Home Kdrama/Kmovie Kdrama Hide: 3 Cara Licik Yang Digunakan Lee Bo Young Menewaskan Ma...

Kdrama Hide: 3 Cara Licik Yang Digunakan Lee Bo Young Menewaskan Ma Kang

0

Drama Korea baharu di Coupang Play “Hide”, dibintangi oleh Lee Bo Young telah pun menayangkan episod perdananya pada 23 Mac 2024. Selain Lee Bo Young, drama menarik ini turut menampilkan Lee Moo Saeng, Lee Chung Ah, dan Lee Min Jae sebagai pelakon utama.

Na Moon Young (Lee Bo Young) dalam Kdrama Hide dihantui ramai orang yang bermasalah dengan Cha Sung Jae (Lee Mu Saeng), suaminya sendiri. Perkara ini ialah kerana suaminya tiba-tiba sahaja menghilang secara misteri dengan meninggalkan banyak masalah. Cha Sung Jae menghilang dengan meninggalkan banyak hutang.

Ma Kang (Hong Seo Jun) adalah orang yang terlibat dengan Cha Sung Jae juga mengaku bahawa wang 7 billion miliknya dibawa lari oleh Cha Sung Jae. Oleh sebab itu, Na Moon Young mendapat banyak kecaman.

Hide

Bagaimanakah cara Na Moon Young melawan Ma Kang dan mengalahkannya? Berikut dibawah ini adalah penjelasannya.

 

1. Melaporkan tindakan pemerasan dan pengintipan yang dilakukan oleh Ma Kang

Kdrama hideNa Moon Young dipaksa membayar wang sebanyak 7 billion won dalam masa dua minggu. Tidak menggelabah, dia menyiasat terlebih dahulu tentang wang yang dikatakan oleh Ma Kang dan suaminya itu. Wang itu ternyata adalah wang hasil penggelapan dana yang dilakukan suaminya bersama Ma Kang.

Mengetahui kebenaran ini, Na Moon Young menjadi berani untuk melaporkan Ma Kang kepada pihak polis. Perkara ini dilakukan kerana dia tahu bahawa Ma Kang tidak akan dapat memaporkannya pada pihak polis atas masalah wang 7 billion itu kerana itu adalah dana haram. Na Moon Young mengumpulkan semua bukti pemerasan dan ancaman yang dilakukan Ma Kang kepadanya. Ma Kang berjaya dibawa ke muka pengadilan.

 

2. Di mahkamah, dia menambah bukti lain tentang kejahatan Ma Kang

4d936758 cd2c 4aa8 8878 9a91a4634f66Selepas sampai ke mahkamah, Na Moon Young membuat perangkap untuk Ma Kang. Dia tahu bahawa orang seperti Ma Kang tidak akan mudah untuk dilumpuhkan hanya dengan tuduhan pemerasan. Oleh sebab itu, dia menambah bukti lain tentang jenayah Ma Kang.

Dia menyertakan video semasa Ma Kang melanggar dengan sengaja salah seorang penduduk di Kampung Heojeon. Bukti ini boleh mengarah kepada kes kematian suaminya dan Kim Yoon Sun (Kim Yoon Seo), pelanggan terakhir suaminya yang misteri. Dia menambah perbahasan bahawa orang-orang yang terlibat dengan Ma Kang terus mengalami kematian secara misteri. Oleh itu, Ma Kang dibicarakan atas kes pembunuhan.

 

 

3. Selepas itu, dia menuduh Ma Kang atas kes pembunuhan

81e24aab c0d3 48d9 a5b4 4df2fe1816ecSelepas berjaya menunjukkan bahawa Ma Kang dengan sengaja melanggar orang, Na Moon Young berjaya meyakinkan hakim. Ditambah dengan tuduhan campur tangan Ma Kang dalam kematian Kim Yoon Sun dan Cha Sung Jae, Na Moon Young berjaya membuat pihak pendakwa raya mengeluarkan surat waran tangkap ke atas Ma Kang.

Na Moon Young berjaya menghantar Ma Kang ke dalam jeriji besi. Orang yang selama ini memperalatkan suaminya itu berjaya dilumpuhkan dengan serangannya. Dia kini boleh bernafas dengan lega.

Apabila Na Moon Young menyangka badai dalam hidupnya sudah reda, dia kembali dihantui masalah lain. Perkara ini datang dari Ha Yeon Joo (Lee Chung Ah), jirannya. Jirannya itu juga terlibat dengan syarikat Geumshin. Selepas itu, Ma Kang ditemui mati dalam penjara. Dia kini kembali mendapat ancaman. Apakah yang akan dilakukan? Jangan lupa tonton episod Hide seterusnya ya!

Baca lagi: 7 Jenis Keperitan dan Kesengsaraan yang Dihadapi Lee Bo Young dalam Hide, Penuh Nasib Malang
Baca juga: Come Back Lee Bo Young dalam “Hide”, Kdrama Thriller Misteri Terbaharu, Mendapat Pujian Ramai