Home News Nothing Uncovered: Kisah Lampau Terungkai dalam Episod 5 dan 6? Makin Menarik

Nothing Uncovered: Kisah Lampau Terungkai dalam Episod 5 dan 6? Makin Menarik

0

Episod 5 dan 6 drama Korea Nothing Uncovered yang ditayangkan di platform penstriman Viu mula memasuki babak baru. Bukan sekadar membawa para penonton melihat titik lebih jelas tentang setiap watak, drama ini juga menampilkan misteri baru berkenaan pesalah sebenar yang terlibat dalam kes pembunuhan, gangguan dan juga kebakaran Kilang Bongto. Polemik hubungan keluarga dan asmara watak utama Seo Jung Won (Kim Ha Ne) turut diterokai.

IMG 1643Kes yang ditampilkan dalam drama Nothing Uncovered ini ternyata tidak akan selesai dengan cara yang sederhana dan mudah. Ternyata semuanya saling berkaitan.

Semua misteri dan teka teki terungkai dalam highlight episod 5 dan 6 drama Nothing Uncovered seperti di bawah ini.

 

1. Hubungan antara Seo Jung Won dan Kim Tae Heon berakhir kerana salah faham

Nothing uncoveredKim Tae Heon (Yeon Woo Jin) dan Seo Jung Won menjalin hubungan asmara di masa lalu. Namun, hubungan mereka tiba-tiba renggang tanpa sebab yang jelas. Ternyata, semua itu disebabkan salah faham yang terjadi antara mereka. Pada waktu itu, Seo Jung Won disyaki mengambil kesempatan atas hubungan mereka untuk menyiasat kes rasuah yang melibatkan kawan sekerja detektif Kim Tae Heon. Pada hari kematian kawannya itu, Seo Jung Won diusir oleh Kim Tae Heon dari rumah perkabungan. Itu adalah pertemuan terakhir mereka di masa lalu tanpa ada penyelesaian tentang salah faham tersebut.

Pada episod 6, Kim Tae Heon mula mengetahui cerita yang sebenar. Seo Jung Won baru mengetahui tentang kes suapan ini tidak lama selepas mereka menjalin hubungan cinta. Bahkan, alasan terbaru mengapa Seo Jung Won memilih untuk menyembunyikan kes tersebut dari Kim Tae Heon ialah supaya detektif muda itu tidak merasa kecewa dan kerana masalah yang dihadapi rakan sejawatnya itu.

 

2. Yoo Yoon Young mempunyai dendam terhadap Seol Woo Jae yang merupakan kawan satu sekolahnya dulu

a49f4702 c7f4 4e40 b6c5 e98426fba3faSiapa sangka hubungan persahabatan yang saling menguntungkan antara satu sama lain tersebut ternyata tersimpan dendam bagi pihak Yoo Yoon Young. Seol Woo Jae menganggap Yoo Yoon Young kawan baiknya sejak mereka berada dalam sekolah yang sama iaitu di Sekolah Menengah Mueon. Seol Woo Jae tidak pernah segan untuk meminta bantuan Yoo Yoon Young walau dia perlu menceritakan masalah rumah tangganya sendiri.

Keterbukaan Seol Woo Jae ternyata diambil kesempatan oleh Yoo Yoon Young. Pada episod ke-5 dan 6, dia kelihatan memiliki beberapa rakaman. Di antaranya adalah rakaman sesi terapi So Jung Won (isteri Seol Woo Jae), rakaman sesi terakhir Cha Eun Sae (Han Ji Eun) yang merupakan perempuan simpanan Seol Woo Jae, dan juga kisah masa lalu mengenai kebakaran Kilang Bongto yang meragut nyawa kawan mereka, Lee Na Ri.

Yoo Yoon Young memang terlibat dalam banyak masalah yang menimpa Seol Woo Jae. Tetapi, pada dua episod terbaru ini, belum dijelaskan apakah alasan Yoo Yoon Young menyimpan dendam kepada kawannya itu.

Baca lagi: Comeback Kim Ha Neul Dalam “Nothing Uncovered”, Thriller Misteri Terbaru di Viu

3. Mo Hyung Taek disyaki terlibat dalam semua kes yang ada dalam drama ini

d8d4608f 4562 4ede aeaa ccdde6e4b7e9 1Kesungguhan yang ditunjukkan oleh seorang detektif polis bernama Kim Tae Heon ternyata berjaya membuatkan ramai orang cemas. Salah seorang dari mereka adalah Mo Hyung Taek (Yoon Je Moon) yang kini merupakan ahli politik yang berkuasa dan juga ketua sebuah parti.

Di awal episod, Mo Hyung Taek pernah menjadi salah seorang orang politik yang dicurigai kredibilitinya. Tuduhan kes jenayahnya juga ditayangkan dalam program TV milik Seo Jung Won yang juga bertajuk Nothing Uncovered. Selepas itu, dia tidak kelihatan aktif dalam kes-kes yang ditampilkan dalam drama ini. Namun, Mo Hyung Taek disyaki sebagai dalang kepada semua kes tersebut.

Sebab utama ialah dia adalah penaja Cha Eun Sae, memiliki misi rahsia dengan wartawan No Ji Ho (Park Hyung Soo) dan abang kepada Cha Eun Sae, Chae Geum Sae (Go Geon Han). Pada adegan lain, dipertontonkan pula masa lalu Mo Hyung Taek yang terlibat sebagai pendakwa raya untuk insiden kebakaran Kilang Bongto.

 

4. Seol Woo Jae mengetahui bahawa Kim Tae Heon dan Seo Jung Won merupakan bekas kekasih

4eb2c09e 5f9e 4759 9a54 41e13a51157aSemasa salah faham antara Seo Jung Won dan Kim Tae Heon mula nampak jelas dan sepertinya akan diselesaikan. Seol Woo Jae menemui kebenaran baru iaitu isterinya pernah memiliki hubungan asmara dengan Kim Tae Heon. Namun, yang menjadi masalah baginya adalah bekas kekasih ini semakin kerap bertemu selepas kes curangnya dengan Cha Eun Sae terdedah di hadapan khalayak ramai.

Pada episod ke-6, dia mendapati Seo Jung Won dan Kim Tae Heon pergi bersama-sama ke wilayah Mueon dalam waktu yang sama. Bahkan, pada hari pelancaran yayasan yang dibinanya, dia melihat isterinya dan detektif polis tersebut keluar dari ruangan yang sama dengan cara yang mencurigakan.

Pada episod akan datang, melalui video preview yang dikongsikan, kelihatan Seol Woo Jae menemui Seo Jung Won yang berada di rumah Kim Tae Heon. Dia mempersoalkan hubungan mereka.

Semua fakta terbaru di atas berjaya menambah misteri baru yang perlu diselesaikan dalam drama Nothing Uncovered di episod berikutnya nanti. Jika awalnya dalang semua kes terarah pada seorang sahaja, namun dengan tayangnya episod 5 dan 6 ini telah mewujudkan fakta baru bahawa hampir semua watak boleh menjadi villain utama di episod terakhir nanti.

Jangan lupa saksikan Nothing Uncovered di Viu ya!

Baca lagi: Nothing Uncovered: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, 7 Nasib Malang Menimpa Kim Ha Neul
Baca juga: 5 Watak dan Kerjaya Profesional yang Ditonjolkan dalam Drama Nothing Uncovered, Dedahkan Pelbagai Sisi Kehidupan