda boleh menonton drama siri yang tersenarai di atas selepas menamatkan lapan episod Lies Hidden in My Garden. Selamat menonton!

Baca lagi: See You in My 19th Life, 4 watak yang tidak wujud dalam versi webtoon
Baca juga: Lies Hidden In My Garden, Ending Yang Sadis Tapi Memuaskan