Home Disney+ Choi Woo Sung Sanggup Tambah Berat Badan Berpuluh Kg untuk Wataknya dalam...

Choi Woo Sung Sanggup Tambah Berat Badan Berpuluh Kg untuk Wataknya dalam Chief Detective 1958

0

Choi Woo Sung merupakan salah seorang pelakon utama untuk drama siri Korea terbaru MBC iaitu Chief Detective 1958. Projek lakonan ini merupakan kemunculan pertamanya di kaca TV selepas dia membintangi drama siri, O’PENing: XX XY pada tahun 2022 lalu. Kali ini, pelakon lelaki terkenal Korea tersebut bergandingan dan bekerjasama dengan Lee Je Hoon, Lee Dong Hwi, dan juga Yoon Hyun Soo.

IMG 1641

Dalam drama siri Chief Detective 1958, pasukan detektif legenda di Chief Inspector (1971) kembali sebagai sebuah kisah prekuel drama ini. Choi Woo Sung membawa watak seorang detektif yang dahulunya watak tersebut dibawa oleh mendiang pelakon terkenal Cho Kyung Hwan.

Berikut dibawah ini adalah tujuh perkara menarik tentang Choi Woo Sung dalam drama siri Chief Detective 1958.

 

Choi Woo Sung
1. Choi Woo Sung membawa watak sebagai Jo Kyeong Hwan. Dia merupakan pekerja di sebuah kedai beras di pasar Jongnam yang selalu disebut membawa nasib baik

 

 

c0bde012 d514 4270 b065 7151cbad5c25
2. Jo Kyeong Hwan digelar sebagai ‘tangan beruang coklat’ dan memiliki kekuatan yang luar biasa. Kehadirannya membuatkan ramai orang terkejut

 

Chief detective

3. Dengan kekuatan yang hebat dan kelincahannya, Jo Kyeong Hwan boleh menghantar beras dengan jumlah yang banyak dalam sekali perjalanan sahaja

 

 

bfa523f1 a59a 4ef9 8f23 7de9b0b65008
4. Walaupun dia biasanya sopan dan baik budi pekerti, Jo Kyeong Hwan tidak boleh bertoleransi dengan kelakuan dan perangai para gangster. Dia langsung tidak gentar untuk melawan mereka semua

 

 

0bbcc529 7e28 4feb 8779 dea9bf399f8b
5. Namun, jika sekali Jo Kyeong Hwan sudah jatuh cinta, dia boleh menjadi orang yang berbeza dan merupakan jenis lelaki yang akan terus berusaha dan ke depan untuk gadis pujaan hatinya

 

 

5631738d 51c5 48ba a40f f980ef7dee3e
6. Berkenaan para detektif, Jo Kyeong Hwan memiliki prasangka dan anggapan buruk kerana makin banyak kes rasuah yang membuat mereka lalai terhadap tugas mereka

 

 

IMG 1640
7. Pertemuannya dengan Park Yeong Han (Lee Je Hoon) yang membuatnya memutuskan untuk menjadi detektif adalah topik utama yang memang dinantikan

Choi Woo Sung juga sanggup menambah berat badannya hingga 25 kg untuk menjayakan wataknya dalam drama siri ini. Oleh sebab itu, jangan lupa untuk menonton tayangan perdana drama Chief Detective 1958 pada 19 April akan datang!

Baca lagi: Kdrama Terbaru Chief Detective 1958 Tampilkan Lee Je Hoon Sebagai Detektif
Baca juga: 5 Kdrama Baru Tayang April 2024, Pelbagai Genre