Home Kdrama/Kmovie 5 Watak dan Kerjaya Profesional yang Ditonjolkan dalam Drama Nothing Uncovered, Dedahkan...

5 Watak dan Kerjaya Profesional yang Ditonjolkan dalam Drama Nothing Uncovered, Dedahkan Pelbagai Sisi Kehidupan

0

Drama Korea Nothing Uncovered bukan hanya menampilkan kisah rumah tangga Seo Jung Won (Kim Ha Neul) dan Seol Woo Jae (Jang Seung Jo). Namun, juga menonjolkan watak-watak dan beberapa kerjaya profesional yang boleh menambah pengetahuan kita tentang profesyen yang diwakili mereka.

Salah satu profesyen yang muncul adalah wartawan. Kim Ha Neul tampil dengan pesona seorang wartawan penyiasatan yang keras hati dan komited bermula dengan cara berpakaian, bercakap, hingga dalam mengatasi kes-kes yang diliputinya. Seterusnya, ada Kim Tae Heon (Yeon Woo Jin) yang membawa watak sebagai detektif polis dengan pembawaan watak yang yang tenang.

Mari sama-sama kita lihat huraian lengkap tentang profesyen yang muncul dalam drama Korea Nothing Uncovered di bawah ini!

 

1. Wartawan

Nothing uncovered Profesyen wartawan dibawa oleh Kim Ha Neul dalam drama siri ini. Dia juga memiliki pasukan sendiri dan program kewartawanan miliknya di sebuah stesen TV. Program TV tersebut bertajuk Nothing Uncovered, yang mengungkap segala jenis perbuatan yang melawan undang-undang. Hingga episod ke-4, terdapat beberapa kes yang sudah diungkap untuk program TV ini.

 

2. Detektif

f4b927a2 129e 4c06 bc92 469a0147d71aWatak detektif biasanya dekat dengan keperibadian yang hebat dan agak kasar, Yeon Woo Jin dalam membawa watak Kim Tae Heon memilih untuk menggunakan perwatakan yang tenang namun berbisa. Bahkan, penampilannya kelihatan selalu rapi dalam setiap adegan, dia akan selalu tampil tenang walau dipanggil secara tiba-tiba untuk ke lokasi pembunuhan.

Perwatakan Kim Tae Heon ternyata berjaya menampilkan pesona tersendiri untuk drama ini. Walau bersikap tenang, tanpa diketahui dia selalu bekerja keras supaya kes yang ditanganinya cepat selesai.

 

3. Penulis novel

76f0471e c4a8 4a66 a568 7d856bb8b5a2Jang Seung Jo membawa watak sebagai penulis novel terkenal dalam drama ini. Selain itu, dia juga mendapat watak sebagai chaebol generasi kedua dan juga suami kepada Seo Jung Won. Walau kerjayanya sebagai seorang penulis novel sangat gemilang, ayahnya, Seol Pan Ho (Jung Woong In) masih memaksanya untuk bergabung dengan syarikat ayahnya, serta meneruskan perniagaan keluarga.

 

4. Pakar psikiatri

f090f2b5 c0aa 4451 be48 e0e1900d0bb7

Han Chae Ah muncul sebagai seorang pakar psikiatri yang bernama Yoo Yoon Young dalm drama ini. Sejak episod 1 hingga ke-4, dia selalu membantu Seo Jung Won untuk mengatasi rasa panik yang disebabkan oleh kes-kes yang dihadapinya. Awalnya Seo Jung Won tidak berani bersikap terbuka dengan Yoo Yoon Young, namun dengan kemampuannya dalam memahami perilaku seseorang, dia menjadi salah satu watak yang dipercayai oleh Seo Jung Won untuk mendengar kenenatan dan curahan hatinya.

 

5. Ahli politik

d8d4608f 4562 4ede aeaa ccdde6e4b7e9Kerjaya sebagai ahli politik dibawa oleh pelakon senior Yoon Je Moon. Dia tampil sebagai watak Mo Hyung Taek, anggota majlis kebangsaan yang berkuasa dan dia juga adalah pemimpin sebuah parti politik. Bukan hanya itu, dia juga merupakan kawan baik kepada ayah mertua Seo Jung Won selama lebih dari 20 tahun.

Lima kerjaya ini sangat menonjol dan berjaya ditampilkan di empat episod Nothing Uncovered yang sudah ditayangkan, lebih-lebih lagi profesyen wartawan dan ahli politik. Sudahkah anda menonton drama Korea yang penuh misteri ini? Nantikan sambungan kisahnya di episod baru Nothing Uncovered di Viu ya!

Baca lagi: Nothing Uncovered: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, 7 Nasib Malang Menimpa Kim Ha Neul
Baca juga: Siapakah Suspek Pembunuhan Misteri dalam “Nothing Uncovered”? Penuh Teka-Teki